Showing posts with label tot. Show all posts
Showing posts with label tot. Show all posts

Sunday, 30 April 2017

ENTRI 18 - REHEARSAL 3.0



PROGRAM JALINAN MASYARAKAT '17
ENTRI #18
20 APRIL 2017
REHEARSAL #3

2 hari sahaja lagi JM akan berlangsung..kehangatan JM semakin dirasai oleh semua ajk.

fokus semua lagi 2 hari ja..😀😁 

20 April 2017 -  rehearsal terakhir diadakan  bermula tepat jam 8.00 p.m yang bertempat di depan DTC(Parkir kereta). Wa;aupun semua ajk kepenatan dengan kuliah pada siang hari namun tetap bersemangat meneruskan rehearsal ini sebagai persiapan terakhir untuk sebelum bergerak ke SMKA Kuala Selangor.

Rehearsal dimulakan dengan nyanyian lagu tema (SCARS & PELITA) bagi memastikan semua ajk dapat menghadam step2 tarian lagu tema..[5 minit kemudian] hmm..macam dah ok, semua dah tak 'kayu'

Seterusnya, unit pengisian & aktiviti meneruskan slot pertama yang akan dijalankan di SMKA Kuala Selangor selepas pendaftaran  dan sesi taklimat pelajar iaitu slot ice breaking yang diberi nama ADA KE TAK  yang mana diterangkan oleh Zul Ariff. 



Setelah selesai penerangan daripada abang Zul Ariff yang mantap, padat dan terbaik tu. Kami mula mencuba keberkesanan slot untuk menjalinkan hubungan yang lebih akrab antara para fasilitator dan pelajar..ingat target kita ⇒ building bonds, breaking boundaries. Takkan nak dengar cara nak main ja..jom main..

sibuk nya..semua tengah enjoy main..

 'nama saya abel..bla..bla..bla..adakah awak paling tua dalam bilik??'

 adakah awak orang yang bertangan kidal?

 'abang tolong sign saya punya..' anas merayu.

 yeaaayyy.. dapat satu..

Alhamdulillah..nampaknya slot ADA KE TAK? ni ada potensi bagi mencapai objektif kita.

Setelah selesai cubaan slot ADA KE TAK?, kami beralih pula kepada slot 'sharing session' yang akan dikelola oleh saudari Areefa Ameera.

saudari areefa ameera sedang memberi penerangan berkenaan cara perlaksanaan slot 'sharing session'


Slot ini akan dijalankan di dalam kumpulan masing-masing.Jadi semua ajk perlu berkumpul di dalam kumpulan masing-masing bagi membincang aktiviti yang perlu dilakukan.

kumpulan 1

 kumpulan 2

kumpulan 3

kumpulan 4

       
kumpulan 5


bercahayakan lampu jalan.
Geng yang tidak jadi fasi. haha



Its a wrap for today. 
Rehearsal pada malam ini tamat lebih kurang pukul 12.00 malam.
 Sekian sahaja untuk entri kali ini. Terima kasih.😂


_____________________________________

Mohd Shafiq Izzudin bin Mohd Shukri
Divisi Multimedia dan Publisiti
Camp of  Contemporary Muslim (COMIC) '17

Friday, 14 April 2017

ENTRI 16 - REHEARSAL 2.0

PROGRAM JALINAN MASYARAKAT '17
ENTRI #16
14 APRIL 2017
REHEARSAL #2



Malam ini rehearsal diteruskan lagi bertempat di Akademi Pengajian Islam pula. Pukul 8.00 malam, rehearsal ini dimulakan dengan latihan lagu malam sebelumnya, SCARS oleh kumpulan Monalyssa.

Setelah tamat latihan lagu, malam ini diteruskan lagi dengan latihan untuk slot Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang akan kami jalankan di sekolah semasa program Jalinan Masyarakat ini berlangsung nanti.

Permainan ini diberi nama Snap!Snap!Snap! Permainan ini berkonsepkan eksplorasi (explorace) di mana peserta perlu pergi ke beberapa checkpoint untuk melaksanakan tugasan di sana. Di checkpoint-checpoint ini, peserta-peserta akan dinilai oleh penjaga di checkpoint tersebut.

Pada malam ini, hanya 3 checkpoint yang terpilih untuk dimainkan dan dijaga oleh 3 kumpulan. Baki 2 lagi checkpoint akan dimainkan dalam rehearsal yang seterusnya. Pelatih yang tidak terlibat menjaga checkpoint dibahagikan kepada 3 kumpulan juga, di mana mereka ini di arah untuk ke checkpoint yang berasingan untuk melaksanakan tugasan di sana.

Setiap checkpoint menyediakan permainan yang berbeza. Di sini, peserta bukan sahaja dinilai, malahan turut diajar dan dilatih untuk memupuk semangat kerjasama dan berfikiran kritis dan kreatif. Kami mensasarkan supaya peserta nanti akan memperoleh manfaat yang banyak melalui permainan ini.

Pukul 10 malam kami terpaksa meneruskan rehearsal di luar kerana bangunan Akademi Pengajian Islam akan ditutup. Rehearsal kemudiannya disambung dengan sedikit taklimat oleh saudara Zul Arif berkenaan dengan permainan tersebut di anjung surau APIUM.

Berakhir taklimat saudara Zul Arif, kami bertolak ke ruang meletak kenderaan di hadapan Blok D untuk menyambung rehearsal. Di sini, kami berlatih untuk lagu kedua program Jalinan Masyarakat, Pelita oleh A.P.I.

Berikut merupakan antara gambar-gambar yang sempat kami ambil pada malam tersebut:

Sesi berehat selepas latihan lagu SCARS oleh kumpulan Monalyssa



Selepas selesai berehat

Penerangan tentang permainan diberikan oleh saudara Zul Arif

Perbincangan berkenaan permainan bersama dengan penjaga checkpoint

Taklimat oleh saudara Zul Arif kepada pelatih (peserta buat masa ini)

Permainan dimulakan


Checkpoint 1
Kumpulan pertama tiba di checkpoint 1
Penerangan berkenaan tugasan oleh saudara Hazim
Pebincangan diketuai oleh saudari Amirah bersama-sama ahli
kumpulan untuk menyelesaikan tugasan
Saudara Syakir memberikan penerangan tambahan

Lihat  di belakang, kumpulan seterusnya sedang menunggu giliran
Bergambar dulu sementara menunggu giliran
Dah sampai giliran... Fikir Zaidul, fikir...

Saudara Zaidul sedang berusaha menyelesaikan tugasan dibantu
oleh rakan sekumpulan
Checkpoint 2

Sesi penerangan kepada kumpulan pertama yang tiba di checkpoint 2

Checkpoint 3

Saudara Ruzaini mendapatkan penerangan daripada Saudari Areefa

Apakah yang dibincangkan oleh Saudari Nabilah dan Areefa agaknya?

Yang ini mungkin sudut pandang saudari Areefa

Cubaan saudari Nabilah untuk mengapungkan klip kertas dalam air

Kumpulan seterusnya mencuba juga

Jangan pijak kertas tu! Senang je permainan ni, kalau mata tak kena tutup


Sedikit rakaman semasa permainan dijalankan

Sesi rehearsal di tempat meletak kenderaan:

Latihan lagu Pelita oleh kumpulan A.P.I
Bersedia untuk latihan lagu Pelita

Sudut akhawat pula..

Lagenda mengatakan ada 3 orang akhawat kat depan sedang melatih kami

Gambar dari belakang

Khusyuk melihat dan mendengar penjelasan pelatih (Khalid)

Rehearsal pada malam ini tamat lebih kurang pukul 10.30 malam. Pelatih-pelatih bersurai selepas tamat latihan lagu Pelita. Sekian sahaja untuk entri kali ini. Terima kasih.

Bonus:



Lagu Pertama - SCARS oleh kumpulan Monalyssa



Lagu Kedua - Pelita oleh A.P.I

____

Hazim bin Razak
Divisi Multimedia dan Publisiti
Camp of  Contemporary  Muslim (COMIC) '17

ENTRI 15 - REHEARSAL 1.0


PROGRAM JALINAN MASYARAKAT '17
ENTRI #15
13 APRIL 2017
REHEARSAL PERTAMA


"Detik waktu terus berjalan"~OPICK..haha..

Berbaki 8hari sahaja lagi JM akan berlangsung..debaran makin terasa oleh semua unit terutama  Unit pengisian.Macam-macam benda tidak buat lagi, tidak hafal lagu tema, step nak menari, game explorace lagi. Jadi,mereka mengambil keputusan mengadakan rehearsal JM sebanyak 3 kali untuk memantapkan prestasi kami pabila menjelangnya JM.
       
        13 April 2017, rehearsal pertama berlangsung pada jam 8.00 p.m yang bertempat di depan DTC(Parkir kereta).Malam tu terasa dingin,angin bertiup sepoi bahasa menampar pipi-pipi kami dan dapat merasakan hujan akan turun tidak lama lagi .Namun,kami tetap teruskan rehearsal di depan DTC.Sementara menunggu ketibaan kawan-kawan lain,unit pengisian(Syahirah dan Zahidah) dan dibantu oleh timbalan pengarah gigih menunjukkan step menari lagu tema kepada kami.

          Setelah ramai datang ke situ,Zul bersemangat untuk mengetuai latihan.Tiba-tiba,kami terasa titisan air sedang turun dari langit."Hujan yang turun bagaikan mutiara"- SUDIRMAN..haha
Adam dah tadah tangan  rasa hujan
          Apa lagi,kami pon bergegas berpindah tempat ke bawah parkir bangunan Canselori.

sempat lagi ni kalau nak bergambar  
          Slot pertama ialah belajar menari lagu tema iaitu  Scars oleh Monalisa.

Zul dan unit  pengisian lain gigih dan sabar mengajar kepada kami .

Step tu xdela susah sangat tapi kami masih pening-pening nak ikut.
tuan pengarah pun pening jugak nak ikut..bersabarlah
Alhamdulillah semua dapat ikut dah


Slot seterusnya 'Virtual games'.Kami dibahagikan kepada 4 kumpulan.


Setiap kumpulan dikehendaki berselfie  dengan wajah emosi yang berbeza.
Fakhru buat muka apa tu

Sama je muka hazim dengan atikah...mesti kena reject dengan zul nanti

Slot terakhir untuk malam ni ialah 'Werewolf'..Slot paling lama malam tu dan mengantuk.


Sound effect turut main peranan dalam permainan ni

Werewolf detected

Rehearsal hari ini berakhir pada jam 11.10 malam. Sekian sahaja entri kali ini. Nantikan update daripada kami selepas ini.


______

Aiman Nabilah binti Mohd Azmi
Divisi Multimedia dan Publisiti 
Camp of Contemporary Muslim (COMIC) '17



ENTRI 30 - REFLEKSI PESERTA

PROGRAM JALINAN MASYARAKAT '17 ENTRI #30 24 APRIL 2017 REFLEKSI PESERTA Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. COMIC'17 sudah p...