PROGRAM JALINAN MASYARAKAT 2017
ENTRI #2
22 FEBRUARI 2017 RABU
Setelah berbincang sekian lama, akhirnya kami memilih nama untuk program ini adalah Camp of Contemporary Muslim (COMIC) dengan membawakan tema 'Building bonds, Breaking boundaries'
yang mana program ini bertujuan untuk mewujudkan jalinan antara mahasiswa universiti dengan pelajar sekolah dan dan memupuk 'soft skill' di kalangan mahasiswa dan pelajar. Sasaran kami bagi program ini adalah 45-50 orang pelajar tingkatan 4 SMKA Kuala Selangor.
Jadi seperti yang dijanjikan, pada entri kali ini saya akan berkongsi carta organisasi dan skop kerja yang akan kami jalankan. Organisasi kami terdiri daripada Pengarah, Timbalan Pengarah, Bendahari, Setiausaha, dan lima divisi utama.
Pengarah kami adalah Ahmad Syakir bin Manlani yang mana kerjanya adalah mengurus sumber manusia dan bidang tugas majlis tertinggi dalam setiap perkara yang berkaitan, mempengerusikan mesyuarat malah beliau akan menyelaraskan semua ketua biro.
Timbalan pengarah adalah Muzreen Mardhia binti Azren.kerjanya seperti selalu membantu pengarah menjalankan tugas dan bertanggungjawab menyelia ketua biro program dan protokol malah beliau juga akan menyelia biro hadiah dan cenderahati dan biro teknikal dan hiasan.
Saudara Badrul Amin bin Badrin dan saudari Nor Adiela binti Abd Rahman adalah setiausaha berkaliber kami. Tugas mereka adalah menyelaraskan minit dan laporan setiap jawatankuasa, menguruskan urusan surat menyurat dan menyelaraskan laporan kewangan.
Manakala Bendahari pula adalah Muhammad Ruzaini bin Yusof dan Fiqriyah binti Mohd Kunarto dimana tugas mereka adalah mengawal aliran wang keluar masuk, menjalankan urusan kewangan, menyelia biro multimedia dan publisiti dan biro tugas-tugas khas.
Lima divisi utama pula adalah :
1. Divisi Pengisian dan Aktiviti : Zul Ariff bin Mazlee sebagai ketua dan Siti Syahirah binti Mohamad Zawawi sebagai penolong ketua.
2. Divisi Dana dan Tajaan : Ketua adalah Noor Areefa Ameera binti Mohd Ma'amor dan penolong ketua adalah Naziratul Khairiah binti Hanafiah .
3. Divisi Makanan dan Cenderahati : Diketuai oleh Muhammad Zaaidul Faiz bin Sobri dan ditolong oleh Nabilah binti Rumainor.
4. Divisi Multimedia dan Publisiti : Zahirah binti Za'abar sebagai ketua dan Aiman Nabilah binti Mohd Azmi sebagai penolong ketua.
5. Divisi Pengangkutan dan Perhubungan Luar : Ketuanya adalah Muhammad Anas bin Mohd Nor dan ditolong oleh Kamilah binti Atan.
Sekian sahaja carta organisasi kami. Terima kasih sudi membaca.
___
Zahirah binti Za'abar
Divisi Multimedia dan Publisiti
Camp of Contemporary Muslim (COMIC) '17
Showing posts with label carta organisasi. Show all posts
Showing posts with label carta organisasi. Show all posts
Subscribe to:
Posts (Atom)
ENTRI 30 - REFLEKSI PESERTA
PROGRAM JALINAN MASYARAKAT '17 ENTRI #30 24 APRIL 2017 REFLEKSI PESERTA Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. COMIC'17 sudah p...
-
PROGRAM JALINAN MASYARAKAT '17 ENTRI #11 1 APRIL 2017 MENCARI DANA DAN SUMBANGAN MEMOHON DANA & SUMBANGAN PROGRAM JALINAN ...
-
Badrul Amin Bin Badrin (IIS 160006) 1. Fasa Perancangan Indah sungguh warna pelangi, Tidak luput hingga senja; Ke Canseler...
-
PROGRAM JALINAN MASYARAKAT '17 ENTRI #6 12 MARCH 2017 HOUSEKEEPING 1.0 - DANA DAN TAJAAN LAPORAN HOUSEKEEPING TEAM TAMAN JAYA ...