Alhamdulillah. Kami panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Alah SWT. Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad SAW dan keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian.
Perjalanan ke SMKA Kuala Selangor
Hari yang dinantikan telah pun tiba. Hari ini merupakan hari pertama bagi program yang telah dirancang sejak sekian lama, program Camp of Contemporary Muslim 2017 atau singkatannya COMIC'17. Sekiranya pembaca mengikuti perkembangan blog kami, pembaca mungkin sudah maklum dengan program ini di mana program ini akan dijalankan selama 3 hari 2 malam di SMKA Kuala Selangor.
|
Suasana dalam bas ketika di awal perjalanan |
Kami bertolak dari Universiti Malaya ke SMKA Kuala Selangor dengan menaiki bas yang telah disewa khas pada pukul 9.00 pagi. Perjalanan tersebut mengambil masa lebih kurang 2 jam. Sesampainya kami di sekolah tersebut, kami disambut oleh pihak sekolah. Mereka menunjukkan kami ke tempat penginapan kami sepanjang program ini berlangsung. Kami membawa bagasi kami ke tempat penginapan sebelum pergi ke dewan makan sekolah tersebut untuk minum pagi. Di sini kami sempat berjumpa dengan Ustaz Alias yang merupakan wakil tenaga pengajar sekolah tersebut. Kami juga berkesempatan mengambil beberapa nasihat berguna daripada Ustaz Alias.
Selepas minum pagi, kami terus bergerak ke dewan sekolah tersebut untuk melakukan persiapan sebelum program ini bermula. Setiap divisi sibuk dengan peranan masing-masing. Kerja-kerja mengemas dewan berjaya disiapkan sebelum bermulanya program ini.
Pembukaan COMIC'17
Pada pukul 2.30 petang, peserta-peserta telah mula mendaftar. Peserta-peserta ini terdiri daripada pelajar tingkatan 4 Hidayah dan Iman SMKA Kuala Selangor.Kami mendapati bilangan peserta lelaki yang mendaftar amat sedikit. Setelah bertanyakan perkara ini kepada peserta, mereka memaklumkan kepada kami bahawa sebahagian mereka ada yang telah keluar
outing dan ada juga sebahagian yang lain pula demam. Oleh sebab itu, kami mengambil keputusan untuk terus memulakan program ini secara rasmi pada pukul 3 petang, setengah jam lebih awal daripada perancangan bagi melancarkan perjalanan program.
|
Petugas di kaunter pendaftaran sedang menunggu peserta |
|
Kaunter pendaftaran |
|
Kehadiran peserta lelaki yang sedikit menjadi persoalan |
|
Ucapan pembukaa oleh saudara Syakir |
Program ini dimulakan dengan ucapan oleh pengarah program, saudara Ahmad Syakir bin Manlani.
Pada waktu ini, saudara Syakir memberikan kata-kata aluan dan seterusnya memberikan sedikit taklimat kepada para peserta mengenai program yang akan dijalankan sepanjang 3 hari 2 malam ini.
Slot 1 (Ada Ka Tak?)
Seterusnya, program diteruskan dengan slot pertama iaitu slot Ada Ka Tak? yang dikendalikan oleh saudara Zul Arif. Slot ini merupakan satu slot taaruf, iaitu slot berkenalan dengan para peserta. Kami sebagai fasilitator program juga terlibat dalam slot ini secara langsung. Mengapakah slot ini dinamakan slot 'Ada Ka Tak?'. Hal ini demikian kerana, dalam slot ini, secara umumnya, kami dikehendaki bertanya kepada para peserta, adakah mereka mempunyai perkara sekian sekian ini?. Begitu juga dengan para peserta. Walaubagaimanapun, sebelum kami bertanyakan perkara tersebut, kami dikehendaki untuk memberikan sedikit biodata ringkas tentang diri kami. Begitu juga bagi peserta. Melalui slot ini, kami dapat mengenali para peserta dengan lebih dekat.
|
Borang Ada Ka Tak? |
|
Pengarah pun turut serta |
|
Seorang peserta bertanyakan soalan |
|
Fasilitator juga melibatkan diri dalam slot ini |
|
Fasilitator dan peserta berkomunikasi secara sejahtera |
|
Masing-masing memikirkan soalan yang akan ditanyakan |
|
Seorang peserta diminta memberikan sedikit maklumat berkaitan saudara Afnan |
|
Peserta muslimat juga tidak terkecuali |
|
Saudara Zul Arif menyemak borang seorang peserta |
Disebabkan slot ini bermula lebih awal daripada perancangan, slot ini juga tamat lebih awal. Para peserta diarahkan bersurai untuk berehat, minum petang dan solat Asar.
Slot 2 (War Game)
Kedengaran agak ganas. Walaubagaimanapun, slot ini tidaklah seganas namanya. Pada pukul 5 petang, para peserta berkumpul untuk mendengar taklimat slot yang disampaikan oleh saudara Khalid yang merupakan orang yang bertanggungjawab menguruskan slot ini. Permainan ini agak mudah di mana para peserta dan fasilitator dibahagikan kepada 4 kumpulan, mewakili 4 dinasti. Permainan ini mengkehendaki pemainnya mencabut kertas yang dilekatkan di belakang ketua kumpulan, yang mana kertas ini mewakili dinasti setiap kumpulan. Apabila lucutnya kertas tersebut, maka runtuhlah dinasti pembawanya. Setiap ketua kumpulan dilindungi oleh askar-askar (pemain). Askar-askar bagi setiap kumpulan dikehendaki memecahkan belon yang telah diikat pada kedua-dua kaki pemain dari dinasti lawan untuk 'membunuh' mereka. Askar-askar ini juga pada waktu yang sama, perlu melindungi ketua mereka. Permainan ini dilakukan untuk menguji tahap keberkesanan strategi setiap kumpulan dalam mengatur langkah demi mencapai tujuan yang telah ditetapkan. Di samping itu, para fasilitator dapat membina hubungan dengan para peserta program ini, selain dapat menghancurkan batasan perbezaan umur antara mereka. Hal ini bertepatan dengan 'Misi 4B' program ini iaitu, "Building Bonds, Breaking Boundaries".
Gambar-gambar sekitar aktiviti ini dijalankan:
|
Saudara Khalid memberikan taklimat tentang aktiviti yang akan dijalankan |
|
Ketua kumpulan Dinasti Fatimah memegang kertasnya |
|
Seorang fasilitator mempersiapkan belon-belon |
|
Fasilitator juga membantu mengikatkan belon pada kaki peserta |
|
Semua sudah bersedia |
|
Peserta muslimat membincangkan statergi mereka |
|
Saudara Khalid memberikan arahan selanjutnya |
|
Peserta lelaki di luar dewan sekolah sudah bersedia dengan strategi masing-masing |
|
Suasana ketika war game berlangsung |
|
Peserta membetulkan kedudukan belon supaya tidak terlucut dari kakinya |
|
Selepas tamat permainan, semua peserta merehatkan diri di dalam dewan |
"Slot ini juga merupakan satu riadah santai yang sangat menyeronokkan", kata salah seorang fasilitator. Setelah tamat slot ini, peserta diminta bersurai untuk mandi (semburan ester), makan malam dan solat Maghrib.
Tazkirah Maghrib
Bertepatan dengan namanya, slot ini merupakan satu slot santai yang dikendalikan oleh saudara Ruzaini di mana para peserta diminta untuk menyampaikan tazkirah berdasarkan perkataan yang diperoleh oleh mereka. Perkataan-perkataan ini diagihkan dengan cara mengedarkan satu kotak yang mengandungi perkataan tersebut semasa lagu dipasangkan kepada setiap peserta. Apabila lagu dihentikan, peserta yang memegang kotak tersebut diminta untuk mengambil satu perkataan kemudian menyampaikan tazkirah berdasarkan perkataan tersebut. Kelihatan agak mudah bukan? Tidak sama sekali. Saudara Ruzaini tidak menjadikan slot ini mudah bagi para peserta kerana beliau meletakkan perkataan-perkataan yang secara zahirnya, tidak berkaitan secara terus dengan agama Islam. Perkataan seperti, WiFi dan larynx, merupakan antara contoh perkataan yang diletakkan di dalam kotak. Walaubagaimanapun, para peserta tidak menghadapi banyak masalah untuk mengambil pengajaran dan ibrah daripada perkataan tersebut lalu berkongsi pandangan dan pendapat mereka kepada peserta lain. Setelah itu, lagu kembali dimainkan dan kotak tersebut pula kembali diagihkan.
|
Saudara Ruzaini sebagai pengendali slot ini |
|
Peserta berada dalam bulatan gembira |
|
Seorang peserta mengagihkan 'kotak beracun' |
|
Semua peserta khusyuk mendengar tazkirah daripada sahabat mereka |
|
Seorang peserta memberikan tazkirah berdasarkan perkataan yang diperoleh |
Slot ini bertujuan untuk melihat dan mengasah kebolehan peserta mengkaitkan perkara-perkara yang berkaitan dengan sains dengan Islam. Diharapkan, para peserta dapat mengaplikasikan konsep yang sama dalam kehidupan seharian mereka supaya mereka dapat sentiasa mengingati Allah walau apa pun yang mereka lakukan.
Slot 3 (State Your Statement)
Selepas selesai solat Isyak, para peserta bekumpul kembali di dewan sekolah untuk slot seterusnya iaitu slot 'State Your Statement'. Permainan berasaskan debat terbuka ini dilakukan dengan tujuan untuk mengasah daya berfikir para peserta. Para peserta sekali lagi dibahagikan mengikut kumpulan. Setiap kumpulan diberikan peluang untuk memilih barangan yang akan diambil mereka sekiranya mereka terselamat daripada kapal yang karam. Barangan ini terdiri daripada kuali, botol air yang penuh dengan air, khemah, tin sardin, dan beras. Setiap kumpulan perlu memberikan justifikasi yang kukuh mengapa mereka memilih barang tersebut. Slot ini dikendalikan dengan jayanya oleh saudara Adam.
|
Saudara Adam (berbaju merah terang) sedang mengendalikan slot ini |
|
Seorang peserta memberikan hujah mereka |
|
Sambil mendengar hujah pihak lawan, peserta juga perlu berfikir bagaimana untuk mematahkan hujah tersebut |
|
Seorang peserta membantah hujah pihak lawan dan disokong oleh seoarang fasilitator |
Tujuan sampingan slot ini dilaksanakan, adalah untuk membentuk sahsiah dan peribadi mulia serta membina hubungan baik sesama peserta melalui perdebatan yang bersih dan beradab. Setelah berakhirnya slot ini, para peserta dan fasilitator pergi ke dewan makan sekolah untuk makan tengah malam.
Penutupan COMIC'17 Untuk Hari Pertama
Maka berakhirlah hari pertama untuk program COMIC'17. Dengan itu, berakhir jugalah entri buat hari ini. Semoga pembaca mendapat manfaat daripada penulisan ini.
Akhirul kalam, saya doakan yang terbaik buat semua. Nantikan entri yang seterusnya untuk hari kedua COMIC'17.
____
Hazim bin Razak
Divisi Multimedia dan Publisiti
Camp of Contemporary Muslim (COMIC) '17
Nice, :-)
ReplyDeleteTahniah :)
ReplyDelete