Showing posts with label kondo rakyat. Show all posts
Showing posts with label kondo rakyat. Show all posts

Thursday, 23 March 2017

ENTRI 8 - HOUSEKEEPING 2.0

PROGRAM JALINAN MASYARAKAT '17
ENTRI #8
18 MAC 2017
HOUSEKEEPING 2.0

18 Mac 2017 Sabtu 


Housekeeping ini merupakan housekeeping kedua yang dijalankan dengan tujuan untuk mengumpul dana  bagi program yang akan kami jalankan nanti. Seperti housekeeping sebelum ini, kaedah housekeeping kedua ini lebih kurang sama. Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan terlebih dahulu. Setiap kumpulan ditugaskan untuk mengambil gambar dan menulis laporan berkenaan dengan housekeeping yang dijalankan oleh  mereka. Berikut merupakan gambar-gambar dan laporan yang telah disediakan oleh mereka. 

Laporan dan Gambar Team TTDI


Team TTDI
Ahli team TTDI :

Fakhru Syafiq, Badrul, Muzreen, Fatimah, Areefa, Balqis, Zahidah, Adiela 

Bermula 7.30am - 10am , perjalanan bermula dari UM ke TTDI, merentasi pelbagai stesen, transit dan pengangkutan awam. 

Kami mulakan misi kami di Jalan Athinahapan , bermula 10pagi sehingga sekitar 11pagi, kami menerima pelbagai respon, ada yang baik dan ada yang menolak kami dengan sopan. Ada  yang terus memberi sumbangan kepada kami. Ada juga yang tidak memberi sebarang respon. 

Tepat pukul 11pagi, kami berpecah kepada dua kumpulan. Satu kumpulan meneruskan misi di Jalan Athinahapan, satu lagi kumpulan berpindah tempat ke Jalan Datuk Sulaiman.

Kumpulan pertama, iaitu kumpulan Jalan Burhanuddin telah menerima respon yang  baik dari seorang makcik bernama Ruhaya dan telah diberi tugas untuk menyidai baju, menggosok baju dan mengemas rumah manakala kumpulan kedua tidak mendapat sebarang respon untuk membuat servis mengemas rumah mahupun mencuci kereta walau bagaimanapun masih ada pihak yang sudi menghulurkan sedikit sebanyak sumbangan bagi dana dan tajaan.Kemudian kami berkumpul kembali di rumah makcik Ruhaya dan membantu ahli lain menyiapkan tugas .

Cuaca panas pada hari tersebut sangat terik dan kebanyakan dari kami lebih dahaga berbanding lapar. Cabaran kami bersama, menempuh segala onak diri di kawasan perumahan merupakan sebahagian daripada memori terindah kumpulan TTDI.

Housekeeping kami diakhiri dengan pemberian beberapa casing telefon untuk dijual bagi dana dan tajaan kami oleh Puan Ruhaya serta  pelawaan meminjam portable speaker oleh pakcik Adnan.


Setelah berjaya menyiapkan tugas2 kami,kumpulan TTDI bergerak ke stesen dengan kereta setelah dipelawa oleh pakcik Adnan (suami makcik Ruhaya. Kami bergerak pulang ke UM dalam keadaan penat dan puas kerana berjaya menyediakan khidmat housekeeping terbaik kepada kepada keluarga makcik Ruhaya. Sekian.

Laporan ditulis oleh Muzreen.


               

                 

                              


Laporan dan Gambar Team Adey (Team TJ)


Team Sukahati

Kumpulan kami membuat keputusan untuk ikut kumpulan Nazira yang menjalankan housekeeping di Kondo Rakyat.
Kami bergabung dengan mereka dan Nazira telah membahagikan kami kepada 3 kumpulan.

G Adam
G Ruzaini
G Nazira

Kumpulan yang diketuai Adam menjalankan housekeeping di Blok 4, manakala kumpulan Ruzaini di Blok 2. Kumpulan Nazira pula menjalankan carwash.

Setelah 8 tingkat daripada bangunan Blok 2 dijelajahi, G Ruzaini membuat keputusan untuk berhenti dan berehat.
Setelah beberapa ketika, G Adam turut berhenti rehat bersama G Ruzaini di pondok setelah G Adam mendapati G Ruzaini sudah mulai kepenatan.
Rehat diteruskan sehingga semua berkumpul di situ.

Setelah beberapa ketika, kami berbincang kembali untuk menukar tempat sasaran, jadi disini kami membentuk satu Group Sukahati dimana ahlinya terdiri daripada insan-insan yang berjiwa kental, maka kami meneruskan perjalanan ke taman perumahan sekitar pantai hillpark dan nasib kami agak baik kerana berjumpa dengan sebuah rumah yang membenarkan kami melakukan housekeeping dirumahnya.

Kami pulang ke kolej pada jam 3 petang berikutan cuaca yang tidak mengizinkan kami berlama di situ.

Laporan ditulis oleh Ruzaini.








                                    

Laporan dan Gambar Team Kondo Rakyat

 Team Kondo Rakyat (Adam Ruzaini Nazirah)

Team Kondo Rakyat

 Kami bertolak dari kampus seawal jam 830 am dengan menaiki bas rapid. Setelah tiba di kawasan kondo rakyat kami berpecah mengikut kumpulan. Ini kerana kali ini, terdapat 3 kumpulan bergabung melakukan aktiviti housekeeping dan car wash di kondo rakyat iaitu kumpulan Adam, Ruzaini dan Nazirah. Nazirah sebagai PIC team kondo rakyat membahgikan kepada 4 kumpulan iaitu kumpulan blok 2 diketuai oleh Ruzaini, kumpulan blok 3 diketuai oleh saya sendiri, kumpulan blok 4 diketuai oleh Adam dan kumpulan blok 5 diketuai oleh Zul.

  Pada jam 9 pagi kami memulakan operasi di setiap blok masing2. Tepat jam 1130 am kami semua berkumpul di bawah semula. Hanya kumpulan blok 5 sahaja yang dapat melakukan housekeeping. Oleh itu, kami semua bercadang untuk menukar plan.

 Kami bersetuju untuk berpecah kepada dua kumpulan sahaja iaitu kumpulan yang akan meneruskan housekeeping di luar kawasan kondo rakyat diketuai oleh Zaaidul (kumpulan sukahati) dan kumpulan yang akan melakukan aktiviti car wash diketuai oleh Zul. Aktiviti housekeeping dan car wash berterusan sehingga waktu zuhur. Selepas itu, kami semua rehat, makan dan solat. Selepas solat, cuaca mula menunjukkan tanda2 hendak hujan. Tidak lama kemudian, hujan pun turun. Oleh itu, satu kumpulan bercadang untuk terus pulang ke kampus manakala satu kumpulan yang lain bercadang untuk meneruskan housekeeping di kondo rakyat itu.

   Kumpulan yang hendak meneruskan housekeeping tersebut diketuai oleh Nazirah. Tiada rezeki juga buat kami, hal ini kerana kami tidak dapat membuat housekeeping di mana2 rumah pun. Kami hanya mendapat sumbagan seikhlas hati daripada penduduk2 alhamdulillah. Tepat jam 430 pm kami bertolak pulang ke kampus


STRENGTH :

Program ini bermula dan berakhir seperti mana yang dijangkakan dan pada masa yang sama dapat meningkatkan lagi kerjasama dan kesefahaman antara ajk. Malah kami dapat berkenalan mesra dengan beberapa penduduk dan ada juga beberapa penduduk yang faham akan aktiviti yang kami laksanakan dan sangat menyokong kami. Kami juga mendapat sokongan hebat daripada pihak pengurusan kondo rakyat

WEAKNESS

 Ada penduduk keliru dengan aktiviti yang kami lakukan seolah-olah seperti hendak meminta sedekah 😭😭. Tiada satu pun rumah yang berminat untuk menawarkan kerja2 pembersihan rumah dilakukan di rumah mereka.

PLAN BACKUP :

Last minute set up untuk melakukan servis car wash ataupun nama yang sesuai adalah donation drive
Tetapi hujan membasahi bumi di sebelah petang apa pun hujan itu rahmat hehe.

 Laporan ditulis oleh Nazirah.       

p/s :    
kumpulan adam : adam, syakir, syahirah, umairah, nabilah
kumpulan ruzaini : ruzaini, afnan, zahirah, amirah, kamilah
kumpulan nazirah : nazirah, fiqriyah, aiman nabilah, zaaidul, hazim, zul ariff










Sekian sahaja entri kali ini. 
____

Hazim bin Razak
Divisi Multimedia dan Publisiti
Camp of  Contemporary  Muslim (COMIC) '17

Thursday, 16 March 2017

ENTRI 6 - HOUSEKEEPING 1.0

PROGRAM JALINAN MASYARAKAT '17
ENTRI #6
12 MARCH 2017
HOUSEKEEPING 1.0 - DANA DAN TAJAAN


LAPORAN HOUSEKEEPING TEAM TAMAN JAYA 

SENARAI AHLI :
Afnan, Ruzaini, Syakir, Syahirah, Zahirah, Amiratussaadah

TAMAN MEDAN-Pada mulanya kami memulakan aktiviti dengan berkunjung dari rumah ke rumah untuk mengiklankan donation drive, dan kami juga memperoleh sedikit sumbangan ikhlas berbentuk wang daripada beberapa orang penduduk tempatan. Tetapi hasil daripada pemerhatian kami dan juga respon-respon penduduk, kami mendapati bahawa donation drive di kawasan tersebut kurang mendapat sambutan. Lalu kami membuat keputusan untuk pergi ke kawasan sekitar Subang Jaya sebagai target seterusnya berdasarkan faktor-faktor tertentu. 

SUBANG JAYA- Sesampainya kami disana, kami berjaya mendekati pelanggan pertama dan ditugaskan untuk membuat "housekeeping"  iaitu menyusun buku-buku di atas rak. Selain itu, kami turut dijamukan dengan juadah dan mendapat layanan mesra daripada pelanggan. Tugasan pertama kami selesai pada pukul 2 petang. Selepas itu kami teruskan perjalanan ke rumah-rumah lain sehingga jam 5 petang walaupun matahari menitiskan bertan-tan peluh kami. hehe. 







LAPORAN HOUSEKEEPING TEAM KONDO RAKYAT 

Kondo Rakyat-Kami memulakan pencarian mengutip dana dan tajaan pada awal pagi sekitar jam 10 pagi. Sebelum itu, kami bersarapan terlebih dahulu di restoran mamak yang berhampiran. 
Kami bahagikan tugas antara ahli kumpulan seperti berikut : 
  •  Nazirah  : Menerangkan serba sedikit tentang perjalanan dan kawasan
  •  Anas : Mengambil gambar 
  •  Aiman Nabilah, Fiqriyah,Nazirah, Zul Ariff,Hazim dan Anas : Melakukan kerja2 pembersihan dan memohon sumbangan dari rumah ke rumah 
 Kami bergerak bersama dari satu rumah ke satu rumah memohon sumbangan serta menawarkan perkhidmatan pembersihan dengan menerangkan kepada tuan rumah tentang program yang ingin dijalankan. Beberapa buah rumah menghulurkan sumbangan seikhlas hati mereka, namun ada juga beberapa penduduk yang kurang berminat dengan aktiviti kami.
 Pada jam 11 tengahari kami mendapat panggilan daripada satu rumah untuk melakukan pembersihan, dan kami selesai mengemas rumah pada jam 230 petang dan kami bertolak balik ke kampus pada jam 3 petang.





LAPORAN HOUSEKEEPING RUMAH PAK CIK 

Ahli : 
Noor Areefa, Muzreen Mardhia, Fatimah, Badrul, Shafiq, Fakhru, Zahidah, Nabilah, Atikah, Kamilah, Zahidah 

Pada awal pagi juga kami sampai di Jalan Abang Haji Openg, TTDI.Setibanya di rumah pertama yang kami sampai, seorang wanita India Muslim yang sudah berusia menyambut kedatangan kami dengan baik. Kami melakukan pembersihan di halaman rumahnya seperti mencabut rumput dan menyiram bunga dan juga menggosok pakaian pejabat berikutan keesokan harinya adalah hari bekerja.

Seusai aktiviti di rumah pertama itu,sekitar tengahari kami meneruskan perjalanan ke kawasan-kawasan perumahan berdekatan.Ada yang memberikan reaksi yang positif seperti memberikan kad pejabat dan juga emel.Begitupun,ada juga respon yang kurang baik kami terima kerana kebanyakan penghuni tiada di rumah dan ada juga yang mengendahkan kedatangan kami dan mujurlah individu yang kami datangi iaitu Hajah memberikan ruang untuk kami mencuci dua buah kereta di halaman rumahnya.
Kami bertolak pulang ke kampus pada jam 5 petang pada hari tersebut.





Sekian sahaja entri kali ini, Terima kasih sudi membaca, kalau ada apa-apa soalan tinggalkan komen ye :) 

___

Zahirah binti Za'abar 
Divisi Multimedia dan Publisiti
Camp of  Contemporary Muslim (COMIC) '17


ENTRI 30 - REFLEKSI PESERTA

PROGRAM JALINAN MASYARAKAT '17 ENTRI #30 24 APRIL 2017 REFLEKSI PESERTA Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. COMIC'17 sudah p...