Thursday, 4 May 2017

ENTRI 23 - REFLEKSI PART 2

Refleksi 3

 oleh : saudara Shafiq Izzudin.



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad SAW dan ke atas keluarga dan sahabat baginda sekalian.

Saya Mohd. Shafiq Izzudin bin Mohd. Shukri berasa berbesar hati kerana diberikan ruang dan peluang untuk menyuarakan perasaan yang terpendam. Secara keseluruhan, saya amat berpuas hati dengan program Jalinan Masyarakat yang dijalankan pada 22-24 April yang lepas.
Saya telah diberikan amanah untuk menganggotai divisi multimedia. Sepanjang program ini, saya dapat mempelajari banyak perkara termasuklah perkara yang berkaitan dengan teknikal. Cara menguruskan pembesar suara merupakan antara contohnya. Suka kiranya saya menceritakan pengalaman, dapatan, dan cadangan melalui pantun berikut:

Sebelum program

Bangun pagi mencuci gigi,
Bedak pula disapu di pipi,
Setelah kerja dibahagi-bahagi,
Tugasan saya membuat dp.

Baldi diikat dengan tali,
Buat mengambil air perigi,
Peringkat permulaan sukar sekali,
Bila dah pandai nak buat lagi.

Semasa program

Hujung minggu bersama famili,
Makan bersama di tengah hari,
Kawan-kawan sibuk sekali,
Tidak kurang diri sendiri.

Tinggi pohon berpuluh kaki,
Hangus terbakar dijilat api,
Segala kekurangan sama dibaiki,
Kerana kami saling melengkapi.

Selepas program

Hidup ini bukanlah mudah,
Kalau nak senang duduk di rumah,
Kembali ke bilik tidur tak sudah,
Kaki lenguh minda dah lemah.

Mencari buah berwarna jingga,
Buah di pokok diambil sang kera,
Biarpun letih tidak terhingga,
Hati gembira tidak terkira.

Berjalan kaki terpijak duri,
Duri dicabut berhati-hati,
Mohon maaf kekurangan diri,
COMIC 17 sentiasa di hati.


Refleksi 4 

oleh : saudara Hazim bin Razak.



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad SAW dan ke atas keluarga dan sahabat baginda sekalian.

Saya Hazim bin Razak merupakan salah seorang ahli jawatankuasa multimedia bagi program Jalinan Masyarakat ini. Kerja ini amat asing bagi saya kerana melalui kerja ini, saya perlu menggunakan perisian photoshop di mana saya tidak pernah menggunakannya sebelum ini.  Saya juga merupakan person in charge untuk satu slot semasa program tersebut. Memang terasa gugup semasa berada di hadapan ramai orang.

Saya lebih gemar menyusun kata dalam bentuk pantun. Maka terimalah beberapa rangkap pantun dari saya untuk menceritakan sedikit sebanyak perkara-perkara yang saya pelajari sepanjang program ini dijalankan:

Sebelum

Awal pagi menangkap ikan,
Untuk dijual di pasar pekan,
Tak tahu, bertanya, perlu diamalkan,
Supaya mudah kerja dijalankan.

Lenguh kaki mendaki bukit,
Berehat di bawah pohon pulasan,
Ilmu dikutip sedikit-sedikit,
Menjadi bekalan membuat tugasan.

Semasa

Rantai emas orang berada,
Dipakai sebagai satu perhiasan,
Rasa cemas sentiasa di dada,
Hilangkan dengan membaca Al-Quran.

Beratnya guni sepuluh kilogram,
Diangkat diletak ke dalam lori,
Pertama kali mengendalikan program,
Banyak perkara dapat dipelajari.

Selepas

Buah tembikai enak rasanya,
Berkulit hijau merah isinya,
Alhamdulillah, selesai akhirnya,
COMIC 17 menutup tirainya.

Pergi ke padang untuk bersukan,
Selesai bersukan ke tempat makan,
Terima kasih saya ucapkan,
Salah dan silap, minta dimaafkan.


Refleksi 5 

Nama : Siti Fatimah bt Hussin
No matrik : iis 160024
Unit : pengisian


Fasa 1 - sebelum JM
We are working toward it!!
Kami semua gigih mengumpul dana dengan membuat ‘Housekeeping’ di kwsn perumahan yang berdekatan … penat tapi best   banyak yang kami belajar melalui interaksi bersama masyarakat sepanjang melakukan housekeeping.

Unit pengisian berbincang perjalanan program… meeting and meeting and meeting again … perbincangan yang santai dan tidak terlalu stress memudahkan ahli unit mengeluarkan idea masing-masing.
TOT malam-malam… seronok  walaupun penat dengan kuliah di siang hari, namun tidak merasakan TOT ini sesuatu yang membebankan.

Fasa 2 – semasa JM
Finally, we are here!!!
Adik – adik peserta yang baik dan aktif sangat membantu perjalanan program. Ada beberapa benda yang tidak sempurna terpaksa disempurnakan di sana mengajar saya untuk selalu bersedia dengan cabaran yang mendatang.

Fasa 3 – selepas JM
We did it  !!
Walaupun penat, tapi keseronokan itu membuatkan kepenatan itu berkurang. Maklumbalas positif yang diterima dari peserta amat menggembirakan. Komen – komen kekurangan kami amat dihargai kerana boleh membantu kami memperbaiki kekurangan itu.

Daripada program ini, saya belajar untuk menjadi seorang yang lebih bertanggungjawab dan menepati masa. Di sini juga , saya juga belajar untuk lebih berdikari dan berani bergaul dengan masyarakat.
JM BEST 

Nantikan Part 3.....


__________

Zahirah binti Za'abar 
Divisi Multimedia dan Publisiti
Camp of Contemporary Muslim (COMIC) 17.


No comments:

Post a Comment

ENTRI 30 - REFLEKSI PESERTA

PROGRAM JALINAN MASYARAKAT '17 ENTRI #30 24 APRIL 2017 REFLEKSI PESERTA Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. COMIC'17 sudah p...