Showing posts with label refleksi jm. Show all posts
Showing posts with label refleksi jm. Show all posts

Thursday, 4 May 2017

ENTRI 29 - REFLEKSI PART 8


FAKHRU SYAFIQ

Tugasan sebagai ajk untuk program Camp Of Contemporary Muslim (COMIC ’17) ini saya anggap sebagai satu cabaran baru kepada saya. Hal ini disebabkan oleh saya perlu mengambilnya sebagai tugasan dalam aktiviti jalinan masyarakat. Walaupun kursus ini tidak merupakan subjek wajib sewaktu saya berada di peringkat asasi, akan tetapi saya pernah terlibat dalam program A Harmonious Linkage Among Novices (AHLAN) sewaktu asasi di Pusat Asasi Sains Universiti Malaya.

 Jadi saya tidaklah kekok sangat dengan subjek ini.Sebagai ahli dalam divisi makanan dan kebajikan, saya ditugaskan bersama rakan-rakan yang lain untuk menyusun jadual waktu bagi semua ajk untuk program ini. Di samping itu, kami juga perlu membuat urusan bagi mendapatkan barangan promosi Universiti Malaya untuk diagihkan kepada para peserta program ini.Tidak berakhir di situ sahaja,kami juga pelu mendapatkan bahan-bahan untuk hadiah dan cenderahati sempena program ini . 

Apa yang saya peroleh sebagai pengajaran semasa program ini adalah beban dan kepayahan haruslah dipikul bersama ibarat kata pepatah melayu,“berat sama dipikul ringan sama dijinjing”.Bila sahaja berlaku kecelaruan misalnya dalam latihan dalam kumpulan(LDK), ahli divisi kamilah yang membantu membetulkan semula keadaan agar hilang kesulitan dan suasana kembali jernih.

Bagi saya, LDK Snap!Snap!Snap! adalah satu pengalaman yang menarik bagi saya kerana ia dapat disempurnakan dengan jayanya.Saya bersyukur kerana waktu itu dengan adanya walkie talkie, maklumat-maklumat penting dapat disebarkan kepada semua ajk dan peserta.Melalui slot LDK ini juga dapat dirasakan bahawa kerjasama amatlah penting. 

Kejayaan program ini amat bergantung kepada corak pengurusan, kerjasama, sokongan moral, kolaborasi dan komitmen yang tinggi terhadap program. Kepentingan aktiviti ini dari segi ilmu diharap akan menjadi sumbangan pengetahuan mengenai ilmu yang boleh menyokong jalinan masyarakat dalam kehidupan dan pendidikan.Aktiviti seperti ini dapat memberi informasi baru untuk menambah pengetahuan dan rujukan kepada pelbagai organisasi dan individu.

Saya juga mampu mempertimbangkan masa dan fokus saya untuk terlibat dalam aktiviti seperti ini pada masa hadapan.Sekian,terima kasih.



REFLEKSI JALINAN MASYARAKAT (COMIC)

KAMILAH BINTI ATAN




i. FASA PERANCANGAN
- Sepanjang proses persediaan program jalinan masyarakat, saya boleh katakan bahawa semua biro menjalankan tugas masing-masing dalam keadaan yang agak terkawal. Namun apabila pihak sekolah menetapkan tarikh yang baru untuk program kami kepada tarikh yang lebih awal daripada yang sepatutnya, keadaan menjadi agak cemas. Saya berasa agak tidak puas hati terhadap pihak sekolah kerana mereka sangat sukar untuk dhubungi dan kerap menukar tarikh untuk program kami. Selain itu, saya turut berasa seronok dan kagum apabila sahabat-sahabat lain amat komited dalam melaksanakan tugasan masing-masing mengikut skop tugas yang diberi dan sanggup mengobankan masa dan tenaga untuk memastikan program kami dapat berjalan dengan lancar terutamanya dalam misi mencari dana dan latihan tarian lagu tema.hahahah. Saya menganggap Dr. Madiha sangat membantu kami terutamanya dalam mengutamakn pengutamaan tugas yang utama dalam menjalankan tugas agar perjalanan tugas-tugas kami mengikut biro sentiasa ditahap yang terrbaik!!!!

ii. FASA SEMASA
- Semasa hari kejadian, pergerakan kami untuk bertolak ke SMKA Kuala Selangor berjalan lancar dan lebih menyenangkan hati apabila bas yang disewa sanggup utuk berhenti disetiap kolej yang ditetapkan mengikut permintaan kami. Banyak pengalaman suka dan duka(sikit je) sepanjang program berlangsung , walaupun terdapat sedikit salah faham dalam menerima maklumat biro tertentu dapat menyelesaikannya dengan penuh profesionalisme(berdasarkan pemerhatian saya). Saya dapat melihat kegembiraan pada wajah adik-adik sekolah sepanjang kami mengendalikan mereka. Mereka kelihatan sangat berminat dalam setiap aktiviti yang kami adakan, malah mereka memberikan respon yang sangat positif apabila ditanya oleh saya mengenai program kami. Tetapi,sepanjang saya menjadi pelajar disekolah saya dahulu, saya sangat tidak selesa apabila ada program seperti ini dan ini membuatkan saya berasa sangat wow apabila melihat adik-adik sangat suka akan program kami dan lebih memeranjatkan apabila pelajar akhowat menitiskan air mata apabila program ingin melabuhkan tirainya tidak ketinggalan juga ade segelintir fasi akhowat yang tidak dapat menahan sebak turut sama-sama menangis bersama mereka. Hehe.

iii. FASA SELEPAS
- Selepas tamatnya program jalinan masyarakat ini (COMIC), saya berasa lega dan gembira kerana program kami telah berjaya dilaksanakan, di samping banyak pengalaman baru, aneh, pahit dan manis yang dapat menyedarkan, mengajar dan membantu saya untuk memperbaiki kelemahan diri dan sahabat-sahabat lain. Saya akan sentiasa menyokong jika program jalinan masyarakat ini diteruskan dan akan cuba mencari ruang yang ada untuk melibatkan diri dalam aktiviti sebegini, kerana terlalu banyak perkara yang belum saya peroleh yang mana saya boleh mencapainya dengan memastikan diri saya terdedah dengan aktikviti-aktiviti bermanfaat seperti program jalinan masyarakat terutamanya. 


ZAHIRAH  ZA'ABARKALAMKU




Assalamualaikum wbt, saya Zahirah binti Za’abar dari unit Multimedia dan Teknikal. Pada fasa sebelum berlangsungnya program, alhamdulillah semuanya berjalan lancer namun ada juga beberapa perkara yang tidak berjalan seperti yang dirancangkan.

Saya sangat suka menyertai aktiviti Housekeeping yang diaturkan oleh unit Dana dan Tajaan kerana ia merupakan pengalaman pertama saya. Walaupun penat seharian tetapi ia terbayar dengan rasa puas hati kerana berjaya membantu unit Dana mengumpul dana.

Sepanjang program berlangsung, kami dari unit Multimedia agak kelam kabut kerana baru dapat tahu yang wayar kabel tidaklah panjang sangat jadi kami banyak buat keputusan on the spot. Jadi disini saya ingin berterima kasih kepada rakan-rakan yang membantu melancarkan kerja unit Multimedia.

Selepas berakhirnya program Jalinan Masyarakat, saya tahu saya tidak boleh goyang kaki lagi jadi saya mengerah semua ahli unit supaya siapkan blog secepatnya sebelum perjumpaan bersama penyelaras. Dan kami juga mengupdate gambar semasa program ke dalam laman sosial Instagram kami iaitu @officialasis_.


OLEH : ANAS NOR

Pohon cemara di tepi telaga
Ikan keli berenang ke laut
Jalinan masyarakat sudah bermula
Hati ini sudah terpaut

Sesungguhnya..
Dari permulaan gerak kerja Jalinan Masyarakat Ini bermula, masuk ke klimaks dan hinggalah ke akhirnya...Sy dpt sesuatu benda yang perlu ade dlm diri seseorang yang ingin menjalankan sesuatu program iaitu pengurusan masa,komitmen dalam menghadiri setiap gerak kerja dan sikap toleransi antara ahli2 dlm pasukan dalam menjayakan sesuatu projek..

Akhir kata dr sy..

Menguntum manis senyuman si Dara,
Datang teruna ingin bersama.
Habislah sudah Jalinan Masyarakat kita
Semoga bermanfaat untuk semua..

Sekian terima kasih😊

...............................................................................................................................................

Saya rasa setakat itu sahaja dari saya. Terima kasih.


_______________________

Zahirah binti Za'abar 
Divisi Multimedia dan Publisiti 
Camp of Contemporary Muslim (COMIC) '17.

ENTRI 28 - REFLEKSI PART 7


RUZAINI YUSOFFREFLEKSI JALINAN MASYARAKAT 



Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah, berakhir sudah Program Jalinan Masyarakat kami. Saya Muhammad Ruzaini bin Yusof, sebagai bendahari ingin berkongsi sedikit coretan sepanjang berlangsungnya program ini.

FASA 1 :
Sebelum bermulanya program, saya dikehendaki untuk membuat anggaran belanjawan. Kerja itu agak mudah bagi saya memandangkan ini kali kedua saya memegang jawatan sebagai bendahari dalam sesebuah projek.
Kemudian, saya ditugaskan untuk menyelia dua divisi (Multimedia dan Tajaan). Now here comes the tiring yet fun part.

Untuk multimedia saya membantu mereka dalam menyiapkan design-design yang berkaitan.
Manakala dalam Tajaan, saya membantu mereka mendapatkan sumbangan dan; dari sinilah saya buat pertama kalinya merasai pengalaman menjalankan 'housekeeping'.
Menjadi bendahari juga membuat saya mengenali akak-akak HEPA sebab saya selalu pergi ke sana atas beberapa urusan.
Feuuhh... design dah siap. Duit dah cukup. Berprogramlah kita. :D

FASA 2 :
Semasa program. Kerja-kerja bendahari beku sekejap. Tetapi saya kena kendalikan dua slot tazkirah maghrib. Alhamdulillah berjalan lancar (walaupun nervous huhu). Malah, saya dapat tambah ilmu baru juga. Saya juga berperanan sebagai fasilitator pelajar. Namun ia tidak menjadi masalah kerana kami sudah berpengalaman menjadi fasilatator untuk junior-junior kami.
Keberadaan di Sekolah Menengah Agama Kuala Selangor membolehkan saya sedikit sebanyak  mengimbau kembali kenangan berada di asrama; sebuah memori yang manis buat saya.

FASA 3 :
Kerja-kerja bendahari bersambung semula. Resit-resit dikumpul untuk lampiran. Laporan belanjawan disiapkan. Kawan-kawan pun sudah minta claim duit. Begitulah keadaannya.
But what I want to say is that this programme helps me be a (slightly) better version of myself. It is amazing the fact they see us, UM students as 'smart people' when we do not actually feel that way. It makes me appreciate my achievement and motivates me to thrust for a better future.
Terima kasih. Thank you. Shukran.


ZAAIDUL FAIZ CATATAN



Fasa perancangan :
 dlm fasa ini sy tlh merasakan keakraban yg lbih kuat sesama kami apabila kami ditugaskan utk bermesyuarat sekerap sekali seminggu dan keluar utk mendptkn dana melalui housekeeping dn sebagainya.

Fasa semasa :
 ketika perlaksanaan jm sy dpt berkenalan dgn kenalan yg baru yakni peserta2 jm. Fasa ini juga turut mngukuhkan ikatan sy bersama ahli jm yg lain dimana kami sentiasa berkerjasama dlm menjalankan tugas.

Fasa selepas :
 saya amat bersyukur jm tlh brlangsung dgn jayanya dan sy tlh memperolehi bnyak pengalaman baru melalui penglibatan dlm jm ini




Nama:Nor Zahidah bt Nor Azhar
No matrik:IIS 160022
Unit: Pengisian Dan Aktiviti

Fasa Sebelum
MEETING VAVAVOOM!
• Kami dari unit pengisian telah memulakan musyawwarah untuk mmbincangkan rangka aktiviti program.
•Menyenaraikan plbagai idea bagi lagu tema,cheers dan game bagi setiap slot LDK.
•Meeting berkala diadakan bersama unit pengisian.
•Kami turut ikut serta dlm aktiviti 'housekeeping' bagi mgumpul dana utk program tersebut.
•Bermulalah kisah dimana kami perlu mngorbankan wktu rehat kami untuk menjayakan TOT pada malam hari..
•Tapi tak ramai yang hadir. Dengan cuaca lagi.namun kami tetap teruskan aktiviti.

Fasa Semasa
"Yeay ! Here we are!"
•Pagi 22/4 kami naik bas dari kolej masing2.
Walaupun kami mengantuk dan letih,kami target nak 'qada' tidur dalam bas
•Dalam prjlnn, ketua pengisian,Zul Arif telah menerangkan smula 'flow' tentatif program.
•Tiba shj di Smka Kuala Selangor,kami sbagai Ajk terus survey dewan dan mnyusun atur dewan dari segi pndftran,teknikal dan sbagainya.
•Pada mulanya khadiran peserta amat mgecewakan,tapi kami tidak sesekali mgenal putus asa,malah tetap brsemangat teruskan aktiviti kami yg sterusnya.
•Saya amat teruja kerana dpt brbual-bual dan brkongsi pngalaman dgn para peserta spnjg program.
•Pada hari terakhir, adik2 dari kmpulan saya,menangis kerana kami akan pulang ke UM smula. Kami pun sempat mngambil foto bersama sbgai kenang- kenangan.
•paling mengharukan, mereka turut mnunggu kami shingga kami kluar dari prkarangan skolah.
•Air mata shjalah yg mnjadi saksi yg kami bakal merindui saat2 itu.

Fasa Selepas
• kami meneruskan aktiviti kami sprti biasa di UM.
•Dan sentiasa mengupdate di group Whatsapp pengisian.
•Kami diingatkan supaya mnyiapkan refleksi masing2.
•Divisi pengisian turut mengadakan prjumpaan bagi post mortem sambil menikmati pizza dan durian crepe

Sekian,warkah Dari saya,
N.Z.N.A


______________________

Zahirah binti Za'abar 
Divisi Multimedia dan Publisiti 
Camp of Contemporary Muslim (COMIC) '17.

ENTRI 27 - REFLEKSI PART 6

AIMAN NABILAH BT MOHD AZMI


Assalamualaikum dan salam sejahtera..di kesempatan ini saya ingin menceritakan sedikit pengalaman dan nilai yang saya peroleh sepanjang menjalankan program Jalinan masyarakat atau nama lain Camp of Contemporary Muslim 2017.
       Sebelum program berlangsung, saya dapat mempelajari nilai kerjasama dalam berpasukan. Segala tugasan biro multimedia kami bahagi dengan adil dan saksama. Alhamdulillah tugasan dapat disiapkan tepat pada waktunya walaupun pelbagai cabaran yang datang.
       Semasa program berlangsung, saya dapat mempelajari nilai keberanian ketika berhadapan di khalayak ramai. Pelbagai perkara perlu dibuat dengan berani dan yakinnya seperti bercakap di khalayak ramai dan menari lagu tema. Sebagai seorang perempuan mesti terdetik rasa malu dalam diri. Namun, saya semakin sedar bahawa kita seharusnya bersikap komited, berani dan profesional untuk melakukan semua perkara tersebut. Bak kata senior SGPI thn 2, 'terbuka jangan hanyut tertutup jangan jumud'.
         Setelah selesai program, saya fikir sudah selesai segalanya. Akan tetapi bertambah pula kerja yang perlu disiapkan iaitu laporan. Sungguh terbeban ditambah dengan kerja kursus pensyarah. Jadi, saya mempelajari nilai kebijaksaan dalam mengurus masa. Saya menggunakan semaksimum mungkin masa untuk belajar, siapkan kerja kursus pensyarah dan laporan Jalinan Masyarakat. 'Masa itu seperti pedang, jika kita tidak memotongnya maka masa akan memotong kita'.
Akhir kalam, segala yang berlaku dalam hidup kita ada hikmah tersendiri. Belajarlah daripada kesilapan yang lalu untuk memperbaiki diri.

Majulah COMIC untuk ASIS..


SYAHIRAH
#REFLEKSI JM


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi akhirnya dapat juga kami menjayakan program COMIC 2017.
Sesungguhnya banyak yang telah saya pelajari dalam jangka masa sebelum, semasa dan selepas program. Program ini agak mencabar bagi saya selaku biro pengisian kerana ia dijalankan dalam tempoh masa tiga hari dua malam. 

Kami diamanahkan  menyusun tentatif dengan pengisian  yang kreatif dan menarik disusuli dengan pengajaran yang mengangkat amalgamasi  nilai islam dengan sains demi memastikan keberkesanan program supaya selari dengan namanya  iaitu Camp of Contemporary Muslim. Saya bersyukur dikurniakan rakan sebiro yang sangat tinggi nilai kerjasama dan bersemangat serta berpengalaman. Gerak kerja pengisian berjalan lancar dengan adanya rakan seperjuangan yang hebat ini. Alhamdulillah.

Semasa program berlangsung di SMKA KUSIS, aspek masa menjadi suatu cabaran yang dominan. Kami juga perlu menampilkan contoh tauladan yang baik kepada peserta secara praktikal. Selain itu,  komunikasi antara biro juga menjadi akar umbi kelancaran program. Setiap fasilitator perlu cakna akan setiap perjalanan program dan sensitif akan tugas masing- masing pada setiap sudut gerak kerja.
 
Sebaik sahaja comic 2017 melabuh tirainya, saya rasa bersyukur dan berpuas hati dengan keseluruhan program kerana boleh dikatakan sebahagian objektif kami tercapai. Saya dapat lihat secara mata kasar ukhuwah yang terjalin antara peserta dan fasi terutamanya pada akhir program sewaktu slot salam semut. Hubungan antara fasi juga semakin rapat kerana kami banyak menempuh kekangan, mencari solusi sesuatu tribulasi dan mengecapi kegembiraan  bersama- sama bagi  menjayakan program ini. Harapan saya, moga ukhuwah yang terjalin ini tidak terhenti setakat ini sahaja malah terus berpanjangan dan teguh sehingga mampu  mendukung islam  ke puncak bersama- sama  berwadahkan ilmu sains insya-Allah. Sekian. Moga dilimpahi keberkatan. Amin.



BALQIS NORDDIN 
REFLEKSI SAYA.


¡. Fasa Perancangan
- Menurut saya , sepanjang fasa perancangan , unit dana dan tajaan tidak mengalami sebarang masalah kerana ajk2 unit dana dan tajaan memberikan kerjasama yang sangat baik dalam semua hal seperti jualan , tajaan syarikat dan houskeeping. Sebab itu , kami telah berjaya mengumpulkan dana yang lebih dari cukup sebelum bermulanya program jalinan masyarakat ini.

¡¡. Fasa Semasa
- Semasa berjalannya program jalinan masyarakat ini, semua ajk unit dana dan tajaan ditugaskan untuk menjadi fasilitator kepada pelajar2 SMKA Kuala Selangor yang merupakan tugas kesukaan saya. Ini kerana saya sangat gemar berkomunikasi dengan orang2 baru and I'm very good at it. Oleh itu , I was having a great time sepanjang fasa semasa.

¡¡¡. Fasa Selepas
- Setelah selesai program jalinan masyarakat , saya banyak menghabiskan masa menyusun resit2 pengangkutan yang digunakan oleh kami semua APIDS kohort 13 untuk apa2 urusan seperti housekeeping. Ia memakan masa yang lama untuk saya susun balik semua resit itu and honestly, I'm not done yet.



REFLEKSI JALINAN MASYARAKATMUHAMMAD KHALID BIN HAMIMIIS160013KUMPULAN 5


بسم الله الرحمن الرحيم
     Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, dengan limpah,rahmat dan taufqNya, saya dan sahabat - sahabat ASIS yang lain telah berjaya menjayakan sebuah program yang dinamakan Camp Of Contemporary Islam di SMKA Kuala Selangor atau lebih dikenali sebagai Kussis.Program ini disertai hampir 50 orang dengan dibantu seramai 29 fasilitator.

     Banyak pengalaman diperoleh melalui program ini. Saya bahagikan pengalaman kepada tiga fasa iaitu sebelum, semasa dan selepas program. Fasa sebelum program, saya sebagai ahli unit pengisian bagi program ini perlu merancang, merencana dan memastikan perjalanan program ini seajajar dengan objektif yang telah ditetapkan. Beberapa siri pertemuan antara ahli divisi pengisian telah dilaksanakan bagi membincangkan tentatif, lagu tema, tarian kreatif dan lain - lain lagi bagi memastikan program ini berjalan dengan tersusun.

     Seterusnya, fasa semasa program, saya dan teman seperjuangan bertolak ke SMKA Kuala Selangor dengan menaiki sebuah bas yang boleh menampung seramai 40 orang. Alhamdulillah, kami selamat tiba di tempat yang dituju dan anggaran perjalanan kami mengambil masa selama sejam lebih. Di sana, saya dan ahli divisi pengisian menyusun barang - barang yang diperlukan sepanjang program dengan berpandukan pada perancangan yang telah dibuat sebelum ini. Kerjasama dan sikap hormat - menghormati antara satu sama lain sangat diperlukan dalam menjayakan program yang melibatkan penglibatan orang luar khusunya pelajar sekolah, Hampir semua aktiviti yang dirancang berjalan dengan lancar. Para guru dan pelajar SMKA Kuala Selangor sangat “sporting” dan memberi kerjasama yang baik setiap aktiviti yang dilakukan.

     Seterusnya, melalui program ini, saya dapat mengetahui bahawa adik - adik di SMKA Kuala Selangor sebenarnya belum bersedia dan kurang mengambil tahu berkaitan perkara selepas alam persekolahan. Kebanyakan mereka hanya fokus pada apa yang ada di sekolah sahaja dan perkara ini amat tidak baik bagi mereka yang akan ke alam universiti tidak lama lagi. Penerangan berkaitan alam universiti dan ilmu sains sedikit sebanyak membantu adik - adik dari sudut kefahaman, realiti sebenar di universiti dan perkara - perkara yang bakal dihadapi oleh mereka selepas alam persekolahan. Saya menganggap program ini berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan.Alhamdulillah.

     Akhir kalam, saya menutup dengan serangkap pantun ;

Terbang selisih siburung kedidi,
Terbang berduyun di waktu pagi,
Terima kasih daun keladi,
Di lain hari berjumpa lagi.

_________________

Zahirah binti Za'abar 
Divisi Multimedia dan Publisiti 
Camp of Contemporary Muslim (COMIC) '17.

ENTRI 23 - REFLEKSI PART 2

Refleksi 3

 oleh : saudara Shafiq Izzudin.



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad SAW dan ke atas keluarga dan sahabat baginda sekalian.

Saya Mohd. Shafiq Izzudin bin Mohd. Shukri berasa berbesar hati kerana diberikan ruang dan peluang untuk menyuarakan perasaan yang terpendam. Secara keseluruhan, saya amat berpuas hati dengan program Jalinan Masyarakat yang dijalankan pada 22-24 April yang lepas.
Saya telah diberikan amanah untuk menganggotai divisi multimedia. Sepanjang program ini, saya dapat mempelajari banyak perkara termasuklah perkara yang berkaitan dengan teknikal. Cara menguruskan pembesar suara merupakan antara contohnya. Suka kiranya saya menceritakan pengalaman, dapatan, dan cadangan melalui pantun berikut:

Sebelum program

Bangun pagi mencuci gigi,
Bedak pula disapu di pipi,
Setelah kerja dibahagi-bahagi,
Tugasan saya membuat dp.

Baldi diikat dengan tali,
Buat mengambil air perigi,
Peringkat permulaan sukar sekali,
Bila dah pandai nak buat lagi.

Semasa program

Hujung minggu bersama famili,
Makan bersama di tengah hari,
Kawan-kawan sibuk sekali,
Tidak kurang diri sendiri.

Tinggi pohon berpuluh kaki,
Hangus terbakar dijilat api,
Segala kekurangan sama dibaiki,
Kerana kami saling melengkapi.

Selepas program

Hidup ini bukanlah mudah,
Kalau nak senang duduk di rumah,
Kembali ke bilik tidur tak sudah,
Kaki lenguh minda dah lemah.

Mencari buah berwarna jingga,
Buah di pokok diambil sang kera,
Biarpun letih tidak terhingga,
Hati gembira tidak terkira.

Berjalan kaki terpijak duri,
Duri dicabut berhati-hati,
Mohon maaf kekurangan diri,
COMIC 17 sentiasa di hati.


Refleksi 4 

oleh : saudara Hazim bin Razak.



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad SAW dan ke atas keluarga dan sahabat baginda sekalian.

Saya Hazim bin Razak merupakan salah seorang ahli jawatankuasa multimedia bagi program Jalinan Masyarakat ini. Kerja ini amat asing bagi saya kerana melalui kerja ini, saya perlu menggunakan perisian photoshop di mana saya tidak pernah menggunakannya sebelum ini.  Saya juga merupakan person in charge untuk satu slot semasa program tersebut. Memang terasa gugup semasa berada di hadapan ramai orang.

Saya lebih gemar menyusun kata dalam bentuk pantun. Maka terimalah beberapa rangkap pantun dari saya untuk menceritakan sedikit sebanyak perkara-perkara yang saya pelajari sepanjang program ini dijalankan:

Sebelum

Awal pagi menangkap ikan,
Untuk dijual di pasar pekan,
Tak tahu, bertanya, perlu diamalkan,
Supaya mudah kerja dijalankan.

Lenguh kaki mendaki bukit,
Berehat di bawah pohon pulasan,
Ilmu dikutip sedikit-sedikit,
Menjadi bekalan membuat tugasan.

Semasa

Rantai emas orang berada,
Dipakai sebagai satu perhiasan,
Rasa cemas sentiasa di dada,
Hilangkan dengan membaca Al-Quran.

Beratnya guni sepuluh kilogram,
Diangkat diletak ke dalam lori,
Pertama kali mengendalikan program,
Banyak perkara dapat dipelajari.

Selepas

Buah tembikai enak rasanya,
Berkulit hijau merah isinya,
Alhamdulillah, selesai akhirnya,
COMIC 17 menutup tirainya.

Pergi ke padang untuk bersukan,
Selesai bersukan ke tempat makan,
Terima kasih saya ucapkan,
Salah dan silap, minta dimaafkan.


Refleksi 5 

Nama : Siti Fatimah bt Hussin
No matrik : iis 160024
Unit : pengisian


Fasa 1 - sebelum JM
We are working toward it!!
Kami semua gigih mengumpul dana dengan membuat ‘Housekeeping’ di kwsn perumahan yang berdekatan … penat tapi best   banyak yang kami belajar melalui interaksi bersama masyarakat sepanjang melakukan housekeeping.

Unit pengisian berbincang perjalanan program… meeting and meeting and meeting again … perbincangan yang santai dan tidak terlalu stress memudahkan ahli unit mengeluarkan idea masing-masing.
TOT malam-malam… seronok  walaupun penat dengan kuliah di siang hari, namun tidak merasakan TOT ini sesuatu yang membebankan.

Fasa 2 – semasa JM
Finally, we are here!!!
Adik – adik peserta yang baik dan aktif sangat membantu perjalanan program. Ada beberapa benda yang tidak sempurna terpaksa disempurnakan di sana mengajar saya untuk selalu bersedia dengan cabaran yang mendatang.

Fasa 3 – selepas JM
We did it  !!
Walaupun penat, tapi keseronokan itu membuatkan kepenatan itu berkurang. Maklumbalas positif yang diterima dari peserta amat menggembirakan. Komen – komen kekurangan kami amat dihargai kerana boleh membantu kami memperbaiki kekurangan itu.

Daripada program ini, saya belajar untuk menjadi seorang yang lebih bertanggungjawab dan menepati masa. Di sini juga , saya juga belajar untuk lebih berdikari dan berani bergaul dengan masyarakat.
JM BEST 

Nantikan Part 3.....


__________

Zahirah binti Za'abar 
Divisi Multimedia dan Publisiti
Camp of Contemporary Muslim (COMIC) 17.


ENTRI 22 - REFLEKSI PART 1

Refleksi 1
 oleh : saudara Adam Hidayatullah bin Zukefle.

Assalamualaikum Warahmatulah Wabarakatuh.
Alhamdulillah,segala puji bagi Allah yang telah mengurniakan kita dengan cahaya Islam dan Iman.Tidak lupa juga selawat dan salam keatas baginda yang tercinta Nabi Muhammad Sollahu alaihi wasallam yang telah didatangkan akan ia kepada kita dengan nur hidayah dan agama yang benar.
Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pemantau subjek Jalinan Masyarakat iaitu Dr Madiha binti Baharuddin yang banyak memberikan teguran membina kepada kami seterusnya juga kepada sahabat-sahabat yang sama-sama menjayakan projek ini. 

Pada hematku,awalnya aku menyangka projek ini iaitu Camp of Contemporary Muslim 17 (COMIC17) bukan lah satu projek yang cukup gempak ataupun menarik kerana dalam fasa perancangan juga ada berlaku sedikit konflik dalam beberapa pihak.Namun, ternyata firasatku bertentangan dengan apa yang dirancang olehNya.

Pabila sampai saja jasadku disana,ku dapati ramai adik-adik yang berusaha dengan gigih memberi salam kepadaku dan cuba membantu diriku untuk berasa senang di tempat mereka.Aku berasa aman sekali kerna dapat kembali hadir ke dalam biah agama yang sekian lama ku tinggal.Segala puji buatNya yang telah memberi kelancaran kepada program kami bermula dari hari yang pertama hingga habis program kami disana. 

Pada pandanganku, banyak kebaikan yang dapatku lihat impak daripada program ini.Anrtaranya ialah mahasiswa dan mahasiswi dapat mengenal lebih rapat dengan pihak pelajar yang mana pemikiran mereka mungkin sekali telah pun berbeda daripada pemikiran kita semasa kita di bangku sekolah dahulu.Selain itu,kita juga dapat berkongsi sedikit maklumat tentang apa yang menarik dengan UM dan berkongsi pengalaman kita sebagai seorang mahasiswa/mahasiswi di dalam institut pendidikan tinggi di tengah-tengah bandar kosmopolitan.Tidak lupa juga,kami dapat peroleh sedikit sebanyak pengalaman mengedalikan program yang cukup besar dan menarik.
Sebagai penutup kalam yang tak berhenti dari tadi,aku nak tutup dengan sedikit pantun, 

Dari Segamat ke Johor Bharu,
ke Johor Bharu mencari duku,
Menjadi fasi pengalaman yang baru,
Jadi bekalan ke anak cucu
hmm..macam tak kena kan?.ni lagi satu
Baba dan Nyonya sudahlah tua,
walaupun tua masih bersama,
terima kasih pada semua,
yang telah mengukir memori bahagia.


Refleksi 2 
oleh : saudara Syakir bin Manlani.

Alhamdulliah setinggi-setinggi perhargaan kepada pensyarah kami Dr Madiha Binti Baharuddin yang selalu membantu dan membimbing kami menjayakan program jalinan masyarakat.Disamping itu tidak lupa juga buat rakan-rakan yang lain yang turut sama membantu menjayakan program ini.

Pada pandangan saya, program jalinan masyarakat ini sangat bermanfaat buat pelajar kerana mahasiswa dapat berkhidmat dan bergaul dalam masyarakat.Sebagai mahasiswa kita bukan sahaja hidup di universiti hanya untuk belajar semata-mata tetapi sebagai mahasiswa kita perlu turun padang untuk sama-sama dengan masyarakat. Saya sangat teruja dengan program kami iaitu program Camp Of Contemporary Muslim ' 17 [COMIC'Q17] yang kami jalankan di SMKA Kuala Selangor. 

Sungguh riang anak Palembang, 
Mengayuh sampan sambil berdendang, 
Syair disebut nada terbilang, 
Selamat datang kami ucapkan. 

Begitulah reaksi spontan yang ditunjukkan peserta-peserta program COMIC'17 sejurus pendaftaran bermula yang sangat 'sporting' Kami juga dapat merancang program dengan baik iaitu dengan membuat persiapan yang rapi sebelum program yang melibatkan pelbagai divisi seperti Divisi pengisian, Divisi multimedia dan lain lain. 

Program ini melibatkan pelajar Tingkatan 4 aliran Sains Agama. Banyak pengalaman yang kami perolehi melalui program ini yang mana kami belajar untuk mengendalikan sebuah program dan meningkatkan keyakinan para mahasiswa dalam berdepan dengan kelompok manusia Kami juga dapat responden yang baik daripada setiap peserta yang terlibat dan menggalakkan program seperti ini dijalankan lagi bagi tahun mendatang. Ini dapat memberi pengalaman kepada kami yang bakal bergelar graduan satu hari nanti. 

Saya berharap program ini akan diadakan bagi setiap universiti bagi melahirkan mahasiswa yang seimbang dari segi rohani dan intelektual dan juga membantu para pelajar sekolah dalam mengetahui dengan lebih perihal suasana di universiti. 

PANTUN
Tumbuh merimbun di hujung laman,
Kalungan budi junjungan kasih,
Menjadi kenangan sepanjang zaman,
COMIC'17 menjalin kasih. 

Berkejar-kejaran ombak dilaut,
Menyentuh pantai berpasir bersih,
Budi tuan disebut-sebut,
COMIC'17 selesai dan terima kasih. 

Dari Kemaman pergi ke Kuantan,
Pergi ke Kuantan mencari ikan
Terima kasih kami ucapkan,
Jalinan Masyarakat menjadi kenangan.


Refleksi
 oleh: saudari Naziratul Khairiah.

      Assalamualaikum, saya Naziratul Khairiah Binti Hanafiah. Saya merupakan AJK Dana dan Tajaan bagi program COMIC’ 17 Jalinan Masyarakat. Pada awalnya saya agak terkejut apabila mendapat taklifan sebagai ajk dana dan tajaan. Hal ini kerana, saya tidak pernah lagi terlibat dalam sebarang gerak kerja mencari dana bagi sesuatu program. Saya lebih gemar melibatkan diri dalam gerak kerja program/pengisian. Oleh itu, banyak perkara yang saya perlu tuntut dan pelajari dalam menjayakan gerak kerja mencari dana. Sejujurnya, saya terus merujuk emak dan ayah bagi bertanyakan soal mencari dana. Ayah mengajar saya cara berkomunikasi dengan pihak perhubungan luar (marketing) bagi sesebuah syarikat. Saya juga turut bertanyakan ramai rakan dan senior yang pernah terlibat serta berpengalaman dalam melakukan gerak kerja mengumpul dana dan mencari tajaan. Pada awalnya, saya hanya dapat menjangkakan dengan mencari dana dan tajaan daripada mana-mana pihak mahupun syarikat serta melakukan jualan sahaja boleh menjadi sumber pendapatan program kami ini. Namun, majoriti projek-projek di kolej saya melakukan aktiviti housekeeping bagi menjana pendapatan projek. Oleh itu, selepas berbincang, ajk dana dan tajaan bersetuju untuk melakukan housekeeping walaupun pertama kali menguruskan perlaksanaan housekeeping.

       Banyak perkara yang saya pelajari daripada usaha melaksanakan housekeeping ini. Antaranya, saya perlu mengetahui selok-belok perumahan di sekitar kawasan kampus saya contohnya kawasan-kawasan perumahan di Bangsar dan Petaling Jaya. Saya juga perlu mengetahui kawasan target yang sudah biasa menjadi tapak housekeeping bagi pelajar-pelajar universiti. Saya juga dapat pengalaman baru dalam berkomunikasi sesama masyarakat luar sepanjang tempoh mencari pendapatan bagi program ini. Saya dapat melihat pelbagai ragam serta respon masyarakat terhadap usaha kami dalam mencari pendapatan. Kami menjana pendapatan daripada aktiviti jualan, housekeeping, carwash dan juga sumbangan daripada beberapa pihak serta syarikat. Kami tidak mendapat sebarang tajaan daripada mana-mana syarikat. Hal ini berkemungkinan kami tidak menghubungi pihak yang sesuai untuk menjadi penaja bagi program ini. Kebanyakan antara kami juga masih baru dalam gerak kerja dana dan tajaan. Saya juga amat dan sangat terharu dengan segala sokongan, komitmen dan kerjasama daripada rakan-rakan dalam melakukan aktiviti-aktiviti mencari/mengumpul dana. Secara tidak langsung, hal ini dapat mengeratkan lagi silaturrahmi antara kami, pelajar-pelajar ASIS kohort-13. Saya juga mempelajari erti barakah dalam setiap rezeki yang diusahakan. Segala usaha dalam mencari pendapatan perlulah telus, amanah dan wasatiyyah. Walau pada awalnya, saya berasa amat sedih dan risau akan jumlah kemasukan wang bagi program ini, namun berkat doa dan usaha, kami berjaya mengumpulkan dana secukupnya malah berlebihan lagi, syukur Alhamdulillah.

       Setelah dana mencapai pada jumlah belanjawan yang diperlukan, saya dan ajk dana&tajaan yang lain berasa amat bersyukur dan berpuas hati dengan hasil gerak kerja yang dilakukan secara bersama-sama. Beberapa hari sebelum projek bermula, seorang rakan saya meminta tolong untuk menjadi pembantunya dalam melaksanakan kerja-kerja multimedia. Hal ini kerana, beberapa ajk multimedia yang lain menjadi fasi bagi program ini. Saya tidak terpilih untuk menjadi fasi, oleh itu, sepanjang program berlangsung selama 3 hari 2 malam, saya banyak terlibat dalam skop kerja media seperti merekod video dan mengambil gambar. Sepanjang program COMIC’ 17 yang dianjurkan di SMKA Kuala Selangor (KUSISS), saya dapat melihat sesuatu yang baharu iaitu melihat generasi yang lahir pada fasa tahun 2000. Perserta-peserta COMIC’ 17 terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan 4. Saya cuba membandingkan diri saya sewaktu saya berada di tingkatan 4 dengan mereka. Terdapat beberapa perbezaan terutamanya dari segi sikap dan pemikiran. Apa yang saya lihat, beberapa orang pelajar berani dalam melontarkan sebarang idea dan pendapat.

      Kebanyakan aktiviti yang dianjurkan terdapat elemen pengetahuan tentang ilmu sains di peringkat sekolah menengah dan juga kami cuba memberikan kaitan antara sains dan Islam. Namun kebayakan pelajar masih belum tahu tentang beberapa istilah di dalam ilmu sains contohnya chemiosmosis dan time impact. Hal ini kerana, mereka belum belajar topik-topik tersebut. Harapan saya agar semua pelajar tingkatan 4 dapat juga sedikit sebanyak gambaran akan isi kandungan topik yang bakal mereka pelajari nanti. Saya juga melihat mereka masih kurang cakna dan kurang pengetahuan akan isu-isu semasa. Namun, saya faham akan keadaan mereka yang menetap di asrama menjadi keterbatasan dalam mengakses sebarang berita bagi mengetahui isu terkini.

        Seterusnya, saya amat terharu dan berbangga melihat segala tenaga, usaha tungkus-lumus dan jerih payah rakan-rakan se-kohort bagi menjayakan program COMIC ini. Setiap biro sangat komit dalam menjalankan tugas masing-masing sama ada sebelum dan semasa program. Suka untuk saya beritahu bahawa saya melihat pelajar-pelajar ASIS kohort-13 sangat memainkan peranan mereka dalam menjayakan aktiviti di setiap slot selama 3 hari 2 malam ini. Persediaan yang dilakukan sebelum hari program juga agak rapi. Beberapa kali rehearsal dilakukan bagi memantapkan lagi gerak kerja. Saya juga tidak menafikan akan konflik dan masalah yang berlaku sepanjang gerak kerja program ini, namun semuanya dapat diselesaikan dengan matang, rasional dan tenang.

       Akhir kata, harapan saya terhadap program yang dijalankan dapat memberi sedikit sebanyak gambaran kepada peserta-peserta COMIC’ 17 akan hala tuju mereka selepas tamat SPM nanti. Seterusnya, melalui program ini juga secara tidak langsung dapat memperkenalkan program Sarjana Muda Pengajian Islam dengan Sains/Teknologi Maklumat kepada peserta-peserta dan pihak sekolah. Semoga melalui program ini juga dapat menghasilkan produk muslim kontemporari yang bermanfaat kepada agama, bangsa dan negara.

....................

Zahirah binti Za'abar
Divisi Multimedia dan Publisiti
Camp of Contemporary Muslim (COMIC).


ENTRI 26 - REFLEKSI PART 5

oleh : ZAHIDAH ZAHARULLAH

          Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Ilahi kerana kami Mahasiswa Tahun Pertama  Sarjana Muda Pengajian Islam dan Sains/Teknologi Maklumat telah berjaya melaksanakan program Camp Of Contemporay Muslim (COMIC’17) dengan jayanya.  Program yang telah kami lalui ini telah dilaksanakan di SMKA Kuala Selangor yang mana tidak jauh dari UM dan berlangsungselama 3 hari 2 malam.

          Sebelum program COMIC’17 berlangsung, banyak persiapan yang kami semua telah laksanakan bermula daripada perkara yang paling penting iaitu dana dan tajaan  sehinggalah sekecil-kecil perkara. Perjumpaan antara semua Mahasiswa SMPIS/TM dilakukan secara berkala bagi membahagikan dan melicinkan lagi tugas-tugas setiap unit.Perjumpaan dengan Penyelaras SGPI selaku penasihat  juga turut dilakukan.Demi mencari dan mencukupkn dana dan tajaan bagi program yang akan berlangsung, banyak inisiatif yang telah  kami lakukan dan antaranya ialah servis ‘housekeeping’,servis mencuci kereta, jualan makanan dan lain-lain.

Berkat usaha inilah kami berjaya mengumpulkan belanjawan bagi dana dan tajaan melebihi  jumlah  yang kami target. Syukur yang tidak terhingga kami ucapkan padaNya.Setiap unit memainkan peranan penting masing-masing bagi program yang akan datang..Kami juga turut mengadakan perjumpaan pada waktu malam sesama pelajar SMPIS/TM untuk berlatih menari lagu tema, fikirkan aktiviti-aktiviti yang sesuai pada hari kejadian serta mencuba sendiri ‘game’ tersebut untuk menilai kesesuaiannya semasa program kelak.

         Semasa program COMIC’17 berlangsung,masing-masing termasuk saya sendiri berasa amat teruja untuk melangsungkan program bersama-sama.Setibanya di sana,kami semua Mahasiswa SMPIS/TM membuat persiapan dewan dan sebagainya.Pada mulanya  tidak ramai pelajar yang hadir semasa pendaftaran memandangkan ramai yang ‘outing’.Walau bagaimanapun kami tetap bersemangat dalam menjayakan program pada hari itu.Pada sebelah malam dan hari yang seterusnya telah mula ramai  pelajar yang melibatkan diri dalam program  Aktiviti-aktiviti  dan slot dikendalikan oleh AJK yang bertugas dengan baik seperti dalam tentatif. 

         Selepas program COMIC’17,saya sangat gembira dan bersyukur kerana segala penat lelah dan usaha yang tidak putus-putus dari semua Mahasiswa SMPIS/TM dapat dilaksanakan dengan baik dan jayanya . COMIC’17 yang berlangsung  selama 3 hari 2 malam ini benar-benar telah memberi impak yang sangat besar pada diri saya sendiri. Banyak input yang amat berguna kepada diri yang dapat  diaplikasikan dalam kehidupan seharian disamping dapat  meningkatkan kemahiran insaniah dalam diri.


oleh : ATIKAH SALEHUDDIN

Fasa perancangan
Awal2 saya rasa macam tertanya2??
Boleh ke ??berjayakah?? Mampukah??
Pada awalnya tarikh jm pada akhir bulan april,lega sikit rase last2 dpt tau...tarikh jm di awalkn..rase macam2..
Tp dalam rase berdebar2 tu
Alhamdulillah..dapat jgk diatasi..
Sy selaku ajk pengangkutan..ada survey2 bas ...mak aih ad yang saya tanya tu..utk hntr kami pergi n balik ..sahaja rm1600...
Bujet kami 1100 je..
Last2 dpt jgk cr yang harga rm1000 (paling murah)
Alhamdulillah lega rasa sebab bab pengangkutan dah setel.

Fasa semasa
Omg...bila da smpai kt sna rse..
Krik2...
Walhal xde bende sgt pun nk dtktkn..
Sy tkt sbb sy ni ank bongsu..haha bole ke sy lyn adk2 kt sekolah tu.
Nk jadi faci lagi.
Al maklum la xde pengalaman jd kakak kan.
So saya follow the flow je..
Kekok jugak rse awal2 tu..
Tp cuba jugak buat mcm biase..
So bila da berkenalan dgn adk2 skolah tu..rse hlg da debaran..
Wlaupn jarak umur kami xdelah beza sgt...diorg sgt mghormati saya sbg senior.
Uhuk2..
Saya rase seronok..

Fasa selepas
Banyak pengalaman yg sy dpt drpd progrm jm ni.
Antaranya dpt kenal ramai kawan,
Dapat jalinkn hbgn silaturrahim dgn org baru..
Dpt pengalaman jd faci..
Dpt bekerjasama dalam pasukan
Dpt eratkan lg hbgn kami sesama faci.dan len2 lg


FIQRIYAHKita dua dunia COMIC!


13/2/2017
Semester dua bermula . 8 subjek telah  aku daftarkan untuk semester ini, termsuklah GIG1005 ,subjek Jalinan Masyarakat. Setelah mesyuarat dilakukan, aku dan rakan-rakan bersetuju untuk memilih SMKA Kuala Selangor sebagai lokasi untuk kami mengadakan program yang diberi nama Camp of Contemporary Muslim . Tujuan program ini dilakukan adalah untuk menjalinkan hubungan silaturahim dengan masyarakat khususnya pelajar tingkatan 4 sekolah tersebut dan sekali gus memenuhi tuntutan subjek ini. Mesyuarat, 'housekeeping' , 'rehearsal' & segala bentuk persiapan telah kami lakukan agar program tersebut brjalan lancar.

22/4/17
Kami bertolak ke SMKA Kuala Selangor  dengan menaiki bas. Sesungguhnya, pengalaman menetap dan mengadakan program disana selama 3 hari 2 malam memberikan aku peluang untuk berkenal- kenalan dan berinteraksi dengan ramai orang baru. Walaupun sepanjang program diadakan terdapat beberapa masalah kecil yg timbul, aku dan rakan-rakan tetap tenang menghadapi situasi tersebut dan berusaha untuk menyelesaikn masalah yang timbul sehingga program kami berjaya dilaksanakan dengan baik dan mendapat respon yang positif dari para peserta.

2 /5/17
Tarikh aku menulis catatan ini . Baru sahaja seminggu yang lepas program Camp of Contemporary Muslim tamat .Walaupun agak penat mengendalikan program ini brmula dari persiapannya sehinggalah ke hari berlangsungnya program tersebut , namun kepenatan itu berbaloi kerana ia telah mengajar dan mengingatkan aku  erti nilai kerjasama , kesabaran & bertolak ansur dalam sesebuah organisasi serta menjadikan aku lebih mesra dan tidak kekok untuk bergaul dengan masyarakat.

-fiqriyah




“Sebuah Mahligai Idaman”Oleh : Nor Adiela binti Abd RahmanCatatan 02 Mei 2017.

Satu langkah awal telah pun bermula sejak enam bulan awal lagi. Masih aku( baca : SGPI KOHORT 13) ingat tarikh yang tercatat dalam nota mini ku, ‘ 22/11/2016’ – mesyuarat ‘aku’ yang pertama kali bersama keluarga terdekat (baca :barisan MT) bagi membincang dan malaksanakan satu peristiwa terindah yang bakal ‘aku’ lalui.

Selang hari berganti hari dan masa berganti masa, akhirnya satu keputusan telah kami(baca :aku dan barisan MT) capai iaitu untuk meminang SMKA KUALA SELANGOR (KUSISS) sebagai pilihan hati ku. Tambahan lagi seorang sahabat terdekat ku juga merupakan kenalan rapat (alumni) KUSISS menjadikanku lebih yakin untuk memilih dia (baca :KUSISS) sehingga akhirnya ‘dia’ menerimaku dengan berlapang dada.

Meskipun pelbagai onak duri dan halangan dalam proses mengenali dia(KUSISS), namun aku tetap tabah kerana prinsip ku tidak mudah kalah sentiasa aku pahat dalam hati. Pelbagai persiapan awal dibuat dan semestinya perkara paling penting adalah kos perbelanjaan untuk melaksanakan majlis ku ini. Maka aku telah bersepakat untuk bekerja( housekeeping) tanpa jemu sehingga akhirnya dapat mengumpulkan sejumlah dana yang aku perlukan bagi hari istimewa ku nanti. Aku masih beriak tenang kerana aku fikirkan tarikh yang telah kami sepakati itu masih lagi jauh, namun air tidak selalunya tenang, tanpa aku sangka tiba-tiba kami dimaklumkan oleh pihak dia(KUSISS) untuk dipercepat tarikh hari istimewa itu. Meskipun agak terkejut dengan perubahan itu, aku masih dapat bertindak rasional dan bersungguh-sungguh bagi melaksanakan persiapan terakhir sebelum hari kejadian. 

Butiran majlis :

Tarikh : 28-30 April 2017
Tema  :Building Bonds, Breaking Boundaries
Sasaran : SMKA KUALA SELANGOR ( 47 pelajarTingkatan 4)

Akhirnya, masanya telah pun tiba.Tepat jam 08:00pagi 28/04/2017, aku bersama satu rombongan bas telah bertolak untuk berjumpa dia(KUSISS). Perasaan ku begitu teruja apabila tiba di sana. Segala yang telah aku rancang bersama telah ditunjukkan dan dikongsikan bersama dia. Keberadaan aku selama 3 hari 2 malam bersama dia ternyata telah dapat menjalinkan sebuah ikatan dan satu ukhuwah yang erat antara dua pihak. Tepat jam 11:00 pagi 30/04/2017, satu majlis rasmi (majlis penutup)  telah diadakan sebagai simbolik jalinan persaudaraan antara kami(SGPI KOHORT 13&KUSISS). Usai majlis itu, kami bertolak pulang dengan perasaan yang bercampur baur antara sebak dan gembira. Ucapan syukur Alhamdulillah kepada Ilahi aku panjatkan kerana segalanya tidak akan berlaku tanpa izin-Nya. Sebuah mahligai idaman telah dibina dan semoga mahligai ini berkekalan hingga akhirnya. In sha ALLAH.

__________________

Zahirah binti Za'abar 
Divisi Multimedia dan Publisiti 
Camp of Contemporary Muslim (COMIC) '17.

ENTRI 25 - REFLEKSI PART 4


Badrul Amin Bin Badrin 

(IIS 160006)




1. Fasa Perancangan

Indah sungguh warna pelangi,
Tidak luput hingga senja;
Ke Canseleri sama diharungi,
TOT bersama membawa bahagia.

Sawah padi luas terbentang,
Kuning keemasan indahnya maya;
Percaya-mempercayai asas berpegang,
Kohort 13 kekal selamanya.

2. Fasa Semasa

Padi muda jangan dilurut, 
Kalau dilurut patah batangnya; 
Hati muda jangan diturut, 
Kalau diturut susah datangnya.

Jikalau ikhwah mengangkat peti , 
 Tolong masukkan segala barang; 
Ikhwah akhowat bersatu hati , 
JM yang susah menjadi senang .

Masuk hutan pakai sepatu,  
Takut kena gigitan pacat;  
Peserta dan fasi pabila bersatu,  
Flow tentatif mudah dibuat.

3. Fasa Selepas

Anak itik terenang-renang,
Air pasang tenang-tenangan;
Budi KUSISS tak akan hilang,
COMIC menjadi kenang-kenangan.

Anak ikan berlima-lima,
Mati ditimpa punggur berdaun;
Kasih KUSISS kami terima,
Sebagai hutang seribu tahun.

AFNAN  AHMADI Jalinan & Masyarakat

Tika itu
Jemala nan kecil menadah
Siaga akan segala taklifat yang diduga
Menjadi satu permulaan yang baharu kepada raga yang satu
Raga yang awalnya kosong
Kini diisi sedikit-sedikit
Raga yang awalnya lapang
Kini dihimpit waktu yang sedikit
Tanpa diduga
Tapak nan kecil diberi mandat
Memegang betara lensa
Mengurus sesawang dunia
Menggubah potret dan citra

Di sebuah sekolah indah
Ceritera bermula
Hari bersulam siang dan malam
Melaksana tugas ibarat padi mengandung beras
Demi petani yang bekerja keras
Leka masa dan sempit ruang mengajar getir menjalin
Hubungan dalam sebuah masyarakat
Sudah pasti
Akan ada bicara menjadi nista
Tingkah menjadi salah
Aman menjadi sengketa
Angkara tekanan dan dugaan menimpa
Menguji kendiri sesama
Usai segala

Tiga hari saling berganti
Menjalin ikatan membentuk saudara
Mahupun kecil tua atau muda
Jurang terbina tiada terasa
Menggamit harmoni kerja dan organisasi
Membina kendiri lebih berisi
Tiada kata tiada madah
Taklif dilaksana sepenuh raga
Amanah disanjung sepenuh jiwa
Kian susah kian senang
Hanya sepadu atasi segala
Orang akan kata usai satu usai segala
Namun yang mengalami akan berkata
Usai satu permulaan segala.


REFLEKSI

MUZREEN MARDIA 

Pertama sekali, syukur ke hadrat Ilahi dengan izin-Nya kursus Jalinan Masyarakat kami berjaya dilakukan meskipun pelbagai onak duri yang dilalui. Yeay. ^_^

Fasa Pertama (Sebelum program)
Perkara yang aku belajar waktu ini  ialah komunikasi. Kami ( Majlis Tertinggi ) banyak kali mengadakan perbincangan , memberi dan menambah idea sesama kami. Projek apa yang perlu kami buat, kami berbincang dengan sangat teliti. Alhamdulilah, waktu ini kami terus menetapkan satu persatu ajk pelaksana JM, maka tertubuhlah 5 biro iaitu,
Biro Pengisian
Biro Dana & Tajaan
Biro Makanan & Cenderahati
Biro Pengangkutan & Perhubungan
Biro Multimedia & Publisiti

Aku telah dilantik menjadi pic biro pengisian dan ia sangat merunsingkan aku, kerana apa? kerana aku xbanyak idea. Hahah, nonsense kan alasan? Tp xsia-sia aku jadi pic pengisian, kerana aku belajar banyak perkara, antaranya berani, mengambil cakna, berani dan saling memerlukan. Ada orang banyak idea, tapi pemalu, ada orang kurang idea, tp berani tampil ke hadapan. Waktu ini, aku tidak nafikan bahawa lebih banyak masa dihabiskan bersama mereka dan ukhuwah kami semakin erat.

Fasa Kedua (Semasa Program)
Takut dan sedih. Itulah perasaan pertama yang menerjah aku dulu, sebab waktu pendaftaran pelajar yang mendaftar tidak lebih dari 20 orang, sedangkan dlm list ada 49 orang. Tapi, semangat pengarah iaitu Syakir membuatkan aku juga turut bersemangat kembali.
Pelajar yang hadir, sungguh aku kagum. Kerana walaupun sedikit jumlahnya , mereka tetap teruja dan menyokong kami, bila tgok prkara ni, seakan-akan ada satu tiupan semngat dlm hati aku utk teruskan program kami, betullah, kualiti boleh menandingi kuantiti. (
Sepanjang program, jujur aku penat. Kerana ada plan yang  berubah secara drastik, kami terpaksa bincang balik flow.

Sangat happy bila dapat nyanyi lagu tema, ahakkss. Penguat semngat aku.
Tapi ape2 pun, ;) aku tetap enjoy dari awal sampailah habis, susah utk kami semua berkumpul, jadi bila ada JM ni, ia mnjadi asbab yg terkuat (sbb wajib kan, hahah) utk kami gather.
Bukan hubungan antara pelajar dan kami sahaja rapat, malah bonding antara kami juga semakin erat dan lebih terasa manisnya ukhuwwah itu. Ia sangat memberi makna kepada aku. Hahah, acah2 sweet gtu.
Aku juga melihat hubungang sesame mereka lebih rapat, dan ramai yang tertarik dengan Universiti Malaya.

Waktu Majlis Penutup, aku paling xsgka pelajar perempuan menangis. Heheh, bukan ape, sbb aku rasa sgtlah sikit bnda yg kami beri dn waktu yg kami luangkan brsama mereka pun skejap shaja. Mungkin kecil bg aku, tp besar di hati mereka. Ececeyhh. hahah
Fasa Ketiga (Selepas Program)

Setiap divisi membuat SWOT.


AMIRATUSSAADAH⁠⁠⁠ Fond Memories

3 Mei 2017.
Kursus Jalinan Masyarakat adalah salah satu subjek universiti yang wajib dipenuhi oleh setiap pelajar di semester ke2 pengajian. Kursus ini dijalankan mengikut jabatan masing-masing.
Kami pelajar Program SGPI memilih untuk melengkapkan kursus ini melalui aktiviti 3 hari 2 malam bersama pelajar sekolah.

Sebelum program, kami telah merancang pelbagai usaha untuk menjayakan program ini, bermula dari Ahli Jawatankuasa, diikuti dengan mencari dana dan sumbangan seterusnya ke fasa akhir sebelum perlaksanaan program.

Seramai 29 orang AJK terlibat. Beberapa minggu sebelum program, kami menjalankan aktiviti housekeeping bagi mencari dana untuk program kami, selain dari melakukan jualan. Ini adalah pengalaman pertama saya menjalankan aktiviti housekeeping. Melalui aktiviti ini, banyak pengalaman yang saya perolehi, dan berbagai ragam masyarakat yang dapat dilihat.

Fasa terakhir sebelum perlaksanaan program, Unit Pengisian menjalankan ToT atau dikenali sebagai Training of Trainer, untuk melatih fasilitator yang terlibat.
Program kami yang diberi nama , Camp of Contemporary Muslim ( COMIC ), telah diadakan dengan jayanya pada 22-24 April yang lalu di Sekolah Menengah Agama Kuala Selangor. Semakin hampir ke hari tersebut, kami semakin nervous. Tapi ternyata sambutan dari para pelajar Tingkatan 4 Aliran Sains sekolah tersebut tidaklah hambar. Mereka adalah audiens yang sporting dan respons yang diterima dari setiap aktiviti yang dijalankan, sangat memberangsangkan. 

Walaupun kami keletihan selepas selesai kem tersebut, namun dari respons dan sambutan para pelajar, kami berasa sangat gembira. Sepanjang program, dari sebelum program bermula, banyak benda baru yang saya pelajari, antaranya gerak kerja dalam Unit Makanan kerana ini merupakan kali pertama saya ditugaskan dalam unit ini. Selain itu, saya dapat berkenalan dengan pelajar-pelajar di sekolah tersebut, sekaligus menambah kenalan baru.

Kesedaran yang paling penting yang saya dapat melalui JM ini ialah, kerjasama dan sifat saling mendukung antara fasilitator. Walau keletihan, dengan assignment, dan kepadatan jadual kuliah, tapi kalau saling menyokong antara satu sama lain, rasa letih tu akan hilang dan datang keseronokan bekerja dengan rakan-rakan. 

Melalui aktiviti JM ini juga, saya akan berusaha untuk terus melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan pada masa akan datang.
Sekian, terima kasih.

______________

Zahirah binti Za'abar 
Divisi Multimedia dan Publisiti 
Camp of Contemporary Muslim (COMIC) '17.

ENTRI 24 - REFLEKSI PART 3

[REFLEKSI]
oleh : saudara ZUL ARIFF


SEBELUM
sebelum ini, saya tidak pernah mengetuai biro ini, jadi agak terkejut untuk  mengendalikan biro ini (sebab diri nie tak pernah terurus and tersusun utk pegang jawatan nie) tapi still saya cuba untuk lakukan. Tanggapan pertama memang tahu bahwa biro ini paling sibuk tapi tak expect sesibuk ini sebab saya rasa ada yang tak kena melalui pembahagian tugas (ini kemudian diterangkan lagi oleh khalid)...

 sebelum gerak kerja, saya belajar cara untuk membuat koreografi lafu tema dan melalui pengalam menyertai flashmob dan beberapa tarian, Alhamdulliah bukan tugas yang terlalu sukar, seblum program juga saya dapat tahu gerak kerja tersusun sebagai biro pengisian melalui ahli saya sendiri - Khalid yang pernah mengendalikan banyak aktiviti2 yang melibatkan pengisian... Rasa.bersyukur juga sebab ada 3 akhowat yang bertungkus lumus bekerja dari segi teks, susunan program dan selesai beberapa kerja kecil di belakan tabir...mungkin orang lain tak nampak, tapi Tuhan Maha Melihat dan moga Dia memberi ganjaran kepada mereka.

SEMASA
semasa hari kejadian, saya merasakan perasaan tidak yakin untuk mengendalikan 3 hari 2 malam di sekolah tersebut... banyak kesilapan kecil yang saya lakukan sepanjang hari tersebut kerana kegelisahan dan kekalutan yang ada dalam diri ini....agak terkilan dengan diri sendiri sebab tidak tetap pendirian . juga terkilan dengan fasi2 lain yang agak 'leka' sepanjang kem tersebut, kerana sedikit sebanyak menurunkan semangat saya...rasa pelik sebab sepanjang hari tersebut tidak langsung berasa penat, entah kenapa...seronok sebab dapat berinteraksi dengan adik dna share sedikit pengalaman semasa waktu makan... mereka  banyak bersoal dlama ldk tapi banyak waktu makan tu...haha. saya juga berasa telah berjaya sedikit sebanyak untuk build up keyak8nan diri untuk bercakap di hadapan khayalak ramai.


Refleksi oleh : saudari Areefa Ameera.

Pra  COMIC’17
Lakukan kerana subjek wajib universiti atau ikhlas kerana Allah Taala? Selalu sahaja terlupa memperbaharui niat sebelum lakukan sesuatu perkara. Program Jalinan Masyarakat mengingatkan aku kembali tentang kepentingan niat yang ikhlas kerana Allah Taala. Segala kerja, masa, tenaga, dan penat lelah yang dikorbankan demi program ini tidak pernah aku terasa terbeban atau menyusahkan mahupun menjadi perkara yang sia-sia aku lakukan sepanjang aku bergelar mahasiswa Tahun Satu di semester kedua pengajian. Itulah kepentingan niat yang sangat ditekankan dalam Islam sehingga mampu menukarkan segala kesakitan kepada kemanisan yang mustahil akan dilupakan.

COMIC’17
Kembali terkenang zaman persekolahan yang penuh dengan coretan suka duka di setiap tempat yang pernah melatari cerita hidupku suatu masa dahulu. Pernah menjadi seorang pelajar yang dahulunya kurang cakna akan informasi mengenai alam universiti, aku kira para peserta sangat beruntung dengan program yang diadakan. Jelas terpancar keceriaan dam kegembiraan di wajah para peserta dan guru yang hadir ke program COMIC’17, memberi isyarat supaya program seperti ini diadakan pada masa akan datang. Berusaha untuk membantu pihak sekolah meningkatkan prestasi akademik dan sahsiah pelajar, semoga tercapai objektif dengan usaha kami yang sekelumit kerana kami juga masih belajar mengenal dunia.


Pasca COMIC’17
Jalinan Masyarakat. Tidak semudah yang disangka. Perancangan program yang rapi dan tersusun serta kerjasama daripada semua pihak memainkan peranan yang sangat penting mahupun ataupun tidak langsung daripada pelbagai pihak sama ada daripada pihak APIUM, SGPI, SMKA Kuala Selangor, dan masyarakat setempat mengajar kami realiti kehidupan manusia yang tidak pernah sunyi daripada warna-warni ragam manusia yang pelbagai. Hanya tinggal diri sendiri yang perlu menilai dan menjadikannya sebagai suatu nilai tambah dalam diri bagi menghadapi kehidupan yang mendatang.




Refleksi 

oleh : saudari Nabilah binti Rumainor.

1. Fasa Perancangan

Masa itu emas
Jalinan Masyarakat akan berlangsung beberapa minggu lagi. Untuk mencapai dana yang ditarget, kami mengambil keputusan untuk membuat housekeeping. Pada housekeeping yang pertama, saya dan kawan-kawan pergi ke TTDI untuk mencuba nasib. Kami juga telah berjanji dengan seorang pakcik untuk mencuci kereta beliau. Namun, malang tidak berbau kerana kami terlambat beberapa minit dan pakcik tersebut terpaksa membatalkan carwash, kerana sibuk dengan perkara yang lebih mustahak. Jadi saya bertekad di dalam hati untuk lebih menepati masa pada masa kan datang, dan benarlah kata pepatah “masa itu emas” kerana kami telah kehilangan emas (wang) akibat tidak menepati masa.


2. Fasa Semasa

It is not the quantity that really matters, it’s the quality
Akhirnya, hari yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. 22/4/2017, Jalinan Masyarakat pun berlangsung. Kami difahamkan seramai 50 orang peserta tingkatan 4 SMKA Kuala Selangor akan menyertai program kami. Namun, pada hari kejadian, hanya sebilangan sahaja peserta yang datang, manakala sebahagian yang lain keluar outing. Pada hari seterusnya, bilangan peserta semakin bertambah tetapi tidak juga mencukupi jumlah sebenar seperti yang dirancang.Tipulah jika saya tidak berasa kecewa dan lemah semangat tetapi melihat kawan-kawan lain tidak kalah semangat menjadi fasilitator membantu peserta-peserta, saya gagahkan diri untuk terus bersemangat. Apa yang mengejutkan dan mengharukan saya ialah semangat peserta-peserta yang lincah dan aktif dalam setiap aktiviti yang kami jalankan walaupun jumlah mereka boleh dikira menggunakan jari. Dewan SMKA Kuala Selangor tetap riuh dan gempak digoncang oleh semangat mereka yang berkobar-kobar. Dan saat itu saya sedar, it is not the quantity that really matters, but the quality. Saya sangat bersyukur kerana berpeluang mengenal adik-adik yang hebat belaka. Sehingga pada hari terakhir pun apabila saya bertanya pada salah seorang peserta, “tak penat ke?”, dengan selamba dia menjawab, “penat, tapi best. Penat pun berbaloi”,... dan saya pun diam.


3. Fasa Selepas

After Effect
“Move on laa..”,.. Saban hari saya membaca ayat tersebut dalam group whatsapp. Nampaknya program Jalinan Masyarakat member impak yang besar dalam diri kawan-kawan saya mahupun peserta-peserta yang khabarnya masih mempraktikkan cheers dan lagu tema program di dalam kelas. Sering kali juga saya melihat peserta-peserta mengupload gambar-gambar sepanjang program berlangsung di laman sosial dengan caption ‘rindu’. Alamak, hebat penangan JM dalam diri adik-adik! Tapi apa yang ingin saya ceritakan adalah impak program JM dalam diri saya sendiri. Melalui program ini, saya akui memang banyak kelemahan dan perkara-perkara yang saya sendiri terlepas pandang. Namun, perkara itulah yang mengajar saya untuk belajar dari kesilapan dan tidak megulangi kesilapan yang sama. Saya dapat merasai stress pada saat kritikal dan pada masa yang sama, saya belajar bahawa daripada menghamburkan kata-kata marah yang menghiris, lebih baik menenangkan diri mencari solusi, atau tidur sahaja. Saya dapat faham bahawa kepenatan yang dirasai bersama sepanjang menjayakan program ini memberi kepuasan yang tida taranya apabila program ini berjaya. Okay that was cheesy bai.


________

Zahirah binti Za'abar 
Divisi Multimedia dan Publisiti 
Camp of Contemporary Muslim (COMIC) '17.

ENTRI 30 - REFLEKSI PESERTA

PROGRAM JALINAN MASYARAKAT '17 ENTRI #30 24 APRIL 2017 REFLEKSI PESERTA Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. COMIC'17 sudah p...