PROGRAM JALINAN MASYARAKAT 2017
ENTRI #3 24 FEBRUARI 2017 JUMAAT
MEETING JM 1.0
Alhamdulillah akhirnya Meeting JM 1.0 dapat dilaksanakan pada tarikh 24 Februari. Meeting ini kami jalankan di BS 11 yang bertempat di Blok A, APIUM.
|
Tempat kami berkumpul |
Pada Meeting yang pertama kali ini, setiap biro diarahkan untuk mengemukakan rancangan dan plan yang ingin dilaksanakan nanti. Dan setiap biro juga wajib meng'update' progres kerja mereka samada masih di tahap permulaan ataupun di tahap selesa. hehe. Bagi biro yang tidak melakukan kerja, saat inilah yang paling ditakuti tetapi alhamdulillah kami semua boleh membentang dengan baik semua skop kerja kami.
|
Pengarah, Ahmad Syakir membuka majlis dengan Al-Fatihah |
Pengarah kita mengucapkan terima kasih kepada semua walaupun mempunyai kekangan waktu kerana jadual kelas yang padat tapi masih mampu menghadirkan diri ke meeting ini. Syabas kalian !
|
Pembentangan tentatif dan aktiviti oleh Biro Pengisian, Zul Ariff |
Tentatif yang dibentangkan amatlah terperinci, syabas buat biro pengisian kerana berjaya buat kerja sepantas kilat malah berkualiti tinggi. Zul Ariff menerangkan setiap perancangan aktviti yang akan dilakukan di sekolah nanti serta 'person in charge'(pic) yang bertanggungjawab untuk setiap slot.
|
Kawan yang baik adalah pendengar yang setia :) |
|
Pembentangan oleh biro Pengangkutan, Anas Nor |
Saudara Anas yang berkaliber telah membentangkan tentang pengangkutan yang akan kita gunakan untuk pergi ke sekolah, katanya kami semua akan menaiki bas tetapi bas itu masih dalam rundingan harga dan sebagainya. Good job saudara Anas kerana dapat mencari bas secepat ini.
|
Senyum itu satu kemestian walaupun dalam meeting :D |
|
Kami hanya 29 orang sahaja :D |
Dan biro lain juga membentangkan kerja yang telah mereka lakukan dengan jayanya. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.
|
Perjumpaan Biro Dana dan Tajaan sebelum Meeting JM 1.0 |
____
Zahirah binti Za'abar
Divisi Multimedia dan Publisiti
Camp of Contemporary Muslim (COMIC) '17
No comments:
Post a Comment