Wednesday, 15 March 2017

ENTRI 5 - MEETING BERSAMA PENYELARAS

PROGRAM JALINAN MASYARAKAT '17
ENTRI #5
10 MAC 2017
MEETING BERSAMA PENYELARAS

Selamat petang rakan-rakan, jadi pada sharing kali ini saya akan kongsikan apa yang kami bincangkan sewaktu perjumpaan bersama penyelaras Program Sains Gunaan dengan Pengajian Islam, iaitu Dr Madiha binti Baharuddin.

Walaupun perjumpaan ini dilakukan sedikit terlewat berbeza dengan sebelum ini tetapi alhamdulillah kami masih mampu untuk 'catch up' dengan apa yang Dr. ingin sampaikan. Jadi pada awalnya Dr. tekankan tentang jumlah jam kredit yang perlu kami cukupkan. Atau secara khususnya pembahagian jam kredit untuk setiap kerja.

Taklimat oleh Dr. Madiha
Setelah itu, Dr. Madiha mengarahkan pengarah program untuk membentangkan gerak kerja yang dah dijalankan dan apakah plan yang kami ingin buat.

Maka, Syakir pun bangun dengan yakin dan bentangkan apa yang kami dah lakukan dari segi :
1. Plan Aktiviti : Kem di SMKA Kuala Selangor 
2. Dana & Tajaan : Membuat jualan harian dan mingguan dan minggu lepas juga ada edarkan flyers untuk 'housekeeping services'. 
3. Pengangkutan : Menggunakan bas 
4. Multimedia : Membuat dan meng'update' blog berkaitan dengan JM.

Pengarah, Syakir Manlani. 
Dr mengatakan bahawa kalau boleh kami kena cari dana atleast 4k! wahh! Banyak kan bila dengar. Tapi kami merasakan itu satu cabaran dan challenge daripada Dr. yang membuatkan kami semakin bersemangat ingin mengumpul dana. Ganbatte!!

Selain itu, Dr. juga mencadangkan supaya bilangan setiausaha ditambah kerana kerja setiausaha sangatlah banyak, menyediakan bermacam jenis laporan, membuat pelbagai surat demi menjayakan JM ini. 

Jadi Kami mengambil inisiatif untuk melantik seorang setiausaha kecil daripada setiap divisi, yang mana setiausaha kecil ini bertanggungjawab untuk menulis laporan bagi divisi-divisi mereka. 

Biro Pengisian dan Aktiviti ; Siti Fatimah 
Biro Multimedia dan Publistiti : Aiman Nabilah 
Biro Pengangkutan : Nur Atikah 
Biro Makanan : Zahidah Zahatullah 

Maka, setakat ini sahaja entri yang dapat saya kongsikan pada kali ini. Stay tuned dengan blog kami :). 

___

Zahirah binti Za'abar 
Divisi Multimedia dan Publisiti 
Camp of  Contemporary Muslim (COMIC) '17


No comments:

Post a Comment

ENTRI 30 - REFLEKSI PESERTA

PROGRAM JALINAN MASYARAKAT '17 ENTRI #30 24 APRIL 2017 REFLEKSI PESERTA Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. COMIC'17 sudah p...