oleh : ZAHIDAH ZAHARULLAH
Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Ilahi kerana kami Mahasiswa Tahun Pertama Sarjana Muda Pengajian Islam dan Sains/Teknologi Maklumat telah berjaya melaksanakan program Camp Of Contemporay Muslim (COMIC’17) dengan jayanya. Program yang telah kami lalui ini telah dilaksanakan di SMKA Kuala Selangor yang mana tidak jauh dari UM dan berlangsungselama 3 hari 2 malam.Sebelum program COMIC’17 berlangsung, banyak persiapan yang kami semua telah laksanakan bermula daripada perkara yang paling penting iaitu dana dan tajaan sehinggalah sekecil-kecil perkara. Perjumpaan antara semua Mahasiswa SMPIS/TM dilakukan secara berkala bagi membahagikan dan melicinkan lagi tugas-tugas setiap unit.Perjumpaan dengan Penyelaras SGPI selaku penasihat juga turut dilakukan.Demi mencari dan mencukupkn dana dan tajaan bagi program yang akan berlangsung, banyak inisiatif yang telah kami lakukan dan antaranya ialah servis ‘housekeeping’,servis mencuci kereta, jualan makanan dan lain-lain.
Berkat usaha inilah kami berjaya mengumpulkan belanjawan bagi dana dan tajaan melebihi jumlah yang kami target. Syukur yang tidak terhingga kami ucapkan padaNya.Setiap unit memainkan peranan penting masing-masing bagi program yang akan datang..Kami juga turut mengadakan perjumpaan pada waktu malam sesama pelajar SMPIS/TM untuk berlatih menari lagu tema, fikirkan aktiviti-aktiviti yang sesuai pada hari kejadian serta mencuba sendiri ‘game’ tersebut untuk menilai kesesuaiannya semasa program kelak.
Semasa program COMIC’17 berlangsung,masing-masing termasuk saya sendiri berasa amat teruja untuk melangsungkan program bersama-sama.Setibanya di sana,kami semua Mahasiswa SMPIS/TM membuat persiapan dewan dan sebagainya.Pada mulanya tidak ramai pelajar yang hadir semasa pendaftaran memandangkan ramai yang ‘outing’.Walau bagaimanapun kami tetap bersemangat dalam menjayakan program pada hari itu.Pada sebelah malam dan hari yang seterusnya telah mula ramai pelajar yang melibatkan diri dalam program Aktiviti-aktiviti dan slot dikendalikan oleh AJK yang bertugas dengan baik seperti dalam tentatif.
Selepas program COMIC’17,saya sangat gembira dan bersyukur kerana segala penat lelah dan usaha yang tidak putus-putus dari semua Mahasiswa SMPIS/TM dapat dilaksanakan dengan baik dan jayanya . COMIC’17 yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini benar-benar telah memberi impak yang sangat besar pada diri saya sendiri. Banyak input yang amat berguna kepada diri yang dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian disamping dapat meningkatkan kemahiran insaniah dalam diri.
oleh : ATIKAH SALEHUDDIN
Fasa perancanganAwal2 saya rasa macam tertanya2??
Boleh ke ??berjayakah?? Mampukah??
Pada awalnya tarikh jm pada akhir bulan april,lega sikit rase last2 dpt tau...tarikh jm di awalkn..rase macam2..
Tp dalam rase berdebar2 tu
Alhamdulillah..dapat jgk diatasi..
Sy selaku ajk pengangkutan..ada survey2 bas ...mak aih ad yang saya tanya tu..utk hntr kami pergi n balik ..sahaja rm1600...
Bujet kami 1100 je..
Last2 dpt jgk cr yang harga rm1000 (paling murah)
Alhamdulillah lega rasa sebab bab pengangkutan dah setel.
Fasa semasa
Omg...bila da smpai kt sna rse..
Krik2...
Walhal xde bende sgt pun nk dtktkn..
Sy tkt sbb sy ni ank bongsu..haha bole ke sy lyn adk2 kt sekolah tu.
Nk jadi faci lagi.
Al maklum la xde pengalaman jd kakak kan.
So saya follow the flow je..
Kekok jugak rse awal2 tu..
Tp cuba jugak buat mcm biase..
So bila da berkenalan dgn adk2 skolah tu..rse hlg da debaran..
Wlaupn jarak umur kami xdelah beza sgt...diorg sgt mghormati saya sbg senior.
Uhuk2..
Saya rase seronok..
Omg...bila da smpai kt sna rse..
Krik2...
Walhal xde bende sgt pun nk dtktkn..
Sy tkt sbb sy ni ank bongsu..haha bole ke sy lyn adk2 kt sekolah tu.
Nk jadi faci lagi.
Al maklum la xde pengalaman jd kakak kan.
So saya follow the flow je..
Kekok jugak rse awal2 tu..
Tp cuba jugak buat mcm biase..
So bila da berkenalan dgn adk2 skolah tu..rse hlg da debaran..
Wlaupn jarak umur kami xdelah beza sgt...diorg sgt mghormati saya sbg senior.
Uhuk2..
Saya rase seronok..
Fasa selepas
Banyak pengalaman yg sy dpt drpd progrm jm ni.
Antaranya dpt kenal ramai kawan,
Dapat jalinkn hbgn silaturrahim dgn org baru..
Dpt pengalaman jd faci..
Dpt bekerjasama dalam pasukan
Dpt eratkan lg hbgn kami sesama faci.dan len2 lg
FIQRIYAHKita dua dunia COMIC!
Semester dua bermula . 8 subjek telah aku daftarkan untuk semester ini, termsuklah GIG1005 ,subjek Jalinan Masyarakat. Setelah mesyuarat dilakukan, aku dan rakan-rakan bersetuju untuk memilih SMKA Kuala Selangor sebagai lokasi untuk kami mengadakan program yang diberi nama Camp of Contemporary Muslim . Tujuan program ini dilakukan adalah untuk menjalinkan hubungan silaturahim dengan masyarakat khususnya pelajar tingkatan 4 sekolah tersebut dan sekali gus memenuhi tuntutan subjek ini. Mesyuarat, 'housekeeping' , 'rehearsal' & segala bentuk persiapan telah kami lakukan agar program tersebut brjalan lancar.
22/4/17
Kami bertolak ke SMKA Kuala Selangor dengan menaiki bas. Sesungguhnya, pengalaman menetap dan mengadakan program disana selama 3 hari 2 malam memberikan aku peluang untuk berkenal- kenalan dan berinteraksi dengan ramai orang baru. Walaupun sepanjang program diadakan terdapat beberapa masalah kecil yg timbul, aku dan rakan-rakan tetap tenang menghadapi situasi tersebut dan berusaha untuk menyelesaikn masalah yang timbul sehingga program kami berjaya dilaksanakan dengan baik dan mendapat respon yang positif dari para peserta.
2 /5/17
Tarikh aku menulis catatan ini . Baru sahaja seminggu yang lepas program Camp of Contemporary Muslim tamat .Walaupun agak penat mengendalikan program ini brmula dari persiapannya sehinggalah ke hari berlangsungnya program tersebut , namun kepenatan itu berbaloi kerana ia telah mengajar dan mengingatkan aku erti nilai kerjasama , kesabaran & bertolak ansur dalam sesebuah organisasi serta menjadikan aku lebih mesra dan tidak kekok untuk bergaul dengan masyarakat.
-fiqriyah
“Sebuah Mahligai Idaman”Oleh : Nor Adiela binti Abd RahmanCatatan 02 Mei 2017.
Satu langkah awal telah pun bermula sejak enam bulan awal lagi. Masih aku( baca : SGPI KOHORT 13) ingat tarikh yang tercatat dalam nota mini ku, ‘ 22/11/2016’ – mesyuarat ‘aku’ yang pertama kali bersama keluarga terdekat (baca :barisan MT) bagi membincang dan malaksanakan satu peristiwa terindah yang bakal ‘aku’ lalui.
Selang hari berganti hari dan masa berganti masa, akhirnya satu keputusan telah kami(baca :aku dan barisan MT) capai iaitu untuk meminang SMKA KUALA SELANGOR (KUSISS) sebagai pilihan hati ku. Tambahan lagi seorang sahabat terdekat ku juga merupakan kenalan rapat (alumni) KUSISS menjadikanku lebih yakin untuk memilih dia (baca :KUSISS) sehingga akhirnya ‘dia’ menerimaku dengan berlapang dada.
Meskipun pelbagai onak duri dan halangan dalam proses mengenali dia(KUSISS), namun aku tetap tabah kerana prinsip ku tidak mudah kalah sentiasa aku pahat dalam hati. Pelbagai persiapan awal dibuat dan semestinya perkara paling penting adalah kos perbelanjaan untuk melaksanakan majlis ku ini. Maka aku telah bersepakat untuk bekerja( housekeeping) tanpa jemu sehingga akhirnya dapat mengumpulkan sejumlah dana yang aku perlukan bagi hari istimewa ku nanti. Aku masih beriak tenang kerana aku fikirkan tarikh yang telah kami sepakati itu masih lagi jauh, namun air tidak selalunya tenang, tanpa aku sangka tiba-tiba kami dimaklumkan oleh pihak dia(KUSISS) untuk dipercepat tarikh hari istimewa itu. Meskipun agak terkejut dengan perubahan itu, aku masih dapat bertindak rasional dan bersungguh-sungguh bagi melaksanakan persiapan terakhir sebelum hari kejadian.
Butiran majlis :
Tarikh : 28-30 April 2017
Tema :Building Bonds, Breaking Boundaries
Sasaran : SMKA KUALA SELANGOR ( 47 pelajarTingkatan 4)
Tema :Building Bonds, Breaking Boundaries
Sasaran : SMKA KUALA SELANGOR ( 47 pelajarTingkatan 4)
Akhirnya, masanya telah pun tiba.Tepat jam 08:00pagi 28/04/2017, aku bersama satu rombongan bas telah bertolak untuk berjumpa dia(KUSISS). Perasaan ku begitu teruja apabila tiba di sana. Segala yang telah aku rancang bersama telah ditunjukkan dan dikongsikan bersama dia. Keberadaan aku selama 3 hari 2 malam bersama dia ternyata telah dapat menjalinkan sebuah ikatan dan satu ukhuwah yang erat antara dua pihak. Tepat jam 11:00 pagi 30/04/2017, satu majlis rasmi (majlis penutup) telah diadakan sebagai simbolik jalinan persaudaraan antara kami(SGPI KOHORT 13&KUSISS). Usai majlis itu, kami bertolak pulang dengan perasaan yang bercampur baur antara sebak dan gembira. Ucapan syukur Alhamdulillah kepada Ilahi aku panjatkan kerana segalanya tidak akan berlaku tanpa izin-Nya. Sebuah mahligai idaman telah dibina dan semoga mahligai ini berkekalan hingga akhirnya. In sha ALLAH.
__________________
Zahirah binti Za'abar
Divisi Multimedia dan Publisiti
Camp of Contemporary Muslim (COMIC) '17.
No comments:
Post a Comment