ENTRI #10
25 MAC 2017
HOUSEKEEPING - DANA DAN TAJAAN
LAPORAN JALAN DATO SULAIMAN
Ahli team Jalan Dato Sulaiman :
Adam Hidayatullah, Zaaidulfaiz, Nur Balqis, Nur Adiela, Nor Atikah, Umairah
Bermula 8:00am-9:30am, perjalanan kami bermula dari UM menuju ke TTDI merentasi pelbagai stesen , transit dan pengangkutan awam.
Target kami pada hari ini hanya satu rumah , iaitu rumah En Arif di mana En Arif telah menghubungi Saudari Balqis untuk mendapatkan khidmat housekeeping dari kami dan meminta kami untuk datang pada jam 11:30 pagi.
Kami singgah di perumahan Athinahapan untuk sarapan terlebih dahulu di Restoran Jasima sebelum memulakan tugas kami. Kami juga banyak berjalan dalam proses mencari bangunan Maskiara Residence sehingga memakan masa lebih dari 30minit. Kami tiba di Maskiara Residence pada jam 10:45 pagi dan menunggu terlebih dahulu di hadapan Maskiara Residence kerana kami telah maklum yang En Arif ada urusan lain di luar pada pagi ini.
Berjalan kaki berjemaah menuju ke Maskiara Residence |
Menunggu ketibaan MRT |
Selamat sampai |
Tepat jam 11:30 pagi , alhamdulillah akhirnya kami dapat berjumpa dengan En Arif dan bersiap sedia untuk melaksanakan tugas yang diberikan kepada kami. Antara kerja yang kami lakukan adalah kemaskan ruangan dapur, rak buku, almari baju, mengemop lantai, menggosok baju dan lain-lain lagi.
Bersama tuan rumah |
Kami telah berjaya menyelesaikan tugasan kami pada jam 5 petang. Kami pulang ke UM dengan menaiki kereta Uber dalam keadaan penat dan puas kerana berjaya menyediakan khidmat housekeeping terbaik semampu kami kepada En Arif. Sekian.
Laporan disediakan oleh saudari Balqis.
___
Zahirah binti Za'abar
Divisi Multimedia dan Publisiti
Camp of Contemporary Muslims (COMIC) '17
Laporan disediakan oleh saudari Balqis.
___
Zahirah binti Za'abar
Divisi Multimedia dan Publisiti
Camp of Contemporary Muslims (COMIC) '17
No comments:
Post a Comment