ENTRI #1
12 FEBRUARI 2017 ISNIN
Kredit foto : samhisamuddin |
Hari ini adalah hari keramat buat semua pelajar Universiti Malaya kerana hari ini pelajar akan mendaftar masuk bagi memulakan semester yang kedua. Begitu juga dengan kami, pelajar Sains Gunaan dengan Pengajian Islam yang mendaftar masuk ke kolej masing-masing. Kami mendaftar dengan azam bahawa semester kali ini akan jadi lebih baik daripada semester sebelum ini.
17 FEBRUARI 2017 JUMAAT - Taklimat oleh CITra
Seminggu awal kuliah adalah tempoh 'add and drop' subjek. Pada sesi ini, kami mendaftar untuk mengambil kursus GIG1005 Jalinan Masyarakat. Pada hari jumaat pihak Centre for the Initiation of Talent and Industrial Training (CITra) Universiti Malaya turun padang untuk memberikan taklimat dan penerangan tentang kursus Jalinan Masyarakat (JM) dengan lebih jelas dan lebih terperinci tentang kursus ini.
Pastinya anda tertanya-tanya apakah itu kursus JM?
1. Kursus ini tidak mempunyai kelas mahupun kuliah, ini yang paling best.
2. Kursus ini mempunyai 2 jam kredit dan kita hendaklah mencukupkan 80 jam bersama kursus ini dengan membuat semua tugasan di bawah :
- Taklimat bersama penyelaras, penyelaras kami adalah Dr. Madiha binti Baharuddin.
- Perjumpaan bersama pengarah program dan biro-biro terlibat. So macam mana pun kita kena bentuk organisasi dulu. Kami dah bentukkan satu organisasi yang mantap. Next entri saya akan share organisasi kami dan skop kerja yang perludilakukan oleh setiap biro.
- Pelaksanaan aktiviti, yang ini samada kita mahu buat program 3 hari 2 malam atau 2 hari 1 malam untuk program bermalam, ataupun kita mahu buat 5 kali lawatan untuk program harian. Tapi kedua-dua cara ini hendaklah memenuhi 40 jam.
- Penyediaan laporan, penyediaan ini perlu dilakukan dalam bentuk blog seperti ini, selain itu kita kena submit laporan yang lengkap dalam bentuk hardcopy juga.
Sekian sahaja untuk entri #1 ini. Nantikan Entri #2 dari kami.
___
Zahirah binti Za'abar
Divisi Multimedia dan Publisiti.
Camp of Contemporary Muslim (COMIC) '17
No comments:
Post a Comment