Showing posts with label sgpi. Show all posts
Showing posts with label sgpi. Show all posts

Friday, 5 May 2017

ENTRI 30 - REFLEKSI PESERTA

PROGRAM JALINAN MASYARAKAT '17
ENTRI #30
24 APRIL 2017
REFLEKSI PESERTA

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. COMIC'17 sudah pun melabuhakan tirainya. Diharapkan, banyak manfaat dapat diperoleh oleh peserta kita. Untuk tujuan rekod, pihak multimedia telah ditugaskan untuk merakam refleksi beberapa orang pelajar. Hal ini juga bertujuan untuk mengetahui keberkesanan program ini dari sudut pandang para peserta. Selain itu, kami juga dapat memastikan bahawa tema kami iaitu 'Building Bonds, Breaking Boundaries' telah tercapai. Tanpa membuang masa lagi, mari kita saksikan:




____

Hazim bin Razak
Divisi Multimedia dan Publisiti
Camp of  Contemporary  Muslim (COMIC) '17

Tuesday, 2 May 2017

ENTRI 19 - COMIC'17 (HARI PERTAMA)

PROGRAM JALINAN MASYARAKAT '17
ENTRI #19
22 APRIL 2017
COMIC'17 (HARI PERTAMA)

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah. Kami panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Alah SWT. Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad SAW dan keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian.

Perjalanan ke SMKA Kuala Selangor



Hari yang dinantikan telah pun tiba. Hari ini merupakan hari pertama bagi program yang telah dirancang sejak sekian lama, program Camp of Contemporary Muslim 2017 atau singkatannya COMIC'17. Sekiranya pembaca mengikuti perkembangan blog kami, pembaca mungkin sudah maklum dengan program ini di mana program ini akan dijalankan selama 3 hari 2 malam di SMKA Kuala Selangor.

Suasana dalam bas ketika di awal perjalanan

Kami bertolak dari Universiti Malaya ke SMKA Kuala Selangor dengan menaiki bas yang telah disewa khas pada pukul 9.00 pagi. Perjalanan tersebut mengambil masa lebih kurang 2 jam. Sesampainya kami di sekolah tersebut, kami disambut oleh pihak sekolah. Mereka menunjukkan kami ke tempat penginapan kami sepanjang program ini berlangsung. Kami membawa bagasi kami ke tempat penginapan sebelum pergi ke dewan makan sekolah tersebut untuk minum pagi. Di sini kami sempat berjumpa dengan Ustaz Alias yang merupakan wakil tenaga pengajar sekolah tersebut. Kami juga berkesempatan mengambil beberapa nasihat berguna daripada Ustaz Alias.

Selepas minum pagi, kami terus bergerak ke dewan sekolah tersebut untuk melakukan persiapan sebelum program ini bermula. Setiap divisi sibuk dengan peranan masing-masing. Kerja-kerja mengemas dewan berjaya disiapkan sebelum bermulanya program ini.

Pembukaan COMIC'17

Pada pukul 2.30 petang, peserta-peserta telah mula mendaftar. Peserta-peserta ini terdiri daripada pelajar tingkatan 4 Hidayah dan Iman SMKA Kuala Selangor.Kami mendapati bilangan peserta lelaki yang mendaftar amat sedikit. Setelah bertanyakan perkara ini kepada peserta, mereka memaklumkan kepada kami bahawa sebahagian mereka ada yang telah keluar outing dan ada juga  sebahagian yang lain pula demam. Oleh sebab itu, kami mengambil keputusan untuk terus memulakan program ini secara rasmi pada pukul 3 petang, setengah jam lebih awal daripada perancangan bagi melancarkan perjalanan program.

Petugas di kaunter pendaftaran sedang menunggu peserta

Kaunter pendaftaran

Kehadiran peserta lelaki yang sedikit menjadi persoalan

Ucapan pembukaa oleh saudara Syakir


Program ini dimulakan dengan ucapan oleh pengarah program, saudara Ahmad Syakir bin Manlani.
Pada waktu ini, saudara Syakir memberikan kata-kata aluan dan seterusnya memberikan sedikit taklimat kepada para peserta mengenai program yang akan dijalankan sepanjang 3 hari 2 malam ini.

Slot 1 (Ada Ka Tak?)

Seterusnya, program diteruskan dengan slot pertama iaitu slot Ada Ka Tak? yang dikendalikan oleh saudara Zul Arif. Slot ini merupakan satu slot taaruf, iaitu slot berkenalan dengan para peserta. Kami sebagai fasilitator program juga terlibat dalam slot ini secara langsung. Mengapakah slot ini dinamakan slot 'Ada Ka Tak?'. Hal ini demikian kerana, dalam slot ini, secara umumnya, kami dikehendaki bertanya kepada para peserta, adakah mereka mempunyai perkara sekian sekian ini?. Begitu juga dengan para peserta. Walaubagaimanapun, sebelum kami bertanyakan perkara tersebut, kami dikehendaki untuk memberikan sedikit biodata ringkas tentang diri kami. Begitu juga bagi peserta. Melalui slot ini, kami dapat mengenali para peserta dengan lebih dekat.

Borang Ada Ka Tak?

Pengarah pun turut serta

Seorang peserta bertanyakan soalan

Fasilitator juga melibatkan diri dalam slot ini

Fasilitator dan peserta berkomunikasi secara sejahtera

Masing-masing memikirkan soalan yang akan ditanyakan

Seorang peserta diminta memberikan sedikit maklumat berkaitan saudara Afnan

Peserta muslimat juga tidak terkecuali

Saudara Zul Arif menyemak borang seorang peserta


Disebabkan slot ini bermula lebih awal daripada perancangan, slot ini juga tamat lebih awal. Para peserta diarahkan bersurai untuk berehat, minum petang dan solat Asar.

Slot 2 (War Game)

Kedengaran agak ganas. Walaubagaimanapun, slot ini tidaklah seganas namanya. Pada pukul 5 petang, para peserta berkumpul untuk mendengar taklimat slot yang disampaikan oleh saudara Khalid yang merupakan orang yang bertanggungjawab menguruskan slot ini. Permainan ini agak mudah di mana para peserta dan fasilitator dibahagikan kepada 4 kumpulan, mewakili 4 dinasti. Permainan ini mengkehendaki pemainnya mencabut kertas yang dilekatkan di belakang ketua kumpulan, yang mana kertas ini mewakili dinasti setiap kumpulan. Apabila lucutnya kertas tersebut, maka runtuhlah dinasti pembawanya. Setiap ketua kumpulan dilindungi oleh askar-askar (pemain). Askar-askar bagi setiap kumpulan dikehendaki memecahkan belon yang telah diikat pada kedua-dua kaki pemain dari dinasti lawan untuk 'membunuh' mereka. Askar-askar ini juga pada waktu yang sama, perlu melindungi ketua mereka. Permainan ini dilakukan untuk menguji tahap keberkesanan strategi setiap kumpulan dalam mengatur langkah demi mencapai tujuan yang telah ditetapkan. Di samping itu, para fasilitator dapat membina hubungan dengan para peserta program ini, selain dapat menghancurkan batasan perbezaan umur antara mereka. Hal ini bertepatan dengan 'Misi 4B' program ini iaitu, "Building Bonds, Breaking Boundaries".

Gambar-gambar sekitar aktiviti ini dijalankan:

Saudara Khalid memberikan taklimat tentang aktiviti yang  akan dijalankan

Ketua kumpulan Dinasti Fatimah memegang kertasnya

Seorang fasilitator mempersiapkan belon-belon

Fasilitator juga membantu mengikatkan belon pada kaki peserta

Semua sudah bersedia

Peserta muslimat membincangkan statergi mereka

Saudara Khalid memberikan arahan selanjutnya

Peserta lelaki di luar dewan sekolah sudah bersedia dengan strategi masing-masing

Suasana ketika war game berlangsung

Peserta membetulkan kedudukan belon supaya tidak terlucut dari kakinya

Selepas tamat permainan, semua peserta merehatkan diri di dalam dewan

"Slot ini juga merupakan satu riadah santai yang sangat menyeronokkan", kata salah seorang fasilitator. Setelah tamat slot ini, peserta diminta bersurai untuk mandi (semburan ester), makan malam dan solat Maghrib.

Tazkirah Maghrib

Bertepatan dengan namanya, slot ini merupakan satu slot santai yang dikendalikan oleh saudara Ruzaini di mana para peserta diminta untuk menyampaikan tazkirah berdasarkan perkataan yang diperoleh oleh mereka. Perkataan-perkataan ini diagihkan dengan cara mengedarkan satu kotak yang mengandungi perkataan tersebut semasa lagu dipasangkan kepada setiap peserta. Apabila lagu dihentikan, peserta yang memegang kotak tersebut diminta untuk mengambil satu perkataan kemudian menyampaikan tazkirah  berdasarkan perkataan tersebut. Kelihatan agak mudah bukan? Tidak sama sekali. Saudara Ruzaini tidak menjadikan slot ini mudah bagi para peserta kerana beliau meletakkan perkataan-perkataan yang secara zahirnya, tidak berkaitan secara terus dengan agama Islam. Perkataan seperti, WiFi dan larynx, merupakan antara contoh perkataan yang diletakkan di dalam kotak. Walaubagaimanapun, para peserta tidak menghadapi banyak masalah untuk mengambil pengajaran dan ibrah daripada perkataan tersebut lalu berkongsi pandangan dan pendapat mereka kepada peserta lain. Setelah itu, lagu kembali dimainkan dan kotak tersebut pula kembali diagihkan.

Saudara Ruzaini sebagai pengendali slot ini

Peserta berada dalam bulatan gembira

Seorang peserta mengagihkan 'kotak beracun'

Semua peserta khusyuk mendengar tazkirah daripada sahabat mereka

Seorang peserta memberikan tazkirah berdasarkan perkataan yang diperoleh

Slot ini bertujuan untuk melihat dan mengasah kebolehan peserta mengkaitkan perkara-perkara yang berkaitan dengan sains dengan Islam. Diharapkan, para peserta dapat mengaplikasikan konsep yang sama dalam kehidupan seharian mereka supaya mereka dapat sentiasa mengingati Allah walau apa pun yang mereka lakukan.

Slot 3 (State Your Statement)

Selepas selesai solat Isyak, para peserta bekumpul kembali di dewan sekolah untuk slot seterusnya iaitu slot 'State Your Statement'. Permainan berasaskan debat terbuka ini dilakukan dengan tujuan untuk mengasah daya berfikir para peserta. Para peserta sekali lagi dibahagikan mengikut kumpulan. Setiap kumpulan diberikan peluang untuk memilih barangan yang akan diambil mereka sekiranya mereka terselamat daripada kapal yang karam. Barangan ini terdiri daripada kuali, botol air yang penuh dengan air, khemah, tin sardin, dan beras. Setiap kumpulan perlu memberikan justifikasi yang kukuh mengapa mereka memilih barang tersebut. Slot ini dikendalikan dengan jayanya oleh saudara Adam.

Saudara Adam (berbaju merah terang) sedang mengendalikan slot ini

Seorang peserta memberikan hujah mereka

Sambil mendengar hujah pihak lawan, peserta juga perlu berfikir bagaimana
untuk mematahkan hujah tersebut

Seorang peserta membantah hujah pihak lawan dan disokong oleh seoarang fasilitator


Tujuan sampingan slot ini dilaksanakan, adalah untuk membentuk sahsiah dan peribadi mulia serta membina hubungan baik sesama peserta melalui perdebatan yang bersih dan beradab. Setelah berakhirnya slot ini, para peserta dan fasilitator pergi ke dewan makan sekolah untuk makan tengah malam.

Penutupan COMIC'17 Untuk Hari Pertama

Maka berakhirlah hari pertama untuk program COMIC'17. Dengan itu, berakhir jugalah entri buat hari ini. Semoga pembaca mendapat manfaat daripada penulisan ini.

Akhirul kalam, saya doakan yang terbaik buat semua. Nantikan entri yang seterusnya untuk hari kedua COMIC'17.

____

Hazim bin Razak
Divisi Multimedia dan Publisiti
Camp of  Contemporary  Muslim (COMIC) '17

Sunday, 16 April 2017

ENTRI 17 - MEETING DENGAN PIHAK SEKOLAH


PROGRAM JALINAN MASYARAKAT '17
ENTRI #17
14 APRIL 2017
MEETING DENGAN PIHAK SEKOLAH

Pada pagi hari Jumaat, beberapa wakil setiap divisi berjumlah 6 orang telah pergi ke Sekolah SMKA Kuala Selangor untuk membincangkan dan meng'finalise'kan beberapa perkara yang terpending. Mereka bertolak daripada Universiti Malaya pada jam 8.50 pagi dengan menaiki kereta dan merempit motosikal.

Berikut adalah apa yang mereka lakukan di sana :

1. Syakir, Anas, Zul Ariff dan Areefa berjumpa dengan Ustaz Alias, PK Hal Ehwal Murid merangkap Ketua Warden Asrama untuk membincangkan tentang mengesahkan tentang butiran penginapan kami disana nanti.


seriusnya muka. 
Ustaz Alias membuat semakan surat
Ustaz Alias SMKA Kuala Selangor
2. Divisi Makanan, Amira dan Nabilah berjumpa dengan dua orang penyelia asrama, Encik Sufiyan, penyelia asrama dan Encik Razi, penyelia dewan makan untuk membincangkan tentang hal yang berkaitan dengan makanan. hehe. 

Seperti biasa mereka membincangkan tentang menu makanan VIP dan AJK dan juga harga makanan. Dan Alhamdulillah atas kemurahan hati pihak penyelia, Encik Sufiyan dan Encik Razi bersetuju untuk sponsor makanan bagi VIP. Semoga Allah merahmati jasa baik mereka.

Budi bicara bersama Encik Razi, penyelia dewan makan. 

Proses tandatangan pada surat
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

Terima kasih Encik Razi dan Encik Sufiyan. 


Segala perbincangan akhirnya tamat pada 12 tengah hari. Dan mereka berangkat pulang setelah setelah selesai menunaikan fardhu hari Jumaat di Masjid bagi yang muslim dan di surau sekolah bagi yang muslimat.

Sekian sahaja entri kali ini. #RoadtoJM #6daysmore

_____


Zahirah binti Za'abar
Divisi Multimedia dan Publisiti
Camp of Contemporary Muslim (COMIC) '17

Friday, 14 April 2017

ENTRI 16 - REHEARSAL 2.0

PROGRAM JALINAN MASYARAKAT '17
ENTRI #16
14 APRIL 2017
REHEARSAL #2



Malam ini rehearsal diteruskan lagi bertempat di Akademi Pengajian Islam pula. Pukul 8.00 malam, rehearsal ini dimulakan dengan latihan lagu malam sebelumnya, SCARS oleh kumpulan Monalyssa.

Setelah tamat latihan lagu, malam ini diteruskan lagi dengan latihan untuk slot Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang akan kami jalankan di sekolah semasa program Jalinan Masyarakat ini berlangsung nanti.

Permainan ini diberi nama Snap!Snap!Snap! Permainan ini berkonsepkan eksplorasi (explorace) di mana peserta perlu pergi ke beberapa checkpoint untuk melaksanakan tugasan di sana. Di checkpoint-checpoint ini, peserta-peserta akan dinilai oleh penjaga di checkpoint tersebut.

Pada malam ini, hanya 3 checkpoint yang terpilih untuk dimainkan dan dijaga oleh 3 kumpulan. Baki 2 lagi checkpoint akan dimainkan dalam rehearsal yang seterusnya. Pelatih yang tidak terlibat menjaga checkpoint dibahagikan kepada 3 kumpulan juga, di mana mereka ini di arah untuk ke checkpoint yang berasingan untuk melaksanakan tugasan di sana.

Setiap checkpoint menyediakan permainan yang berbeza. Di sini, peserta bukan sahaja dinilai, malahan turut diajar dan dilatih untuk memupuk semangat kerjasama dan berfikiran kritis dan kreatif. Kami mensasarkan supaya peserta nanti akan memperoleh manfaat yang banyak melalui permainan ini.

Pukul 10 malam kami terpaksa meneruskan rehearsal di luar kerana bangunan Akademi Pengajian Islam akan ditutup. Rehearsal kemudiannya disambung dengan sedikit taklimat oleh saudara Zul Arif berkenaan dengan permainan tersebut di anjung surau APIUM.

Berakhir taklimat saudara Zul Arif, kami bertolak ke ruang meletak kenderaan di hadapan Blok D untuk menyambung rehearsal. Di sini, kami berlatih untuk lagu kedua program Jalinan Masyarakat, Pelita oleh A.P.I.

Berikut merupakan antara gambar-gambar yang sempat kami ambil pada malam tersebut:

Sesi berehat selepas latihan lagu SCARS oleh kumpulan Monalyssa



Selepas selesai berehat

Penerangan tentang permainan diberikan oleh saudara Zul Arif

Perbincangan berkenaan permainan bersama dengan penjaga checkpoint

Taklimat oleh saudara Zul Arif kepada pelatih (peserta buat masa ini)

Permainan dimulakan


Checkpoint 1
Kumpulan pertama tiba di checkpoint 1
Penerangan berkenaan tugasan oleh saudara Hazim
Pebincangan diketuai oleh saudari Amirah bersama-sama ahli
kumpulan untuk menyelesaikan tugasan
Saudara Syakir memberikan penerangan tambahan

Lihat  di belakang, kumpulan seterusnya sedang menunggu giliran
Bergambar dulu sementara menunggu giliran
Dah sampai giliran... Fikir Zaidul, fikir...

Saudara Zaidul sedang berusaha menyelesaikan tugasan dibantu
oleh rakan sekumpulan
Checkpoint 2

Sesi penerangan kepada kumpulan pertama yang tiba di checkpoint 2

Checkpoint 3

Saudara Ruzaini mendapatkan penerangan daripada Saudari Areefa

Apakah yang dibincangkan oleh Saudari Nabilah dan Areefa agaknya?

Yang ini mungkin sudut pandang saudari Areefa

Cubaan saudari Nabilah untuk mengapungkan klip kertas dalam air

Kumpulan seterusnya mencuba juga

Jangan pijak kertas tu! Senang je permainan ni, kalau mata tak kena tutup


Sedikit rakaman semasa permainan dijalankan

Sesi rehearsal di tempat meletak kenderaan:

Latihan lagu Pelita oleh kumpulan A.P.I
Bersedia untuk latihan lagu Pelita

Sudut akhawat pula..

Lagenda mengatakan ada 3 orang akhawat kat depan sedang melatih kami

Gambar dari belakang

Khusyuk melihat dan mendengar penjelasan pelatih (Khalid)

Rehearsal pada malam ini tamat lebih kurang pukul 10.30 malam. Pelatih-pelatih bersurai selepas tamat latihan lagu Pelita. Sekian sahaja untuk entri kali ini. Terima kasih.

Bonus:



Lagu Pertama - SCARS oleh kumpulan Monalyssa



Lagu Kedua - Pelita oleh A.P.I

____

Hazim bin Razak
Divisi Multimedia dan Publisiti
Camp of  Contemporary  Muslim (COMIC) '17

ENTRI 30 - REFLEKSI PESERTA

PROGRAM JALINAN MASYARAKAT '17 ENTRI #30 24 APRIL 2017 REFLEKSI PESERTA Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. COMIC'17 sudah p...