Showing posts with label photoshoot COMIC '17. Show all posts
Showing posts with label photoshoot COMIC '17. Show all posts

Thursday, 4 May 2017

ENTRI 28 - REFLEKSI PART 7


RUZAINI YUSOFFREFLEKSI JALINAN MASYARAKAT 



Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah, berakhir sudah Program Jalinan Masyarakat kami. Saya Muhammad Ruzaini bin Yusof, sebagai bendahari ingin berkongsi sedikit coretan sepanjang berlangsungnya program ini.

FASA 1 :
Sebelum bermulanya program, saya dikehendaki untuk membuat anggaran belanjawan. Kerja itu agak mudah bagi saya memandangkan ini kali kedua saya memegang jawatan sebagai bendahari dalam sesebuah projek.
Kemudian, saya ditugaskan untuk menyelia dua divisi (Multimedia dan Tajaan). Now here comes the tiring yet fun part.

Untuk multimedia saya membantu mereka dalam menyiapkan design-design yang berkaitan.
Manakala dalam Tajaan, saya membantu mereka mendapatkan sumbangan dan; dari sinilah saya buat pertama kalinya merasai pengalaman menjalankan 'housekeeping'.
Menjadi bendahari juga membuat saya mengenali akak-akak HEPA sebab saya selalu pergi ke sana atas beberapa urusan.
Feuuhh... design dah siap. Duit dah cukup. Berprogramlah kita. :D

FASA 2 :
Semasa program. Kerja-kerja bendahari beku sekejap. Tetapi saya kena kendalikan dua slot tazkirah maghrib. Alhamdulillah berjalan lancar (walaupun nervous huhu). Malah, saya dapat tambah ilmu baru juga. Saya juga berperanan sebagai fasilitator pelajar. Namun ia tidak menjadi masalah kerana kami sudah berpengalaman menjadi fasilatator untuk junior-junior kami.
Keberadaan di Sekolah Menengah Agama Kuala Selangor membolehkan saya sedikit sebanyak  mengimbau kembali kenangan berada di asrama; sebuah memori yang manis buat saya.

FASA 3 :
Kerja-kerja bendahari bersambung semula. Resit-resit dikumpul untuk lampiran. Laporan belanjawan disiapkan. Kawan-kawan pun sudah minta claim duit. Begitulah keadaannya.
But what I want to say is that this programme helps me be a (slightly) better version of myself. It is amazing the fact they see us, UM students as 'smart people' when we do not actually feel that way. It makes me appreciate my achievement and motivates me to thrust for a better future.
Terima kasih. Thank you. Shukran.


ZAAIDUL FAIZ CATATAN



Fasa perancangan :
 dlm fasa ini sy tlh merasakan keakraban yg lbih kuat sesama kami apabila kami ditugaskan utk bermesyuarat sekerap sekali seminggu dan keluar utk mendptkn dana melalui housekeeping dn sebagainya.

Fasa semasa :
 ketika perlaksanaan jm sy dpt berkenalan dgn kenalan yg baru yakni peserta2 jm. Fasa ini juga turut mngukuhkan ikatan sy bersama ahli jm yg lain dimana kami sentiasa berkerjasama dlm menjalankan tugas.

Fasa selepas :
 saya amat bersyukur jm tlh brlangsung dgn jayanya dan sy tlh memperolehi bnyak pengalaman baru melalui penglibatan dlm jm ini




Nama:Nor Zahidah bt Nor Azhar
No matrik:IIS 160022
Unit: Pengisian Dan Aktiviti

Fasa Sebelum
MEETING VAVAVOOM!
• Kami dari unit pengisian telah memulakan musyawwarah untuk mmbincangkan rangka aktiviti program.
•Menyenaraikan plbagai idea bagi lagu tema,cheers dan game bagi setiap slot LDK.
•Meeting berkala diadakan bersama unit pengisian.
•Kami turut ikut serta dlm aktiviti 'housekeeping' bagi mgumpul dana utk program tersebut.
•Bermulalah kisah dimana kami perlu mngorbankan wktu rehat kami untuk menjayakan TOT pada malam hari..
•Tapi tak ramai yang hadir. Dengan cuaca lagi.namun kami tetap teruskan aktiviti.

Fasa Semasa
"Yeay ! Here we are!"
•Pagi 22/4 kami naik bas dari kolej masing2.
Walaupun kami mengantuk dan letih,kami target nak 'qada' tidur dalam bas
•Dalam prjlnn, ketua pengisian,Zul Arif telah menerangkan smula 'flow' tentatif program.
•Tiba shj di Smka Kuala Selangor,kami sbagai Ajk terus survey dewan dan mnyusun atur dewan dari segi pndftran,teknikal dan sbagainya.
•Pada mulanya khadiran peserta amat mgecewakan,tapi kami tidak sesekali mgenal putus asa,malah tetap brsemangat teruskan aktiviti kami yg sterusnya.
•Saya amat teruja kerana dpt brbual-bual dan brkongsi pngalaman dgn para peserta spnjg program.
•Pada hari terakhir, adik2 dari kmpulan saya,menangis kerana kami akan pulang ke UM smula. Kami pun sempat mngambil foto bersama sbgai kenang- kenangan.
•paling mengharukan, mereka turut mnunggu kami shingga kami kluar dari prkarangan skolah.
•Air mata shjalah yg mnjadi saksi yg kami bakal merindui saat2 itu.

Fasa Selepas
• kami meneruskan aktiviti kami sprti biasa di UM.
•Dan sentiasa mengupdate di group Whatsapp pengisian.
•Kami diingatkan supaya mnyiapkan refleksi masing2.
•Divisi pengisian turut mengadakan prjumpaan bagi post mortem sambil menikmati pizza dan durian crepe

Sekian,warkah Dari saya,
N.Z.N.A


______________________

Zahirah binti Za'abar 
Divisi Multimedia dan Publisiti 
Camp of Contemporary Muslim (COMIC) '17.

ENTRI 27 - REFLEKSI PART 6

AIMAN NABILAH BT MOHD AZMI


Assalamualaikum dan salam sejahtera..di kesempatan ini saya ingin menceritakan sedikit pengalaman dan nilai yang saya peroleh sepanjang menjalankan program Jalinan masyarakat atau nama lain Camp of Contemporary Muslim 2017.
       Sebelum program berlangsung, saya dapat mempelajari nilai kerjasama dalam berpasukan. Segala tugasan biro multimedia kami bahagi dengan adil dan saksama. Alhamdulillah tugasan dapat disiapkan tepat pada waktunya walaupun pelbagai cabaran yang datang.
       Semasa program berlangsung, saya dapat mempelajari nilai keberanian ketika berhadapan di khalayak ramai. Pelbagai perkara perlu dibuat dengan berani dan yakinnya seperti bercakap di khalayak ramai dan menari lagu tema. Sebagai seorang perempuan mesti terdetik rasa malu dalam diri. Namun, saya semakin sedar bahawa kita seharusnya bersikap komited, berani dan profesional untuk melakukan semua perkara tersebut. Bak kata senior SGPI thn 2, 'terbuka jangan hanyut tertutup jangan jumud'.
         Setelah selesai program, saya fikir sudah selesai segalanya. Akan tetapi bertambah pula kerja yang perlu disiapkan iaitu laporan. Sungguh terbeban ditambah dengan kerja kursus pensyarah. Jadi, saya mempelajari nilai kebijaksaan dalam mengurus masa. Saya menggunakan semaksimum mungkin masa untuk belajar, siapkan kerja kursus pensyarah dan laporan Jalinan Masyarakat. 'Masa itu seperti pedang, jika kita tidak memotongnya maka masa akan memotong kita'.
Akhir kalam, segala yang berlaku dalam hidup kita ada hikmah tersendiri. Belajarlah daripada kesilapan yang lalu untuk memperbaiki diri.

Majulah COMIC untuk ASIS..


SYAHIRAH
#REFLEKSI JM


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi akhirnya dapat juga kami menjayakan program COMIC 2017.
Sesungguhnya banyak yang telah saya pelajari dalam jangka masa sebelum, semasa dan selepas program. Program ini agak mencabar bagi saya selaku biro pengisian kerana ia dijalankan dalam tempoh masa tiga hari dua malam. 

Kami diamanahkan  menyusun tentatif dengan pengisian  yang kreatif dan menarik disusuli dengan pengajaran yang mengangkat amalgamasi  nilai islam dengan sains demi memastikan keberkesanan program supaya selari dengan namanya  iaitu Camp of Contemporary Muslim. Saya bersyukur dikurniakan rakan sebiro yang sangat tinggi nilai kerjasama dan bersemangat serta berpengalaman. Gerak kerja pengisian berjalan lancar dengan adanya rakan seperjuangan yang hebat ini. Alhamdulillah.

Semasa program berlangsung di SMKA KUSIS, aspek masa menjadi suatu cabaran yang dominan. Kami juga perlu menampilkan contoh tauladan yang baik kepada peserta secara praktikal. Selain itu,  komunikasi antara biro juga menjadi akar umbi kelancaran program. Setiap fasilitator perlu cakna akan setiap perjalanan program dan sensitif akan tugas masing- masing pada setiap sudut gerak kerja.
 
Sebaik sahaja comic 2017 melabuh tirainya, saya rasa bersyukur dan berpuas hati dengan keseluruhan program kerana boleh dikatakan sebahagian objektif kami tercapai. Saya dapat lihat secara mata kasar ukhuwah yang terjalin antara peserta dan fasi terutamanya pada akhir program sewaktu slot salam semut. Hubungan antara fasi juga semakin rapat kerana kami banyak menempuh kekangan, mencari solusi sesuatu tribulasi dan mengecapi kegembiraan  bersama- sama bagi  menjayakan program ini. Harapan saya, moga ukhuwah yang terjalin ini tidak terhenti setakat ini sahaja malah terus berpanjangan dan teguh sehingga mampu  mendukung islam  ke puncak bersama- sama  berwadahkan ilmu sains insya-Allah. Sekian. Moga dilimpahi keberkatan. Amin.



BALQIS NORDDIN 
REFLEKSI SAYA.


¡. Fasa Perancangan
- Menurut saya , sepanjang fasa perancangan , unit dana dan tajaan tidak mengalami sebarang masalah kerana ajk2 unit dana dan tajaan memberikan kerjasama yang sangat baik dalam semua hal seperti jualan , tajaan syarikat dan houskeeping. Sebab itu , kami telah berjaya mengumpulkan dana yang lebih dari cukup sebelum bermulanya program jalinan masyarakat ini.

¡¡. Fasa Semasa
- Semasa berjalannya program jalinan masyarakat ini, semua ajk unit dana dan tajaan ditugaskan untuk menjadi fasilitator kepada pelajar2 SMKA Kuala Selangor yang merupakan tugas kesukaan saya. Ini kerana saya sangat gemar berkomunikasi dengan orang2 baru and I'm very good at it. Oleh itu , I was having a great time sepanjang fasa semasa.

¡¡¡. Fasa Selepas
- Setelah selesai program jalinan masyarakat , saya banyak menghabiskan masa menyusun resit2 pengangkutan yang digunakan oleh kami semua APIDS kohort 13 untuk apa2 urusan seperti housekeeping. Ia memakan masa yang lama untuk saya susun balik semua resit itu and honestly, I'm not done yet.



REFLEKSI JALINAN MASYARAKATMUHAMMAD KHALID BIN HAMIMIIS160013KUMPULAN 5


بسم الله الرحمن الرحيم
     Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, dengan limpah,rahmat dan taufqNya, saya dan sahabat - sahabat ASIS yang lain telah berjaya menjayakan sebuah program yang dinamakan Camp Of Contemporary Islam di SMKA Kuala Selangor atau lebih dikenali sebagai Kussis.Program ini disertai hampir 50 orang dengan dibantu seramai 29 fasilitator.

     Banyak pengalaman diperoleh melalui program ini. Saya bahagikan pengalaman kepada tiga fasa iaitu sebelum, semasa dan selepas program. Fasa sebelum program, saya sebagai ahli unit pengisian bagi program ini perlu merancang, merencana dan memastikan perjalanan program ini seajajar dengan objektif yang telah ditetapkan. Beberapa siri pertemuan antara ahli divisi pengisian telah dilaksanakan bagi membincangkan tentatif, lagu tema, tarian kreatif dan lain - lain lagi bagi memastikan program ini berjalan dengan tersusun.

     Seterusnya, fasa semasa program, saya dan teman seperjuangan bertolak ke SMKA Kuala Selangor dengan menaiki sebuah bas yang boleh menampung seramai 40 orang. Alhamdulillah, kami selamat tiba di tempat yang dituju dan anggaran perjalanan kami mengambil masa selama sejam lebih. Di sana, saya dan ahli divisi pengisian menyusun barang - barang yang diperlukan sepanjang program dengan berpandukan pada perancangan yang telah dibuat sebelum ini. Kerjasama dan sikap hormat - menghormati antara satu sama lain sangat diperlukan dalam menjayakan program yang melibatkan penglibatan orang luar khusunya pelajar sekolah, Hampir semua aktiviti yang dirancang berjalan dengan lancar. Para guru dan pelajar SMKA Kuala Selangor sangat “sporting” dan memberi kerjasama yang baik setiap aktiviti yang dilakukan.

     Seterusnya, melalui program ini, saya dapat mengetahui bahawa adik - adik di SMKA Kuala Selangor sebenarnya belum bersedia dan kurang mengambil tahu berkaitan perkara selepas alam persekolahan. Kebanyakan mereka hanya fokus pada apa yang ada di sekolah sahaja dan perkara ini amat tidak baik bagi mereka yang akan ke alam universiti tidak lama lagi. Penerangan berkaitan alam universiti dan ilmu sains sedikit sebanyak membantu adik - adik dari sudut kefahaman, realiti sebenar di universiti dan perkara - perkara yang bakal dihadapi oleh mereka selepas alam persekolahan. Saya menganggap program ini berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan.Alhamdulillah.

     Akhir kalam, saya menutup dengan serangkap pantun ;

Terbang selisih siburung kedidi,
Terbang berduyun di waktu pagi,
Terima kasih daun keladi,
Di lain hari berjumpa lagi.

_________________

Zahirah binti Za'abar 
Divisi Multimedia dan Publisiti 
Camp of Contemporary Muslim (COMIC) '17.

ENTRI 25 - REFLEKSI PART 4


Badrul Amin Bin Badrin 

(IIS 160006)




1. Fasa Perancangan

Indah sungguh warna pelangi,
Tidak luput hingga senja;
Ke Canseleri sama diharungi,
TOT bersama membawa bahagia.

Sawah padi luas terbentang,
Kuning keemasan indahnya maya;
Percaya-mempercayai asas berpegang,
Kohort 13 kekal selamanya.

2. Fasa Semasa

Padi muda jangan dilurut, 
Kalau dilurut patah batangnya; 
Hati muda jangan diturut, 
Kalau diturut susah datangnya.

Jikalau ikhwah mengangkat peti , 
 Tolong masukkan segala barang; 
Ikhwah akhowat bersatu hati , 
JM yang susah menjadi senang .

Masuk hutan pakai sepatu,  
Takut kena gigitan pacat;  
Peserta dan fasi pabila bersatu,  
Flow tentatif mudah dibuat.

3. Fasa Selepas

Anak itik terenang-renang,
Air pasang tenang-tenangan;
Budi KUSISS tak akan hilang,
COMIC menjadi kenang-kenangan.

Anak ikan berlima-lima,
Mati ditimpa punggur berdaun;
Kasih KUSISS kami terima,
Sebagai hutang seribu tahun.

AFNAN  AHMADI Jalinan & Masyarakat

Tika itu
Jemala nan kecil menadah
Siaga akan segala taklifat yang diduga
Menjadi satu permulaan yang baharu kepada raga yang satu
Raga yang awalnya kosong
Kini diisi sedikit-sedikit
Raga yang awalnya lapang
Kini dihimpit waktu yang sedikit
Tanpa diduga
Tapak nan kecil diberi mandat
Memegang betara lensa
Mengurus sesawang dunia
Menggubah potret dan citra

Di sebuah sekolah indah
Ceritera bermula
Hari bersulam siang dan malam
Melaksana tugas ibarat padi mengandung beras
Demi petani yang bekerja keras
Leka masa dan sempit ruang mengajar getir menjalin
Hubungan dalam sebuah masyarakat
Sudah pasti
Akan ada bicara menjadi nista
Tingkah menjadi salah
Aman menjadi sengketa
Angkara tekanan dan dugaan menimpa
Menguji kendiri sesama
Usai segala

Tiga hari saling berganti
Menjalin ikatan membentuk saudara
Mahupun kecil tua atau muda
Jurang terbina tiada terasa
Menggamit harmoni kerja dan organisasi
Membina kendiri lebih berisi
Tiada kata tiada madah
Taklif dilaksana sepenuh raga
Amanah disanjung sepenuh jiwa
Kian susah kian senang
Hanya sepadu atasi segala
Orang akan kata usai satu usai segala
Namun yang mengalami akan berkata
Usai satu permulaan segala.


REFLEKSI

MUZREEN MARDIA 

Pertama sekali, syukur ke hadrat Ilahi dengan izin-Nya kursus Jalinan Masyarakat kami berjaya dilakukan meskipun pelbagai onak duri yang dilalui. Yeay. ^_^

Fasa Pertama (Sebelum program)
Perkara yang aku belajar waktu ini  ialah komunikasi. Kami ( Majlis Tertinggi ) banyak kali mengadakan perbincangan , memberi dan menambah idea sesama kami. Projek apa yang perlu kami buat, kami berbincang dengan sangat teliti. Alhamdulilah, waktu ini kami terus menetapkan satu persatu ajk pelaksana JM, maka tertubuhlah 5 biro iaitu,
Biro Pengisian
Biro Dana & Tajaan
Biro Makanan & Cenderahati
Biro Pengangkutan & Perhubungan
Biro Multimedia & Publisiti

Aku telah dilantik menjadi pic biro pengisian dan ia sangat merunsingkan aku, kerana apa? kerana aku xbanyak idea. Hahah, nonsense kan alasan? Tp xsia-sia aku jadi pic pengisian, kerana aku belajar banyak perkara, antaranya berani, mengambil cakna, berani dan saling memerlukan. Ada orang banyak idea, tapi pemalu, ada orang kurang idea, tp berani tampil ke hadapan. Waktu ini, aku tidak nafikan bahawa lebih banyak masa dihabiskan bersama mereka dan ukhuwah kami semakin erat.

Fasa Kedua (Semasa Program)
Takut dan sedih. Itulah perasaan pertama yang menerjah aku dulu, sebab waktu pendaftaran pelajar yang mendaftar tidak lebih dari 20 orang, sedangkan dlm list ada 49 orang. Tapi, semangat pengarah iaitu Syakir membuatkan aku juga turut bersemangat kembali.
Pelajar yang hadir, sungguh aku kagum. Kerana walaupun sedikit jumlahnya , mereka tetap teruja dan menyokong kami, bila tgok prkara ni, seakan-akan ada satu tiupan semngat dlm hati aku utk teruskan program kami, betullah, kualiti boleh menandingi kuantiti. (
Sepanjang program, jujur aku penat. Kerana ada plan yang  berubah secara drastik, kami terpaksa bincang balik flow.

Sangat happy bila dapat nyanyi lagu tema, ahakkss. Penguat semngat aku.
Tapi ape2 pun, ;) aku tetap enjoy dari awal sampailah habis, susah utk kami semua berkumpul, jadi bila ada JM ni, ia mnjadi asbab yg terkuat (sbb wajib kan, hahah) utk kami gather.
Bukan hubungan antara pelajar dan kami sahaja rapat, malah bonding antara kami juga semakin erat dan lebih terasa manisnya ukhuwwah itu. Ia sangat memberi makna kepada aku. Hahah, acah2 sweet gtu.
Aku juga melihat hubungang sesame mereka lebih rapat, dan ramai yang tertarik dengan Universiti Malaya.

Waktu Majlis Penutup, aku paling xsgka pelajar perempuan menangis. Heheh, bukan ape, sbb aku rasa sgtlah sikit bnda yg kami beri dn waktu yg kami luangkan brsama mereka pun skejap shaja. Mungkin kecil bg aku, tp besar di hati mereka. Ececeyhh. hahah
Fasa Ketiga (Selepas Program)

Setiap divisi membuat SWOT.


AMIRATUSSAADAH⁠⁠⁠ Fond Memories

3 Mei 2017.
Kursus Jalinan Masyarakat adalah salah satu subjek universiti yang wajib dipenuhi oleh setiap pelajar di semester ke2 pengajian. Kursus ini dijalankan mengikut jabatan masing-masing.
Kami pelajar Program SGPI memilih untuk melengkapkan kursus ini melalui aktiviti 3 hari 2 malam bersama pelajar sekolah.

Sebelum program, kami telah merancang pelbagai usaha untuk menjayakan program ini, bermula dari Ahli Jawatankuasa, diikuti dengan mencari dana dan sumbangan seterusnya ke fasa akhir sebelum perlaksanaan program.

Seramai 29 orang AJK terlibat. Beberapa minggu sebelum program, kami menjalankan aktiviti housekeeping bagi mencari dana untuk program kami, selain dari melakukan jualan. Ini adalah pengalaman pertama saya menjalankan aktiviti housekeeping. Melalui aktiviti ini, banyak pengalaman yang saya perolehi, dan berbagai ragam masyarakat yang dapat dilihat.

Fasa terakhir sebelum perlaksanaan program, Unit Pengisian menjalankan ToT atau dikenali sebagai Training of Trainer, untuk melatih fasilitator yang terlibat.
Program kami yang diberi nama , Camp of Contemporary Muslim ( COMIC ), telah diadakan dengan jayanya pada 22-24 April yang lalu di Sekolah Menengah Agama Kuala Selangor. Semakin hampir ke hari tersebut, kami semakin nervous. Tapi ternyata sambutan dari para pelajar Tingkatan 4 Aliran Sains sekolah tersebut tidaklah hambar. Mereka adalah audiens yang sporting dan respons yang diterima dari setiap aktiviti yang dijalankan, sangat memberangsangkan. 

Walaupun kami keletihan selepas selesai kem tersebut, namun dari respons dan sambutan para pelajar, kami berasa sangat gembira. Sepanjang program, dari sebelum program bermula, banyak benda baru yang saya pelajari, antaranya gerak kerja dalam Unit Makanan kerana ini merupakan kali pertama saya ditugaskan dalam unit ini. Selain itu, saya dapat berkenalan dengan pelajar-pelajar di sekolah tersebut, sekaligus menambah kenalan baru.

Kesedaran yang paling penting yang saya dapat melalui JM ini ialah, kerjasama dan sifat saling mendukung antara fasilitator. Walau keletihan, dengan assignment, dan kepadatan jadual kuliah, tapi kalau saling menyokong antara satu sama lain, rasa letih tu akan hilang dan datang keseronokan bekerja dengan rakan-rakan. 

Melalui aktiviti JM ini juga, saya akan berusaha untuk terus melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan pada masa akan datang.
Sekian, terima kasih.

______________

Zahirah binti Za'abar 
Divisi Multimedia dan Publisiti 
Camp of Contemporary Muslim (COMIC) '17.

Sunday, 26 March 2017

ENTRI 9 - PHOTOSHOOT JM

PROGRAM JALINAN MASYARAKAT '17
ENTRI #9
24 MAC 2017
PHOTOSHOOT COMIC '17

24 Mac 2017 Jumaat 

Bismillahirahmanirahim,

Hari ini merupakan hari yang telah ditetapkan oleh Divisi Multimedia dan Publisiti ,Camp of Muslims Contemporary (COMIC) '17 sebagai hari penggambaran ajk untuk dijadikan gambar profil setiap ajk program. Proses penggambaran memakan masa 2 jam bermula dari jam 5.00 pm dan berakhir pada jam 7.00 pm bertempat di BS4, Blok A, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Warna biru ialah warna tema yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Tertinggi program Camp of  Contemporary Muslim (COMIC) '17. 

Berikut merupakan gambar-gambar pada hari kejadian : 
Gaya itu penting.

Pengarah berkaliber. 

Sebelum sesi penggambaran 
Dua orang tolong segakkan saudara khalid. 

Check lighting dulu sebelum tangkap gambar

Barang wajib yang perlu ada sebelum bergambar :D

Kebiruan di merata-rata

Biru di mana-mana

Kakak kakak yang function.



Alhamdulillah penggambaran pada hari ini berjalan dengan lancar dan berakhir pada masa yang telah ditetapkan.

Sekian sahaja entri untuk kali ini, Terima Kasih.😆

____

Mohd Shafiq Izzudin bin Mohd Shukri
Divisi Multimedia dan Publisiti
Camp of  Contemporary Muslim (COMIC) '17

ENTRI 30 - REFLEKSI PESERTA

PROGRAM JALINAN MASYARAKAT '17 ENTRI #30 24 APRIL 2017 REFLEKSI PESERTA Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. COMIC'17 sudah p...