Showing posts with label universiti malaya. Show all posts
Showing posts with label universiti malaya. Show all posts

Friday, 5 May 2017

ENTRI 30 - REFLEKSI PESERTA

PROGRAM JALINAN MASYARAKAT '17
ENTRI #30
24 APRIL 2017
REFLEKSI PESERTA

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. COMIC'17 sudah pun melabuhakan tirainya. Diharapkan, banyak manfaat dapat diperoleh oleh peserta kita. Untuk tujuan rekod, pihak multimedia telah ditugaskan untuk merakam refleksi beberapa orang pelajar. Hal ini juga bertujuan untuk mengetahui keberkesanan program ini dari sudut pandang para peserta. Selain itu, kami juga dapat memastikan bahawa tema kami iaitu 'Building Bonds, Breaking Boundaries' telah tercapai. Tanpa membuang masa lagi, mari kita saksikan:




____

Hazim bin Razak
Divisi Multimedia dan Publisiti
Camp of  Contemporary  Muslim (COMIC) '17

Thursday, 4 May 2017

ENTRI 22 - REFLEKSI PART 1

Refleksi 1
 oleh : saudara Adam Hidayatullah bin Zukefle.

Assalamualaikum Warahmatulah Wabarakatuh.
Alhamdulillah,segala puji bagi Allah yang telah mengurniakan kita dengan cahaya Islam dan Iman.Tidak lupa juga selawat dan salam keatas baginda yang tercinta Nabi Muhammad Sollahu alaihi wasallam yang telah didatangkan akan ia kepada kita dengan nur hidayah dan agama yang benar.
Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pemantau subjek Jalinan Masyarakat iaitu Dr Madiha binti Baharuddin yang banyak memberikan teguran membina kepada kami seterusnya juga kepada sahabat-sahabat yang sama-sama menjayakan projek ini. 

Pada hematku,awalnya aku menyangka projek ini iaitu Camp of Contemporary Muslim 17 (COMIC17) bukan lah satu projek yang cukup gempak ataupun menarik kerana dalam fasa perancangan juga ada berlaku sedikit konflik dalam beberapa pihak.Namun, ternyata firasatku bertentangan dengan apa yang dirancang olehNya.

Pabila sampai saja jasadku disana,ku dapati ramai adik-adik yang berusaha dengan gigih memberi salam kepadaku dan cuba membantu diriku untuk berasa senang di tempat mereka.Aku berasa aman sekali kerna dapat kembali hadir ke dalam biah agama yang sekian lama ku tinggal.Segala puji buatNya yang telah memberi kelancaran kepada program kami bermula dari hari yang pertama hingga habis program kami disana. 

Pada pandanganku, banyak kebaikan yang dapatku lihat impak daripada program ini.Anrtaranya ialah mahasiswa dan mahasiswi dapat mengenal lebih rapat dengan pihak pelajar yang mana pemikiran mereka mungkin sekali telah pun berbeda daripada pemikiran kita semasa kita di bangku sekolah dahulu.Selain itu,kita juga dapat berkongsi sedikit maklumat tentang apa yang menarik dengan UM dan berkongsi pengalaman kita sebagai seorang mahasiswa/mahasiswi di dalam institut pendidikan tinggi di tengah-tengah bandar kosmopolitan.Tidak lupa juga,kami dapat peroleh sedikit sebanyak pengalaman mengedalikan program yang cukup besar dan menarik.
Sebagai penutup kalam yang tak berhenti dari tadi,aku nak tutup dengan sedikit pantun, 

Dari Segamat ke Johor Bharu,
ke Johor Bharu mencari duku,
Menjadi fasi pengalaman yang baru,
Jadi bekalan ke anak cucu
hmm..macam tak kena kan?.ni lagi satu
Baba dan Nyonya sudahlah tua,
walaupun tua masih bersama,
terima kasih pada semua,
yang telah mengukir memori bahagia.


Refleksi 2 
oleh : saudara Syakir bin Manlani.

Alhamdulliah setinggi-setinggi perhargaan kepada pensyarah kami Dr Madiha Binti Baharuddin yang selalu membantu dan membimbing kami menjayakan program jalinan masyarakat.Disamping itu tidak lupa juga buat rakan-rakan yang lain yang turut sama membantu menjayakan program ini.

Pada pandangan saya, program jalinan masyarakat ini sangat bermanfaat buat pelajar kerana mahasiswa dapat berkhidmat dan bergaul dalam masyarakat.Sebagai mahasiswa kita bukan sahaja hidup di universiti hanya untuk belajar semata-mata tetapi sebagai mahasiswa kita perlu turun padang untuk sama-sama dengan masyarakat. Saya sangat teruja dengan program kami iaitu program Camp Of Contemporary Muslim ' 17 [COMIC'Q17] yang kami jalankan di SMKA Kuala Selangor. 

Sungguh riang anak Palembang, 
Mengayuh sampan sambil berdendang, 
Syair disebut nada terbilang, 
Selamat datang kami ucapkan. 

Begitulah reaksi spontan yang ditunjukkan peserta-peserta program COMIC'17 sejurus pendaftaran bermula yang sangat 'sporting' Kami juga dapat merancang program dengan baik iaitu dengan membuat persiapan yang rapi sebelum program yang melibatkan pelbagai divisi seperti Divisi pengisian, Divisi multimedia dan lain lain. 

Program ini melibatkan pelajar Tingkatan 4 aliran Sains Agama. Banyak pengalaman yang kami perolehi melalui program ini yang mana kami belajar untuk mengendalikan sebuah program dan meningkatkan keyakinan para mahasiswa dalam berdepan dengan kelompok manusia Kami juga dapat responden yang baik daripada setiap peserta yang terlibat dan menggalakkan program seperti ini dijalankan lagi bagi tahun mendatang. Ini dapat memberi pengalaman kepada kami yang bakal bergelar graduan satu hari nanti. 

Saya berharap program ini akan diadakan bagi setiap universiti bagi melahirkan mahasiswa yang seimbang dari segi rohani dan intelektual dan juga membantu para pelajar sekolah dalam mengetahui dengan lebih perihal suasana di universiti. 

PANTUN
Tumbuh merimbun di hujung laman,
Kalungan budi junjungan kasih,
Menjadi kenangan sepanjang zaman,
COMIC'17 menjalin kasih. 

Berkejar-kejaran ombak dilaut,
Menyentuh pantai berpasir bersih,
Budi tuan disebut-sebut,
COMIC'17 selesai dan terima kasih. 

Dari Kemaman pergi ke Kuantan,
Pergi ke Kuantan mencari ikan
Terima kasih kami ucapkan,
Jalinan Masyarakat menjadi kenangan.


Refleksi
 oleh: saudari Naziratul Khairiah.

      Assalamualaikum, saya Naziratul Khairiah Binti Hanafiah. Saya merupakan AJK Dana dan Tajaan bagi program COMIC’ 17 Jalinan Masyarakat. Pada awalnya saya agak terkejut apabila mendapat taklifan sebagai ajk dana dan tajaan. Hal ini kerana, saya tidak pernah lagi terlibat dalam sebarang gerak kerja mencari dana bagi sesuatu program. Saya lebih gemar melibatkan diri dalam gerak kerja program/pengisian. Oleh itu, banyak perkara yang saya perlu tuntut dan pelajari dalam menjayakan gerak kerja mencari dana. Sejujurnya, saya terus merujuk emak dan ayah bagi bertanyakan soal mencari dana. Ayah mengajar saya cara berkomunikasi dengan pihak perhubungan luar (marketing) bagi sesebuah syarikat. Saya juga turut bertanyakan ramai rakan dan senior yang pernah terlibat serta berpengalaman dalam melakukan gerak kerja mengumpul dana dan mencari tajaan. Pada awalnya, saya hanya dapat menjangkakan dengan mencari dana dan tajaan daripada mana-mana pihak mahupun syarikat serta melakukan jualan sahaja boleh menjadi sumber pendapatan program kami ini. Namun, majoriti projek-projek di kolej saya melakukan aktiviti housekeeping bagi menjana pendapatan projek. Oleh itu, selepas berbincang, ajk dana dan tajaan bersetuju untuk melakukan housekeeping walaupun pertama kali menguruskan perlaksanaan housekeeping.

       Banyak perkara yang saya pelajari daripada usaha melaksanakan housekeeping ini. Antaranya, saya perlu mengetahui selok-belok perumahan di sekitar kawasan kampus saya contohnya kawasan-kawasan perumahan di Bangsar dan Petaling Jaya. Saya juga perlu mengetahui kawasan target yang sudah biasa menjadi tapak housekeeping bagi pelajar-pelajar universiti. Saya juga dapat pengalaman baru dalam berkomunikasi sesama masyarakat luar sepanjang tempoh mencari pendapatan bagi program ini. Saya dapat melihat pelbagai ragam serta respon masyarakat terhadap usaha kami dalam mencari pendapatan. Kami menjana pendapatan daripada aktiviti jualan, housekeeping, carwash dan juga sumbangan daripada beberapa pihak serta syarikat. Kami tidak mendapat sebarang tajaan daripada mana-mana syarikat. Hal ini berkemungkinan kami tidak menghubungi pihak yang sesuai untuk menjadi penaja bagi program ini. Kebanyakan antara kami juga masih baru dalam gerak kerja dana dan tajaan. Saya juga amat dan sangat terharu dengan segala sokongan, komitmen dan kerjasama daripada rakan-rakan dalam melakukan aktiviti-aktiviti mencari/mengumpul dana. Secara tidak langsung, hal ini dapat mengeratkan lagi silaturrahmi antara kami, pelajar-pelajar ASIS kohort-13. Saya juga mempelajari erti barakah dalam setiap rezeki yang diusahakan. Segala usaha dalam mencari pendapatan perlulah telus, amanah dan wasatiyyah. Walau pada awalnya, saya berasa amat sedih dan risau akan jumlah kemasukan wang bagi program ini, namun berkat doa dan usaha, kami berjaya mengumpulkan dana secukupnya malah berlebihan lagi, syukur Alhamdulillah.

       Setelah dana mencapai pada jumlah belanjawan yang diperlukan, saya dan ajk dana&tajaan yang lain berasa amat bersyukur dan berpuas hati dengan hasil gerak kerja yang dilakukan secara bersama-sama. Beberapa hari sebelum projek bermula, seorang rakan saya meminta tolong untuk menjadi pembantunya dalam melaksanakan kerja-kerja multimedia. Hal ini kerana, beberapa ajk multimedia yang lain menjadi fasi bagi program ini. Saya tidak terpilih untuk menjadi fasi, oleh itu, sepanjang program berlangsung selama 3 hari 2 malam, saya banyak terlibat dalam skop kerja media seperti merekod video dan mengambil gambar. Sepanjang program COMIC’ 17 yang dianjurkan di SMKA Kuala Selangor (KUSISS), saya dapat melihat sesuatu yang baharu iaitu melihat generasi yang lahir pada fasa tahun 2000. Perserta-peserta COMIC’ 17 terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan 4. Saya cuba membandingkan diri saya sewaktu saya berada di tingkatan 4 dengan mereka. Terdapat beberapa perbezaan terutamanya dari segi sikap dan pemikiran. Apa yang saya lihat, beberapa orang pelajar berani dalam melontarkan sebarang idea dan pendapat.

      Kebanyakan aktiviti yang dianjurkan terdapat elemen pengetahuan tentang ilmu sains di peringkat sekolah menengah dan juga kami cuba memberikan kaitan antara sains dan Islam. Namun kebayakan pelajar masih belum tahu tentang beberapa istilah di dalam ilmu sains contohnya chemiosmosis dan time impact. Hal ini kerana, mereka belum belajar topik-topik tersebut. Harapan saya agar semua pelajar tingkatan 4 dapat juga sedikit sebanyak gambaran akan isi kandungan topik yang bakal mereka pelajari nanti. Saya juga melihat mereka masih kurang cakna dan kurang pengetahuan akan isu-isu semasa. Namun, saya faham akan keadaan mereka yang menetap di asrama menjadi keterbatasan dalam mengakses sebarang berita bagi mengetahui isu terkini.

        Seterusnya, saya amat terharu dan berbangga melihat segala tenaga, usaha tungkus-lumus dan jerih payah rakan-rakan se-kohort bagi menjayakan program COMIC ini. Setiap biro sangat komit dalam menjalankan tugas masing-masing sama ada sebelum dan semasa program. Suka untuk saya beritahu bahawa saya melihat pelajar-pelajar ASIS kohort-13 sangat memainkan peranan mereka dalam menjayakan aktiviti di setiap slot selama 3 hari 2 malam ini. Persediaan yang dilakukan sebelum hari program juga agak rapi. Beberapa kali rehearsal dilakukan bagi memantapkan lagi gerak kerja. Saya juga tidak menafikan akan konflik dan masalah yang berlaku sepanjang gerak kerja program ini, namun semuanya dapat diselesaikan dengan matang, rasional dan tenang.

       Akhir kata, harapan saya terhadap program yang dijalankan dapat memberi sedikit sebanyak gambaran kepada peserta-peserta COMIC’ 17 akan hala tuju mereka selepas tamat SPM nanti. Seterusnya, melalui program ini juga secara tidak langsung dapat memperkenalkan program Sarjana Muda Pengajian Islam dengan Sains/Teknologi Maklumat kepada peserta-peserta dan pihak sekolah. Semoga melalui program ini juga dapat menghasilkan produk muslim kontemporari yang bermanfaat kepada agama, bangsa dan negara.

....................

Zahirah binti Za'abar
Divisi Multimedia dan Publisiti
Camp of Contemporary Muslim (COMIC).


ENTRI 21 - COMIC'17 (HARI KETIGA)


PROGRAM JALINAN MASYARAKAT '17
ENTRI #21
24 APRIL 2017
COMIC'17 (HARI KETIGA)

بسم الله الرحمن الرحيم

QIAMULAIL




 Kring!Kring! Jam telah menunjukkan jam 5.00 pagi. Sekali lagi, terasa malas nak bangun. Namun dengan keazaman yang kuat dan semangat yang diberikan oleh kawan kami yang sudah bersiap, maka kami bangun bersiap-siap ke surau. Sementara menunggu kawan yang lain, ada di antara kami yang menunaikan solat sunat lain. Alhamdulillah qiamulail dilaksanakan dengan jayanya.


SENAMAN PAGI/ RIADAH

Pada jam 7.00 pagi, kami fasilitator telah berpakat untuk melakukan riadah pagi secara berasingan. Peserta lelaki beriadah di padang sekolah manakala peseta perempuan di dalam dewan sekolah. Lelaki bermain permainan 'tuju selipar' manakala perempuan bermain 'belalang dan belatuk'. Semua peserta dan fasilitator sangat gembira dan kepenatan bermain permainan ini.


Baling jauh-jauh lagi selipar tu


Barisan kumpulan belatuk

FUTURE ME

Tepat jam 9.00 pagi, slot Future Me diteruskan di dewan sekolah yang dikendalikan oleh saudari Zahirah. Para peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan secara rawak dan setiap seorang diberikan sehelai kertas. Mereka dikehendaki menulis perancangan masa depan atas kertas tersebut.

Memikirkan apa yang hendak ditulis

Fasilitator turut merancang masa depan mereka

Wakil kumpulan lelaki berkongsi perancangannya di depan

Wakil kumpulan perempuan rancak menceritakan impiannya


MAJLIS PENUTUP

Pada jam 12.00 tengah hari, majlis penutup berlangsung dan dikendalikan oleh emcee,saudari Balqis.

Nyanyian Asma Al Husna

Bacaan doa oleh saudara Fakhru

Kumpulan terbaik

Cenderahati diberikan kepada pihak sekolah

Persembahan penutup oleh fasilitator dan peserta lelaki

Sesi bergambar sebelum pulang. COMIC!!



BERANGKAT PULANG








Tepat jam 2.00 petang, kami berangkat pulang. Sebak pun ada melihat adik-adik melambai kepada kami. Kami berharap program yang kami laksanakan ini memberi seribu satu makna dan impak yang positif kepada warga SMKA Kuala Selangor.

Penutupan COMIC'17 Untuk Hari Ketiga

Maka berakhirlah untuk program COMIC'17. Dengan itu, berakhir jugalah entri buat hari ini. Semoga pembaca mendapat manfaat daripada penulisan ini.

Akhirul kalam, saya doakan yang terbaik buat semua. .

____

Aiman Nabilah Binti Mohd Azmi
Divisi Multimedia dan Publisiti
Camp of  Contemporary  Muslim (COMIC) '17







ENTRI 20 - COMIC'17 (HARI KEDUA)


PROGRAM JALINAN MASYARAKAT '17
ENTRI #20
23 APRIL 2017
COMIC'17 (HARI KEDUA)

بسم الله الرحمن الرحيم



QIAMULLAIL





Kring!Kring! Jam telah menunjukkan jam 5.00 pagi. Kami berasa berat hati untuk meninggalkan tilam dan bantal yang empuk. Namun, kami cuba melawan hawa nafsu untuk sambung tidur. Kami bergegas bangun dan kejut peserta untuk turun qiamulail bersama di surau. Pada jam 5 pagi lebih, kami memulakan qiamulail secara berjemaah yang diimamkan oleh saudara Fakhru.

                Setelah azan Subuh berkumandang, kami terus menunaikan solat subuh berjemaah bersama pelajar tingkatan lain.


SENAMAN PAGI DAN RIADAH



1,2,3 kiri 1,2,3 kanan


Macam manala nak ikut gaya abang afnan ni
Sungguh bersemangat fasilitator. Mantap!!

Tepat jam 7.00 pagi,peserta dan fasilitator berkumpul di dataran bersebelahan dewan. Slot ini dikendalikan oleh saudara Afnan. Banyak lagu dan rentak diperkenalkan kepada kami. Hmmm..memang penat dan berpeluh kami dibuatnya. Walaubagaimanapun, kelihatan peserta dan fasilitator gembira pagi itu/


PENGENALAN UM DAN SGPI

Pada jam 9.00 pagi, peserta Tingkatan 4 dan 5 berkumpul di dewan. Slot ini dikendalikan oleh saudari Naziratul Khairiah. Tajuk slot ini ialah 'Ke Arah Melahirkan Saintis Agamawan' yang disampaikan oleh Dr Shaikh Mohd Saifudien.
Khusyuk adik-adik ni dengar
Petah sungguh Emcee ni
Senyum apa Adam?


Cenderahati diberikan oleh pengarah. Terima kasih Dr.
Mengambil peluang bergambar sebelum Dr pulang



SHARING SESSION

Pada jam 11.30 pagi, peserta dan fasilitator berpecah dan berada dalam kumpulan masing-masing. Fasi setiap kumpulan berkongsi pengalaman dan tips kepada para peserta mengikut kreativiti masing-masing.

Cerita apa la adik ni sampaikan fasilitaor khusyuk dengar

Kumpulan Noor buat di luar dewan sambil menghirup udara segar

SNAP! SNAP! SNAP!


Slot dikendalikan oleh saudari Zul

Bergambar dengan watak ustazah sebelum ke checkpoint seterusnya

Gaya watak pendekar sangat membantu

"Buat la apa-apa cara untuk angkat duit syiling ni"

"kita bungkus je la asalkan belon tak pecah"

Barisan watak yang berdedikasi

ADA APA DENGAN UM?


Wakil palapes Darat

Wakil palapes Laut

Wakil kor SUKSIS

Contoh gaya latihan palapes darat


Setelah selesai slot SNAP!SNAP!SNAP!, slot Ada Apa Dengan UM diteruskan. Setiap wakil fasilitator yang menyertai badan beruniform memberi perkongsian berkenaan program yang disediakan oleh pihak universiti.

VIRTUAL GAME

Pada jam 5.00 petang, LDK seterusnya bermula dan diketuai oleh saudari Zul.




peningnya ayat dia!!Pak kundur...


Macam-macam gaya dibuat




TAZKIRAH MAGHRIB

Sekitar jam 8.00 malam, peserta dan fasilitator berkumpul di balai interaksi untuk slot tazkirah.

"Alamak!! kena kat aku la"


Diketuai oleh saudara Zain

SEMBANG SANTAI BERSAMA ALUMNI



Jemput makan

Ehhh? Macam kenal je tudung merah tu

Barisan MT bergambar dengan penceramah


Moderator: Saudara Hazim



Slot ini dimulai pada jam 9.00 malam. Penceramah jemputan ialah saudara Amir Muzaffar dan saudari Noor Areefa Ameera. Banyak input yang kami dapat daripada perkongsian dua orang panel tersebut.

WEREWOLF

Setelah forum selesai, slot seterusnya dijalankan yang diketuai oleh saudara Syakir. Peserta dan fasilitator yang terpilih dikehendaki duduk dalam bulatan yang besar. Mulalah sebuah penceritaan dan misi mencari 'Werewolf'.


Saling menuduh identiti Werewolf di kalangan masing-masing


"Kami setuju dia dsingkirkan"

Penutupan COMIC'17 Untuk Hari Kedua

Maka berakhirlah hari kedua untuk program COMIC'17. Dengan itu, berakhir jugalah entri buat hari ini. Semoga pembaca mendapat manfaat daripada penulisan ini.

Akhirul kalam, saya doakan yang terbaik buat semua. Nantikan entri yang seterusnya untuk hari ketiga COMIC'17.

____

Aiman Nabilah Binti Mohd Azmi
Divisi Multimedia dan Publisiti
Camp of  Contemporary  Muslim (COMIC) '17

Sekian sahaja





ENTRI 30 - REFLEKSI PESERTA

PROGRAM JALINAN MASYARAKAT '17 ENTRI #30 24 APRIL 2017 REFLEKSI PESERTA Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. COMIC'17 sudah p...