AIMAN NABILAH BT MOHD AZMI
Assalamualaikum dan salam sejahtera..di kesempatan ini saya ingin menceritakan sedikit pengalaman dan nilai yang saya peroleh sepanjang menjalankan program Jalinan masyarakat atau nama lain Camp of Contemporary Muslim 2017.
Sebelum program berlangsung, saya dapat mempelajari nilai kerjasama dalam berpasukan. Segala tugasan biro multimedia kami bahagi dengan adil dan saksama. Alhamdulillah tugasan dapat disiapkan tepat pada waktunya walaupun pelbagai cabaran yang datang.
Semasa program berlangsung, saya dapat mempelajari nilai keberanian ketika berhadapan di khalayak ramai. Pelbagai perkara perlu dibuat dengan berani dan yakinnya seperti bercakap di khalayak ramai dan menari lagu tema. Sebagai seorang perempuan mesti terdetik rasa malu dalam diri. Namun, saya semakin sedar bahawa kita seharusnya bersikap komited, berani dan profesional untuk melakukan semua perkara tersebut. Bak kata senior SGPI thn 2, 'terbuka jangan hanyut tertutup jangan jumud'.
Setelah selesai program, saya fikir sudah selesai segalanya. Akan tetapi bertambah pula kerja yang perlu disiapkan iaitu laporan. Sungguh terbeban ditambah dengan kerja kursus pensyarah. Jadi, saya mempelajari nilai kebijaksaan dalam mengurus masa. Saya menggunakan semaksimum mungkin masa untuk belajar, siapkan kerja kursus pensyarah dan laporan Jalinan Masyarakat. 'Masa itu seperti pedang, jika kita tidak memotongnya maka masa akan memotong kita'.
Akhir kalam, segala yang berlaku dalam hidup kita ada hikmah tersendiri. Belajarlah daripada kesilapan yang lalu untuk memperbaiki diri.

Majulah COMIC untuk ASIS..
SYAHIRAH
#REFLEKSI JM
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi akhirnya dapat juga kami menjayakan program COMIC 2017.
Sesungguhnya banyak yang telah saya pelajari dalam jangka masa sebelum, semasa dan selepas program. Program ini agak mencabar bagi saya selaku biro pengisian kerana ia dijalankan dalam tempoh masa tiga hari dua malam.
Kami diamanahkan menyusun tentatif dengan pengisian yang kreatif dan menarik disusuli dengan pengajaran yang mengangkat amalgamasi nilai islam dengan sains demi memastikan keberkesanan program supaya selari dengan namanya iaitu Camp of Contemporary Muslim. Saya bersyukur dikurniakan rakan sebiro yang sangat tinggi nilai kerjasama dan bersemangat serta berpengalaman. Gerak kerja pengisian berjalan lancar dengan adanya rakan seperjuangan yang hebat ini. Alhamdulillah.
Semasa program berlangsung di SMKA KUSIS, aspek masa menjadi suatu cabaran yang dominan. Kami juga perlu menampilkan contoh tauladan yang baik kepada peserta secara praktikal. Selain itu, komunikasi antara biro juga menjadi akar umbi kelancaran program. Setiap fasilitator perlu cakna akan setiap perjalanan program dan sensitif akan tugas masing- masing pada setiap sudut gerak kerja.
Sebaik sahaja comic 2017 melabuh tirainya, saya rasa bersyukur dan berpuas hati dengan keseluruhan program kerana boleh dikatakan sebahagian objektif kami tercapai. Saya dapat lihat secara mata kasar ukhuwah yang terjalin antara peserta dan fasi terutamanya pada akhir program sewaktu slot salam semut. Hubungan antara fasi juga semakin rapat kerana kami banyak menempuh kekangan, mencari solusi sesuatu tribulasi dan mengecapi kegembiraan bersama- sama bagi menjayakan program ini. Harapan saya, moga ukhuwah yang terjalin ini tidak terhenti setakat ini sahaja malah terus berpanjangan dan teguh sehingga mampu mendukung islam ke puncak bersama- sama berwadahkan ilmu sains insya-Allah. Sekian. Moga dilimpahi keberkatan. Amin.
BALQIS NORDDIN
REFLEKSI SAYA.
¡. Fasa Perancangan
- Menurut saya , sepanjang fasa perancangan , unit dana dan tajaan tidak mengalami sebarang masalah kerana ajk2 unit dana dan tajaan memberikan kerjasama yang sangat baik dalam semua hal seperti jualan , tajaan syarikat dan houskeeping. Sebab itu , kami telah berjaya mengumpulkan dana yang lebih dari cukup sebelum bermulanya program jalinan masyarakat ini.

¡¡. Fasa Semasa
- Semasa berjalannya program jalinan masyarakat ini, semua ajk unit dana dan tajaan ditugaskan untuk menjadi fasilitator kepada pelajar2 SMKA Kuala Selangor yang merupakan tugas kesukaan saya. Ini kerana saya sangat gemar berkomunikasi dengan orang2 baru and I'm very good at it. Oleh itu , I was having a great time sepanjang fasa semasa.

¡¡¡. Fasa Selepas
- Setelah selesai program jalinan masyarakat , saya banyak menghabiskan masa menyusun resit2 pengangkutan yang digunakan oleh kami semua APIDS kohort 13 untuk apa2 urusan seperti housekeeping. Ia memakan masa yang lama untuk saya susun balik semua resit itu and honestly, I'm not done yet.

REFLEKSI JALINAN MASYARAKATMUHAMMAD KHALID BIN HAMIMIIS160013KUMPULAN 5
بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, dengan limpah,rahmat dan taufqNya, saya dan sahabat - sahabat ASIS yang lain telah berjaya menjayakan sebuah program yang dinamakan Camp Of Contemporary Islam di SMKA Kuala Selangor atau lebih dikenali sebagai Kussis.Program ini disertai hampir 50 orang dengan dibantu seramai 29 fasilitator.
Banyak pengalaman diperoleh melalui program ini. Saya bahagikan pengalaman kepada tiga fasa iaitu sebelum, semasa dan selepas program. Fasa sebelum program, saya sebagai ahli unit pengisian bagi program ini perlu merancang, merencana dan memastikan perjalanan program ini seajajar dengan objektif yang telah ditetapkan. Beberapa siri pertemuan antara ahli divisi pengisian telah dilaksanakan bagi membincangkan tentatif, lagu tema, tarian kreatif dan lain - lain lagi bagi memastikan program ini berjalan dengan tersusun.
Seterusnya, fasa semasa program, saya dan teman seperjuangan bertolak ke SMKA Kuala Selangor dengan menaiki sebuah bas yang boleh menampung seramai 40 orang. Alhamdulillah, kami selamat tiba di tempat yang dituju dan anggaran perjalanan kami mengambil masa selama sejam lebih. Di sana, saya dan ahli divisi pengisian menyusun barang - barang yang diperlukan sepanjang program dengan berpandukan pada perancangan yang telah dibuat sebelum ini. Kerjasama dan sikap hormat - menghormati antara satu sama lain sangat diperlukan dalam menjayakan program yang melibatkan penglibatan orang luar khusunya pelajar sekolah, Hampir semua aktiviti yang dirancang berjalan dengan lancar. Para guru dan pelajar SMKA Kuala Selangor sangat “sporting” dan memberi kerjasama yang baik setiap aktiviti yang dilakukan.
Seterusnya, melalui program ini, saya dapat mengetahui bahawa adik - adik di SMKA Kuala Selangor sebenarnya belum bersedia dan kurang mengambil tahu berkaitan perkara selepas alam persekolahan. Kebanyakan mereka hanya fokus pada apa yang ada di sekolah sahaja dan perkara ini amat tidak baik bagi mereka yang akan ke alam universiti tidak lama lagi. Penerangan berkaitan alam universiti dan ilmu sains sedikit sebanyak membantu adik - adik dari sudut kefahaman, realiti sebenar di universiti dan perkara - perkara yang bakal dihadapi oleh mereka selepas alam persekolahan. Saya menganggap program ini berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan.Alhamdulillah.
Akhir kalam, saya menutup dengan serangkap pantun ;
Terbang selisih siburung kedidi,
Terbang berduyun di waktu pagi,
Terima kasih daun keladi,
Di lain hari berjumpa lagi.
Terbang berduyun di waktu pagi,
Terima kasih daun keladi,
Di lain hari berjumpa lagi.
_________________
Zahirah binti Za'abar
Divisi Multimedia dan Publisiti
Camp of Contemporary Muslim (COMIC) '17.
No comments:
Post a Comment