Thursday, 4 May 2017

ENTRI 29 - REFLEKSI PART 8


FAKHRU SYAFIQ

Tugasan sebagai ajk untuk program Camp Of Contemporary Muslim (COMIC ’17) ini saya anggap sebagai satu cabaran baru kepada saya. Hal ini disebabkan oleh saya perlu mengambilnya sebagai tugasan dalam aktiviti jalinan masyarakat. Walaupun kursus ini tidak merupakan subjek wajib sewaktu saya berada di peringkat asasi, akan tetapi saya pernah terlibat dalam program A Harmonious Linkage Among Novices (AHLAN) sewaktu asasi di Pusat Asasi Sains Universiti Malaya.

 Jadi saya tidaklah kekok sangat dengan subjek ini.Sebagai ahli dalam divisi makanan dan kebajikan, saya ditugaskan bersama rakan-rakan yang lain untuk menyusun jadual waktu bagi semua ajk untuk program ini. Di samping itu, kami juga perlu membuat urusan bagi mendapatkan barangan promosi Universiti Malaya untuk diagihkan kepada para peserta program ini.Tidak berakhir di situ sahaja,kami juga pelu mendapatkan bahan-bahan untuk hadiah dan cenderahati sempena program ini . 

Apa yang saya peroleh sebagai pengajaran semasa program ini adalah beban dan kepayahan haruslah dipikul bersama ibarat kata pepatah melayu,“berat sama dipikul ringan sama dijinjing”.Bila sahaja berlaku kecelaruan misalnya dalam latihan dalam kumpulan(LDK), ahli divisi kamilah yang membantu membetulkan semula keadaan agar hilang kesulitan dan suasana kembali jernih.

Bagi saya, LDK Snap!Snap!Snap! adalah satu pengalaman yang menarik bagi saya kerana ia dapat disempurnakan dengan jayanya.Saya bersyukur kerana waktu itu dengan adanya walkie talkie, maklumat-maklumat penting dapat disebarkan kepada semua ajk dan peserta.Melalui slot LDK ini juga dapat dirasakan bahawa kerjasama amatlah penting. 

Kejayaan program ini amat bergantung kepada corak pengurusan, kerjasama, sokongan moral, kolaborasi dan komitmen yang tinggi terhadap program. Kepentingan aktiviti ini dari segi ilmu diharap akan menjadi sumbangan pengetahuan mengenai ilmu yang boleh menyokong jalinan masyarakat dalam kehidupan dan pendidikan.Aktiviti seperti ini dapat memberi informasi baru untuk menambah pengetahuan dan rujukan kepada pelbagai organisasi dan individu.

Saya juga mampu mempertimbangkan masa dan fokus saya untuk terlibat dalam aktiviti seperti ini pada masa hadapan.Sekian,terima kasih.



REFLEKSI JALINAN MASYARAKAT (COMIC)

KAMILAH BINTI ATAN




i. FASA PERANCANGAN
- Sepanjang proses persediaan program jalinan masyarakat, saya boleh katakan bahawa semua biro menjalankan tugas masing-masing dalam keadaan yang agak terkawal. Namun apabila pihak sekolah menetapkan tarikh yang baru untuk program kami kepada tarikh yang lebih awal daripada yang sepatutnya, keadaan menjadi agak cemas. Saya berasa agak tidak puas hati terhadap pihak sekolah kerana mereka sangat sukar untuk dhubungi dan kerap menukar tarikh untuk program kami. Selain itu, saya turut berasa seronok dan kagum apabila sahabat-sahabat lain amat komited dalam melaksanakan tugasan masing-masing mengikut skop tugas yang diberi dan sanggup mengobankan masa dan tenaga untuk memastikan program kami dapat berjalan dengan lancar terutamanya dalam misi mencari dana dan latihan tarian lagu tema.hahahah. Saya menganggap Dr. Madiha sangat membantu kami terutamanya dalam mengutamakn pengutamaan tugas yang utama dalam menjalankan tugas agar perjalanan tugas-tugas kami mengikut biro sentiasa ditahap yang terrbaik!!!!

ii. FASA SEMASA
- Semasa hari kejadian, pergerakan kami untuk bertolak ke SMKA Kuala Selangor berjalan lancar dan lebih menyenangkan hati apabila bas yang disewa sanggup utuk berhenti disetiap kolej yang ditetapkan mengikut permintaan kami. Banyak pengalaman suka dan duka(sikit je) sepanjang program berlangsung , walaupun terdapat sedikit salah faham dalam menerima maklumat biro tertentu dapat menyelesaikannya dengan penuh profesionalisme(berdasarkan pemerhatian saya). Saya dapat melihat kegembiraan pada wajah adik-adik sekolah sepanjang kami mengendalikan mereka. Mereka kelihatan sangat berminat dalam setiap aktiviti yang kami adakan, malah mereka memberikan respon yang sangat positif apabila ditanya oleh saya mengenai program kami. Tetapi,sepanjang saya menjadi pelajar disekolah saya dahulu, saya sangat tidak selesa apabila ada program seperti ini dan ini membuatkan saya berasa sangat wow apabila melihat adik-adik sangat suka akan program kami dan lebih memeranjatkan apabila pelajar akhowat menitiskan air mata apabila program ingin melabuhkan tirainya tidak ketinggalan juga ade segelintir fasi akhowat yang tidak dapat menahan sebak turut sama-sama menangis bersama mereka. Hehe.

iii. FASA SELEPAS
- Selepas tamatnya program jalinan masyarakat ini (COMIC), saya berasa lega dan gembira kerana program kami telah berjaya dilaksanakan, di samping banyak pengalaman baru, aneh, pahit dan manis yang dapat menyedarkan, mengajar dan membantu saya untuk memperbaiki kelemahan diri dan sahabat-sahabat lain. Saya akan sentiasa menyokong jika program jalinan masyarakat ini diteruskan dan akan cuba mencari ruang yang ada untuk melibatkan diri dalam aktiviti sebegini, kerana terlalu banyak perkara yang belum saya peroleh yang mana saya boleh mencapainya dengan memastikan diri saya terdedah dengan aktikviti-aktiviti bermanfaat seperti program jalinan masyarakat terutamanya. 


ZAHIRAH  ZA'ABARKALAMKU




Assalamualaikum wbt, saya Zahirah binti Za’abar dari unit Multimedia dan Teknikal. Pada fasa sebelum berlangsungnya program, alhamdulillah semuanya berjalan lancer namun ada juga beberapa perkara yang tidak berjalan seperti yang dirancangkan.

Saya sangat suka menyertai aktiviti Housekeeping yang diaturkan oleh unit Dana dan Tajaan kerana ia merupakan pengalaman pertama saya. Walaupun penat seharian tetapi ia terbayar dengan rasa puas hati kerana berjaya membantu unit Dana mengumpul dana.

Sepanjang program berlangsung, kami dari unit Multimedia agak kelam kabut kerana baru dapat tahu yang wayar kabel tidaklah panjang sangat jadi kami banyak buat keputusan on the spot. Jadi disini saya ingin berterima kasih kepada rakan-rakan yang membantu melancarkan kerja unit Multimedia.

Selepas berakhirnya program Jalinan Masyarakat, saya tahu saya tidak boleh goyang kaki lagi jadi saya mengerah semua ahli unit supaya siapkan blog secepatnya sebelum perjumpaan bersama penyelaras. Dan kami juga mengupdate gambar semasa program ke dalam laman sosial Instagram kami iaitu @officialasis_.


OLEH : ANAS NOR

Pohon cemara di tepi telaga
Ikan keli berenang ke laut
Jalinan masyarakat sudah bermula
Hati ini sudah terpaut

Sesungguhnya..
Dari permulaan gerak kerja Jalinan Masyarakat Ini bermula, masuk ke klimaks dan hinggalah ke akhirnya...Sy dpt sesuatu benda yang perlu ade dlm diri seseorang yang ingin menjalankan sesuatu program iaitu pengurusan masa,komitmen dalam menghadiri setiap gerak kerja dan sikap toleransi antara ahli2 dlm pasukan dalam menjayakan sesuatu projek..

Akhir kata dr sy..

Menguntum manis senyuman si Dara,
Datang teruna ingin bersama.
Habislah sudah Jalinan Masyarakat kita
Semoga bermanfaat untuk semua..

Sekian terima kasih😊

...............................................................................................................................................

Saya rasa setakat itu sahaja dari saya. Terima kasih.


_______________________

Zahirah binti Za'abar 
Divisi Multimedia dan Publisiti 
Camp of Contemporary Muslim (COMIC) '17.

No comments:

Post a Comment

ENTRI 30 - REFLEKSI PESERTA

PROGRAM JALINAN MASYARAKAT '17 ENTRI #30 24 APRIL 2017 REFLEKSI PESERTA Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. COMIC'17 sudah p...