PROGRAM JALINAN MASYARAKAT '17
ENTRI #6
12 MARCH 2017
HOUSEKEEPING 1.0 - DANA DAN TAJAAN
LAPORAN HOUSEKEEPING TEAM TAMAN JAYA
SENARAI AHLI :
Afnan, Ruzaini, Syakir, Syahirah, Zahirah, Amiratussaadah
TAMAN MEDAN-Pada mulanya kami memulakan aktiviti dengan berkunjung dari rumah ke rumah untuk mengiklankan donation drive, dan kami juga memperoleh sedikit sumbangan ikhlas berbentuk wang daripada beberapa orang penduduk tempatan. Tetapi hasil daripada pemerhatian kami dan juga respon-respon penduduk, kami mendapati bahawa donation drive di kawasan tersebut kurang mendapat sambutan. Lalu kami membuat keputusan untuk pergi ke kawasan sekitar Subang Jaya sebagai target seterusnya berdasarkan faktor-faktor tertentu.
SUBANG JAYA- Sesampainya kami disana, kami berjaya mendekati pelanggan pertama dan ditugaskan untuk membuat "housekeeping" iaitu menyusun buku-buku di atas rak. Selain itu, kami turut dijamukan dengan juadah dan mendapat layanan mesra daripada pelanggan. Tugasan pertama kami selesai pada pukul 2 petang. Selepas itu kami teruskan perjalanan ke rumah-rumah lain sehingga jam 5 petang walaupun matahari menitiskan bertan-tan peluh kami. hehe.
LAPORAN HOUSEKEEPING TEAM KONDO RAKYAT
Kondo Rakyat-Kami memulakan pencarian mengutip dana dan tajaan pada awal pagi sekitar jam 10 pagi. Sebelum itu, kami bersarapan terlebih dahulu di restoran mamak yang berhampiran.
Kami bahagikan tugas antara ahli kumpulan seperti berikut :
- Nazirah : Menerangkan serba sedikit tentang perjalanan dan kawasan
- Anas : Mengambil gambar
- Aiman Nabilah, Fiqriyah,Nazirah, Zul Ariff,Hazim dan Anas : Melakukan kerja2 pembersihan dan memohon sumbangan dari rumah ke rumah
Kami bergerak bersama dari satu rumah ke satu rumah memohon sumbangan serta menawarkan perkhidmatan pembersihan dengan menerangkan kepada tuan rumah tentang program yang ingin dijalankan. Beberapa buah rumah menghulurkan sumbangan seikhlas hati mereka, namun ada juga beberapa penduduk yang kurang berminat dengan aktiviti kami.
Pada jam 11 tengahari kami mendapat panggilan daripada satu rumah untuk melakukan pembersihan, dan kami selesai mengemas rumah pada jam 230 petang dan kami bertolak balik ke kampus pada jam 3 petang.
LAPORAN HOUSEKEEPING RUMAH PAK CIK
Ahli :
Noor Areefa, Muzreen Mardhia, Fatimah, Badrul, Shafiq, Fakhru, Zahidah, Nabilah, Atikah, Kamilah, Zahidah
Pada awal pagi juga kami sampai di Jalan Abang Haji Openg, TTDI.Setibanya di rumah pertama yang kami sampai, seorang wanita India Muslim yang sudah berusia menyambut kedatangan kami dengan baik. Kami melakukan pembersihan di halaman rumahnya seperti mencabut rumput dan menyiram bunga dan juga menggosok pakaian pejabat berikutan keesokan harinya adalah hari bekerja.
Seusai aktiviti di rumah pertama itu,sekitar tengahari kami meneruskan perjalanan ke kawasan-kawasan perumahan berdekatan.Ada yang memberikan reaksi yang positif seperti memberikan kad pejabat dan juga emel.Begitupun,ada juga respon yang kurang baik kami terima kerana kebanyakan penghuni tiada di rumah dan ada juga yang mengendahkan kedatangan kami dan mujurlah individu yang kami datangi iaitu Hajah memberikan ruang untuk kami mencuci dua buah kereta di halaman rumahnya.
Kami bertolak pulang ke kampus pada jam 5 petang pada hari tersebut.
Sekian sahaja entri kali ini, Terima kasih sudi membaca, kalau ada apa-apa soalan tinggalkan komen ye :)
___
Zahirah binti Za'abar
Divisi Multimedia dan Publisiti
Camp of Contemporary Muslim (COMIC) '17