Sunday, 19 March 2017

ENTRI 7 - MEETING 3.0

PROGRAM JALINAN MASYARAKAT '17
ENTRI #7
17 Mac 2017
Meeting 3.0

Assalamualaikum dan selamat petang semua, alhamdulillah perjumpaan  kami kali ke-3 yang bertempat di BS 3 telah tiba.
 
Pada perjumpaan kali ini seperti biasa , setiap biro diarahkan untuk mengemukakan rancangan yang ingin dilaksanakan nanti dan mengemaskini skop kerja mereka. Perjumpaan dimulakan dengan ucapan oleh pengarah kita yang mantap ni. Info terbaru yang  kami peroleh daripada pihak sekolah SMKA Kuala Selangor ialah perubahan tarikh program daripada 14,15 &16 April 2017 kepada 28,29 &30 April 2017.

Banyak halangan dan cabaran untuk berurusan dengan pihak sekolah tersebut atas faktor-faktor tertentu. Apapon kami berasa sedikit lega kerana tidak perlu cari sekolah lain. Terima kasih kepada bekas alumni SMKA Kuala Selangor, saudari Areefa kita  yang turut membantu dan berurusan dengan pihak sana untuk mendapatkan pengesahan tarikh.



Biro tajaan saudari Nazira memberi taklimat berkenaan dengan perjalanan 'houskeeping' esok kepada kami. Dan amat menyedihkan ialah berlaku rombakan ahli kumpulan. Maka berpisahlah antara kami. Hehe padahal okay je kalau lain-lain ahli pon asalkan duit masuk bak kata pengarah misi 2K. Memang mantap.


Kita beralih pula kepada pembentangan biro pengisian, disini berlaku perubahan tentatif program dimana terdapat beberapa slot program berkemungkinan akan diubah.



Dan biro-biro lain membentangkan skop kerja dengan jayanya alhamdulillah. Sekian sahaja untuk petang ini. Assalamualaikum. :)


__________

Aiman Nabilah Binti Mohd Azmi
Divisi Multimedia dan Publisiti
Camp of  Contemporary Muslim (COMIC) '17















No comments:

Post a Comment

ENTRI 30 - REFLEKSI PESERTA

PROGRAM JALINAN MASYARAKAT '17 ENTRI #30 24 APRIL 2017 REFLEKSI PESERTA Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. COMIC'17 sudah p...