Showing posts with label citra um. Show all posts
Showing posts with label citra um. Show all posts

Friday, 5 May 2017

ENTRI 30 - REFLEKSI PESERTA

PROGRAM JALINAN MASYARAKAT '17
ENTRI #30
24 APRIL 2017
REFLEKSI PESERTA

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. COMIC'17 sudah pun melabuhakan tirainya. Diharapkan, banyak manfaat dapat diperoleh oleh peserta kita. Untuk tujuan rekod, pihak multimedia telah ditugaskan untuk merakam refleksi beberapa orang pelajar. Hal ini juga bertujuan untuk mengetahui keberkesanan program ini dari sudut pandang para peserta. Selain itu, kami juga dapat memastikan bahawa tema kami iaitu 'Building Bonds, Breaking Boundaries' telah tercapai. Tanpa membuang masa lagi, mari kita saksikan:




____

Hazim bin Razak
Divisi Multimedia dan Publisiti
Camp of  Contemporary  Muslim (COMIC) '17

Tuesday, 2 May 2017

ENTRI 19 - COMIC'17 (HARI PERTAMA)

PROGRAM JALINAN MASYARAKAT '17
ENTRI #19
22 APRIL 2017
COMIC'17 (HARI PERTAMA)

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah. Kami panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Alah SWT. Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad SAW dan keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian.

Perjalanan ke SMKA Kuala Selangor



Hari yang dinantikan telah pun tiba. Hari ini merupakan hari pertama bagi program yang telah dirancang sejak sekian lama, program Camp of Contemporary Muslim 2017 atau singkatannya COMIC'17. Sekiranya pembaca mengikuti perkembangan blog kami, pembaca mungkin sudah maklum dengan program ini di mana program ini akan dijalankan selama 3 hari 2 malam di SMKA Kuala Selangor.

Suasana dalam bas ketika di awal perjalanan

Kami bertolak dari Universiti Malaya ke SMKA Kuala Selangor dengan menaiki bas yang telah disewa khas pada pukul 9.00 pagi. Perjalanan tersebut mengambil masa lebih kurang 2 jam. Sesampainya kami di sekolah tersebut, kami disambut oleh pihak sekolah. Mereka menunjukkan kami ke tempat penginapan kami sepanjang program ini berlangsung. Kami membawa bagasi kami ke tempat penginapan sebelum pergi ke dewan makan sekolah tersebut untuk minum pagi. Di sini kami sempat berjumpa dengan Ustaz Alias yang merupakan wakil tenaga pengajar sekolah tersebut. Kami juga berkesempatan mengambil beberapa nasihat berguna daripada Ustaz Alias.

Selepas minum pagi, kami terus bergerak ke dewan sekolah tersebut untuk melakukan persiapan sebelum program ini bermula. Setiap divisi sibuk dengan peranan masing-masing. Kerja-kerja mengemas dewan berjaya disiapkan sebelum bermulanya program ini.

Pembukaan COMIC'17

Pada pukul 2.30 petang, peserta-peserta telah mula mendaftar. Peserta-peserta ini terdiri daripada pelajar tingkatan 4 Hidayah dan Iman SMKA Kuala Selangor.Kami mendapati bilangan peserta lelaki yang mendaftar amat sedikit. Setelah bertanyakan perkara ini kepada peserta, mereka memaklumkan kepada kami bahawa sebahagian mereka ada yang telah keluar outing dan ada juga  sebahagian yang lain pula demam. Oleh sebab itu, kami mengambil keputusan untuk terus memulakan program ini secara rasmi pada pukul 3 petang, setengah jam lebih awal daripada perancangan bagi melancarkan perjalanan program.

Petugas di kaunter pendaftaran sedang menunggu peserta

Kaunter pendaftaran

Kehadiran peserta lelaki yang sedikit menjadi persoalan

Ucapan pembukaa oleh saudara Syakir


Program ini dimulakan dengan ucapan oleh pengarah program, saudara Ahmad Syakir bin Manlani.
Pada waktu ini, saudara Syakir memberikan kata-kata aluan dan seterusnya memberikan sedikit taklimat kepada para peserta mengenai program yang akan dijalankan sepanjang 3 hari 2 malam ini.

Slot 1 (Ada Ka Tak?)

Seterusnya, program diteruskan dengan slot pertama iaitu slot Ada Ka Tak? yang dikendalikan oleh saudara Zul Arif. Slot ini merupakan satu slot taaruf, iaitu slot berkenalan dengan para peserta. Kami sebagai fasilitator program juga terlibat dalam slot ini secara langsung. Mengapakah slot ini dinamakan slot 'Ada Ka Tak?'. Hal ini demikian kerana, dalam slot ini, secara umumnya, kami dikehendaki bertanya kepada para peserta, adakah mereka mempunyai perkara sekian sekian ini?. Begitu juga dengan para peserta. Walaubagaimanapun, sebelum kami bertanyakan perkara tersebut, kami dikehendaki untuk memberikan sedikit biodata ringkas tentang diri kami. Begitu juga bagi peserta. Melalui slot ini, kami dapat mengenali para peserta dengan lebih dekat.

Borang Ada Ka Tak?

Pengarah pun turut serta

Seorang peserta bertanyakan soalan

Fasilitator juga melibatkan diri dalam slot ini

Fasilitator dan peserta berkomunikasi secara sejahtera

Masing-masing memikirkan soalan yang akan ditanyakan

Seorang peserta diminta memberikan sedikit maklumat berkaitan saudara Afnan

Peserta muslimat juga tidak terkecuali

Saudara Zul Arif menyemak borang seorang peserta


Disebabkan slot ini bermula lebih awal daripada perancangan, slot ini juga tamat lebih awal. Para peserta diarahkan bersurai untuk berehat, minum petang dan solat Asar.

Slot 2 (War Game)

Kedengaran agak ganas. Walaubagaimanapun, slot ini tidaklah seganas namanya. Pada pukul 5 petang, para peserta berkumpul untuk mendengar taklimat slot yang disampaikan oleh saudara Khalid yang merupakan orang yang bertanggungjawab menguruskan slot ini. Permainan ini agak mudah di mana para peserta dan fasilitator dibahagikan kepada 4 kumpulan, mewakili 4 dinasti. Permainan ini mengkehendaki pemainnya mencabut kertas yang dilekatkan di belakang ketua kumpulan, yang mana kertas ini mewakili dinasti setiap kumpulan. Apabila lucutnya kertas tersebut, maka runtuhlah dinasti pembawanya. Setiap ketua kumpulan dilindungi oleh askar-askar (pemain). Askar-askar bagi setiap kumpulan dikehendaki memecahkan belon yang telah diikat pada kedua-dua kaki pemain dari dinasti lawan untuk 'membunuh' mereka. Askar-askar ini juga pada waktu yang sama, perlu melindungi ketua mereka. Permainan ini dilakukan untuk menguji tahap keberkesanan strategi setiap kumpulan dalam mengatur langkah demi mencapai tujuan yang telah ditetapkan. Di samping itu, para fasilitator dapat membina hubungan dengan para peserta program ini, selain dapat menghancurkan batasan perbezaan umur antara mereka. Hal ini bertepatan dengan 'Misi 4B' program ini iaitu, "Building Bonds, Breaking Boundaries".

Gambar-gambar sekitar aktiviti ini dijalankan:

Saudara Khalid memberikan taklimat tentang aktiviti yang  akan dijalankan

Ketua kumpulan Dinasti Fatimah memegang kertasnya

Seorang fasilitator mempersiapkan belon-belon

Fasilitator juga membantu mengikatkan belon pada kaki peserta

Semua sudah bersedia

Peserta muslimat membincangkan statergi mereka

Saudara Khalid memberikan arahan selanjutnya

Peserta lelaki di luar dewan sekolah sudah bersedia dengan strategi masing-masing

Suasana ketika war game berlangsung

Peserta membetulkan kedudukan belon supaya tidak terlucut dari kakinya

Selepas tamat permainan, semua peserta merehatkan diri di dalam dewan

"Slot ini juga merupakan satu riadah santai yang sangat menyeronokkan", kata salah seorang fasilitator. Setelah tamat slot ini, peserta diminta bersurai untuk mandi (semburan ester), makan malam dan solat Maghrib.

Tazkirah Maghrib

Bertepatan dengan namanya, slot ini merupakan satu slot santai yang dikendalikan oleh saudara Ruzaini di mana para peserta diminta untuk menyampaikan tazkirah berdasarkan perkataan yang diperoleh oleh mereka. Perkataan-perkataan ini diagihkan dengan cara mengedarkan satu kotak yang mengandungi perkataan tersebut semasa lagu dipasangkan kepada setiap peserta. Apabila lagu dihentikan, peserta yang memegang kotak tersebut diminta untuk mengambil satu perkataan kemudian menyampaikan tazkirah  berdasarkan perkataan tersebut. Kelihatan agak mudah bukan? Tidak sama sekali. Saudara Ruzaini tidak menjadikan slot ini mudah bagi para peserta kerana beliau meletakkan perkataan-perkataan yang secara zahirnya, tidak berkaitan secara terus dengan agama Islam. Perkataan seperti, WiFi dan larynx, merupakan antara contoh perkataan yang diletakkan di dalam kotak. Walaubagaimanapun, para peserta tidak menghadapi banyak masalah untuk mengambil pengajaran dan ibrah daripada perkataan tersebut lalu berkongsi pandangan dan pendapat mereka kepada peserta lain. Setelah itu, lagu kembali dimainkan dan kotak tersebut pula kembali diagihkan.

Saudara Ruzaini sebagai pengendali slot ini

Peserta berada dalam bulatan gembira

Seorang peserta mengagihkan 'kotak beracun'

Semua peserta khusyuk mendengar tazkirah daripada sahabat mereka

Seorang peserta memberikan tazkirah berdasarkan perkataan yang diperoleh

Slot ini bertujuan untuk melihat dan mengasah kebolehan peserta mengkaitkan perkara-perkara yang berkaitan dengan sains dengan Islam. Diharapkan, para peserta dapat mengaplikasikan konsep yang sama dalam kehidupan seharian mereka supaya mereka dapat sentiasa mengingati Allah walau apa pun yang mereka lakukan.

Slot 3 (State Your Statement)

Selepas selesai solat Isyak, para peserta bekumpul kembali di dewan sekolah untuk slot seterusnya iaitu slot 'State Your Statement'. Permainan berasaskan debat terbuka ini dilakukan dengan tujuan untuk mengasah daya berfikir para peserta. Para peserta sekali lagi dibahagikan mengikut kumpulan. Setiap kumpulan diberikan peluang untuk memilih barangan yang akan diambil mereka sekiranya mereka terselamat daripada kapal yang karam. Barangan ini terdiri daripada kuali, botol air yang penuh dengan air, khemah, tin sardin, dan beras. Setiap kumpulan perlu memberikan justifikasi yang kukuh mengapa mereka memilih barang tersebut. Slot ini dikendalikan dengan jayanya oleh saudara Adam.

Saudara Adam (berbaju merah terang) sedang mengendalikan slot ini

Seorang peserta memberikan hujah mereka

Sambil mendengar hujah pihak lawan, peserta juga perlu berfikir bagaimana
untuk mematahkan hujah tersebut

Seorang peserta membantah hujah pihak lawan dan disokong oleh seoarang fasilitator


Tujuan sampingan slot ini dilaksanakan, adalah untuk membentuk sahsiah dan peribadi mulia serta membina hubungan baik sesama peserta melalui perdebatan yang bersih dan beradab. Setelah berakhirnya slot ini, para peserta dan fasilitator pergi ke dewan makan sekolah untuk makan tengah malam.

Penutupan COMIC'17 Untuk Hari Pertama

Maka berakhirlah hari pertama untuk program COMIC'17. Dengan itu, berakhir jugalah entri buat hari ini. Semoga pembaca mendapat manfaat daripada penulisan ini.

Akhirul kalam, saya doakan yang terbaik buat semua. Nantikan entri yang seterusnya untuk hari kedua COMIC'17.

____

Hazim bin Razak
Divisi Multimedia dan Publisiti
Camp of  Contemporary  Muslim (COMIC) '17

Sunday, 30 April 2017

ENTRI 18 - REHEARSAL 3.0



PROGRAM JALINAN MASYARAKAT '17
ENTRI #18
20 APRIL 2017
REHEARSAL #3

2 hari sahaja lagi JM akan berlangsung..kehangatan JM semakin dirasai oleh semua ajk.

fokus semua lagi 2 hari ja..😀😁 

20 April 2017 -  rehearsal terakhir diadakan  bermula tepat jam 8.00 p.m yang bertempat di depan DTC(Parkir kereta). Wa;aupun semua ajk kepenatan dengan kuliah pada siang hari namun tetap bersemangat meneruskan rehearsal ini sebagai persiapan terakhir untuk sebelum bergerak ke SMKA Kuala Selangor.

Rehearsal dimulakan dengan nyanyian lagu tema (SCARS & PELITA) bagi memastikan semua ajk dapat menghadam step2 tarian lagu tema..[5 minit kemudian] hmm..macam dah ok, semua dah tak 'kayu'

Seterusnya, unit pengisian & aktiviti meneruskan slot pertama yang akan dijalankan di SMKA Kuala Selangor selepas pendaftaran  dan sesi taklimat pelajar iaitu slot ice breaking yang diberi nama ADA KE TAK  yang mana diterangkan oleh Zul Ariff. 



Setelah selesai penerangan daripada abang Zul Ariff yang mantap, padat dan terbaik tu. Kami mula mencuba keberkesanan slot untuk menjalinkan hubungan yang lebih akrab antara para fasilitator dan pelajar..ingat target kita ⇒ building bonds, breaking boundaries. Takkan nak dengar cara nak main ja..jom main..

sibuk nya..semua tengah enjoy main..

 'nama saya abel..bla..bla..bla..adakah awak paling tua dalam bilik??'

 adakah awak orang yang bertangan kidal?

 'abang tolong sign saya punya..' anas merayu.

 yeaaayyy.. dapat satu..

Alhamdulillah..nampaknya slot ADA KE TAK? ni ada potensi bagi mencapai objektif kita.

Setelah selesai cubaan slot ADA KE TAK?, kami beralih pula kepada slot 'sharing session' yang akan dikelola oleh saudari Areefa Ameera.

saudari areefa ameera sedang memberi penerangan berkenaan cara perlaksanaan slot 'sharing session'


Slot ini akan dijalankan di dalam kumpulan masing-masing.Jadi semua ajk perlu berkumpul di dalam kumpulan masing-masing bagi membincang aktiviti yang perlu dilakukan.

kumpulan 1

 kumpulan 2

kumpulan 3

kumpulan 4

       
kumpulan 5


bercahayakan lampu jalan.
Geng yang tidak jadi fasi. haha



Its a wrap for today. 
Rehearsal pada malam ini tamat lebih kurang pukul 12.00 malam.
 Sekian sahaja untuk entri kali ini. Terima kasih.😂


_____________________________________

Mohd Shafiq Izzudin bin Mohd Shukri
Divisi Multimedia dan Publisiti
Camp of  Contemporary Muslim (COMIC) '17

Tuesday, 14 March 2017

ENTRI 4 - EDAR FLYERS


PROGRAM JALINAN MASYARAKAT 17
ENTRI #4

4 MARCH 2017 - AHAD 
GERAKAN UNTUK MENCARI DANA DAN TAJAAN
EDAR FLYERS 


Pada 2 March kami telah menghadiri perjumpaan ringkas untuk berbincang mengenai gerakan kami untuk mengumpul dana pada hari Ahad ini. Dimana kami akan mengedarkan flyers bagi membuat khidmat housekeeping yang berunsurkan Donation Drive.
Flyers housekeeping kami. (^^,)


Jadi kami telah dipecahkan kepada 3 group yang mana setiap group akan berbincang apa yang akan dilakukan dan apa strateginya. Senarai kumpulan dan tempat yang dipilih adalah seperti berikut :

Team Taman Jaya (TJ) :
1. Adam (PIC)
2. Syakir
3. Ruzaini 
4. Afnan 
5. Syahirah 
6. Nabilah 
7. Kamilah 
8. Umairah
9. Zahirah 
10. Amira 
Team Taman Jaya

Selepas mengedarkan flyers kepada warga taman 
Kami sempat mengambil video mengedarkan flyers dan selitkan pada wiper kereta, dirakam oleh saudari Nabilah. 

Team Taman Tun Dr Ismail (TTDI) :
1. Shafiq
2. Badrul
3. Khalid
4. Fakhru
5. Balqis (PIC)
6. Fatimah
7. Adiela
8. Zahidah
9. Muzreen

Mengedarkan flyers dari rumah ke rumah 

Berhat sebentar setelah penat pusing satu taman.
Muka-muka kelaparan sempat singgah untuk makan KFC. 


Dokumentari ringkas yang dirakam oleh saudara Badrul.

Dan team terakhir adalah Team Taman P
1. Zaaidul 
2. Hazim
3. Zul Ariff 
4. Anas Nor 
5. Aiman Nabilah 
6. Nazirah  (PIC)
7. Zahidah Azhar 
8. Atikah 
9. Fiqriyah 
Walaupun berpanas terik dan berpayung bagai tapi kami masih mampu tersenyum ^^,

Alhamdulillah, proses edar flyers ini berjalan dengan lancar dan kami cuma tinggal menunggu maklum balas daripada warga taman. 

___

Zahirah binti Za'abar 
Divisi Multimedia dan Publisiti 
Camp of  Contemporary Muslim (COMIC) '17





ENTRI 30 - REFLEKSI PESERTA

PROGRAM JALINAN MASYARAKAT '17 ENTRI #30 24 APRIL 2017 REFLEKSI PESERTA Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. COMIC'17 sudah p...