Friday, 14 April 2017

ENTRI 15 - REHEARSAL 1.0


PROGRAM JALINAN MASYARAKAT '17
ENTRI #15
13 APRIL 2017
REHEARSAL PERTAMA


"Detik waktu terus berjalan"~OPICK..haha..

Berbaki 8hari sahaja lagi JM akan berlangsung..debaran makin terasa oleh semua unit terutama  Unit pengisian.Macam-macam benda tidak buat lagi, tidak hafal lagu tema, step nak menari, game explorace lagi. Jadi,mereka mengambil keputusan mengadakan rehearsal JM sebanyak 3 kali untuk memantapkan prestasi kami pabila menjelangnya JM.
       
        13 April 2017, rehearsal pertama berlangsung pada jam 8.00 p.m yang bertempat di depan DTC(Parkir kereta).Malam tu terasa dingin,angin bertiup sepoi bahasa menampar pipi-pipi kami dan dapat merasakan hujan akan turun tidak lama lagi .Namun,kami tetap teruskan rehearsal di depan DTC.Sementara menunggu ketibaan kawan-kawan lain,unit pengisian(Syahirah dan Zahidah) dan dibantu oleh timbalan pengarah gigih menunjukkan step menari lagu tema kepada kami.

          Setelah ramai datang ke situ,Zul bersemangat untuk mengetuai latihan.Tiba-tiba,kami terasa titisan air sedang turun dari langit."Hujan yang turun bagaikan mutiara"- SUDIRMAN..haha
Adam dah tadah tangan  rasa hujan
          Apa lagi,kami pon bergegas berpindah tempat ke bawah parkir bangunan Canselori.

sempat lagi ni kalau nak bergambar  
          Slot pertama ialah belajar menari lagu tema iaitu  Scars oleh Monalisa.

Zul dan unit  pengisian lain gigih dan sabar mengajar kepada kami .

Step tu xdela susah sangat tapi kami masih pening-pening nak ikut.
tuan pengarah pun pening jugak nak ikut..bersabarlah
Alhamdulillah semua dapat ikut dah


Slot seterusnya 'Virtual games'.Kami dibahagikan kepada 4 kumpulan.


Setiap kumpulan dikehendaki berselfie  dengan wajah emosi yang berbeza.
Fakhru buat muka apa tu

Sama je muka hazim dengan atikah...mesti kena reject dengan zul nanti

Slot terakhir untuk malam ni ialah 'Werewolf'..Slot paling lama malam tu dan mengantuk.


Sound effect turut main peranan dalam permainan ni

Werewolf detected

Rehearsal hari ini berakhir pada jam 11.10 malam. Sekian sahaja entri kali ini. Nantikan update daripada kami selepas ini.


______

Aiman Nabilah binti Mohd Azmi
Divisi Multimedia dan Publisiti 
Camp of Contemporary Muslim (COMIC) '17



Wednesday, 12 April 2017

ENTRI 14 - MEETING 4.0


PROGRAM JALINAN MASYARAKAT '17
ENTRI #14
10 APRIL 2017
MEETING 4.0
Sedang elok bersantai menikmati ketenangan suasana petang berada di rumah ketika cuti pertengahan semester ini, tiba-tiba berbunyi 'water droplets'.
Telefon berbunyi menandakan mesej Whatsapp masuk. Lalu apabila dibaca, masha Allah jantung berdegup kencang apabila mesej tersebut dihantar oleh pengarah program dan bertulis begini:
perkataan tergempar itu amatlah tidak menyenangkan hati dan berdebar apabila memikirkannya. 
Maka hari-hari seterusnya berlalu dengan cepat kerana terlalu tertanya-tanya mengapa diadakan meeting tergempar. Apabila tiba harinya iaitu hari isnin, maka terungkailah segala persoalan yang bermain di benak fikiran. Rupa-rupanya tarikh JM kami bertukar lagi. Kenapa? haha 
Hal ini kerana ada sedikit perubahan pada jadual balik kampung bagi pelajar sekolah tersebut. Oleh kerana kami tidak ingin menggangu cuti sekolah pelajar-pelajar maka kami tukarkan program kami kepada tarikh baru iaitu :
Tarikh : 22-24 April 2017
Tempat : SMKA Kuala Selangor. 
Selepas pemberitahuan tentang tarikh baru, pengarah menggesa supaya semua unit bergerak lebih agresif lagi. Oh semestinya pengarah, kami pun berdebar lagi seminggu lebih sahaja lagi masa yang ada. 
Unit pengisian 
Unit Makanan JM
nama pun Unit Makanan mestilah kena selalu makan.

Unit Pengangkutan dan Perhubungan Luar

Unit Multimedia yang sangat progresif. 

Stress nak pilih design baju

Buat laa macam mana pun baju tu. 

Unit tajaan yang sangat happy kerana berjaya mencapai target dana JM. Bravo! Proud dengan korang!


Meeting hari ini berakhir pada jam 7 malam seperti biasa. Sekian sahaja entri kali ini. Nantikan update daripada kami selepas ini.


______

Zahirah binti Za'abar 
Divisi Multimedia dan Publisiti 
Camp of Contemporary Muslim (COMIC) '17



Monday, 10 April 2017

ENTRI 13 - HOUSEKEEPING RUMAH DATIN NORMAH

PROGRAM JALINAN MASYARAKAT '17
ENTRI #13
9 APRIL 2017
HOUSEKEEPING - DANA DAN TAJAAN

LAPORAN JALAN PERUMAHAN ATHINAHAPAN 9 APRIL

AHLI TEAM JALAN PERUMAHAN ATHINAHAPAN 

-MUHAMMAD ANAS, MUHAMMAD SHAFIQ, MUHAMMAD ZAAIDULFAIZ, NAZIRATUL KHAIRIAH, NORR AREEFA AMEERA, NOR ADIELA, NUR BALQIS


8.30 a.m. - 10.00 a.m.

Kami memulakan perjalanan dengan menaiki bas MRT dari kolej kediaman masing-masing ke MRT Phileo Damansara dan berkumpul di sana jam 9.00 pagi. Seterusnya kami menaiki MRT ke TTDI dan menaiki bas ke Jalan Perumahan Athinahapan.

Muka masing-masing tak sabar.. Guys.. please kawal hormon dan ke'belia'an masing-masing ye..

Destinasi pada hari ini ialah rumah Datin Normah di mana Datin Normah telah menghubungi saudari Balqis untuk mendapatkan perkhidmatan housekeeping daripada kami.

Sambil berehat sambil dengar celoteh Tuan Rumah.. Best ape..

Tak perlu rasanya serius muka itu Zaaidul.. Buruk rupanya.. Buat muka fokus sudahlah..


Antara tugas yang diberikan ialah mengelap rak-rak pinggan, memasang pelapik ke dalam rak, memindahkan barang-barang dari rumah lama ke rumah baru, membasuh dan mengelap pinggan mangkuk ke dalam rak, menyeterika baju dan membalut buku cucu Datin Normah.

High Class nye pinggan mangkuk Datin.. Kau ada??

Banyak nak kena sental ini..

Gosok jangan tak gosok.. gosok sampai berkilat..
"Hah tu hah. Cepatlah ambilkan.."
"


"Mana? Ni ke? boleh sabar tak.."




























Susun elok-elok.. Jangan sampai pecah..




Satu tak cukup Dua tak cukup Tiga tak.. Bila nak cukup ni??
Menggaru kepala kau..













12.00 p.m. - 1.30 p.m.

Datin Normah dan suaminya membawa kami makan di sebuah restoran di kawasan Jalan Sungai Pencahala.

Zaaidul buat muka lagi.
 Anas sudah-sudahlah tu.
Shafiq bab makan-makan pasti tak mahu kalah.
 Selamat menjamu semua.


2.00 p.m. - 4.30 p.m.

Setelah itu, kami pulang ke rumah untuk menyambung tugasan masing- masing. Malang sekali saudari Balqis secara tidak sengaja telah memecahkan satu gelas namun Datin Normah sangat baik hati dan tidak mengenakan apa-apa bayaran sebagai ganti rugi.


Sebelum pulang setelah menyelesaikan semua tugasan, suami Datin Normah berbaik hati menjamu kami dengan pisang goreng dan teh tarik untuk minum petang. Kami juga diberikan makanan ringan untuk dibawa pulang.

Bak kata Zaaidul
"Makanan terbaik!"

Akhowat.. Kami para jejaka nak sikit bahagian kami.. Terima Kasih

Selesai sudah Housekeeping Di Rumah Datin Normah ni..


Walaupun terdapat kekurangan dalam khidmat kami hari ini, namun Datin Normah berbesar hati memberikan RM 300 untuk perkhidmatan housekeeping kami pada hari ini.

5.30 p.m. - 6.30 p.m.

Kami pulang ke Universiti Malaya menggunakan cara yang sama kami guna untuk sampai ke sini.

Recap.. Penat baq hang..

Abe Anah penat.. Ambo tido dulu.. zzzzz..



Laporan disediakan oleh saudara Afnan.


___


Afnan Ahmadi bin Zahuri
Divisi Multimedia dan Publisiti
Camp of Contemporary Muslims (COMIC) '17

Saturday, 8 April 2017

ENTRI 12 - HOUSEKEEPING RUMAH AUNTY RUHAYA

PROGRAM JALINAN MASYARAKAT '17
ENTRI #12
2 APRIL 2017
HOUSEKEEPING - DANA DAN TAJAAN

LAPORAN JALAN PERUMAHAN ATHINAHAPAN 2 APRIL

AHLI TEAM JALAN PERUMAHAN ATHINAHAPAN 

- AHMAD SYAKIR, BADRUL AMIN, MUHAMMAD RUZAINI, AFNAN AHMADI, NAZIRATUL KHAIRIYAH, NUR BALQIS

9.00 a.m. - 10.00 a.m.

Perjalanan bermula dari Universiti Malaya ke TTDI merentasi beberapa stesen dan transit menggunakan pengangkutan awam MRT. Alhamdulillah kami tidak mengahadapi sebarang masalah untuk sampai ke destinasi kerana kami sudah pernah datang ke kawasan perumahan ini.

Menunggu Tren di Stesen MRT Phileo Damansara

Dalam Perjalanan ke TTDI


Rumah yang kami tuju pada hari ini ialah Rumah Auntie Ruhaya, iaitu rumah yang kami (group TTDI)pernah kunjungi dua minggu lepas. Auntie Ruhaya telah berbesar hati untuk membantu kami mencari dana untuk projek JM ini dengan menhubungi saya (Balqis) buat kali kedua untuk mendapatkan khidmat housekeeping daripada kami. Beliau meminta kami untuk datang pada jam 10.00 pagi dan kami sampai tepat pada waktu.

Sesudah sampai di rumah Aunty Ruhaya itu, kami dihidangkan dengan sarapan ringkas terlebih dahulu oleh Auntie Ruhaya dan Uncle Adnan sebelum mula bertugas. Antara tugas yang perlu kami selesaikan adalah mengemas bilik stor bawah, mengelap semua kipas dalam rumah, vacuum dan mengemop lantai satu rumah dan mengemas dapur. Kami bahagikan tugas antara kami dan segera 
memulakan tugas.

Afnan dan Ruzaini vacuum dan mengemaskan bilik di tingkat atas.


Badrul keseorangan menyapu halaman rumah... Kesian dia
Afnan dan Ruzaini vacuum tangga sebelum mengemop lantai..


Badrul lagi sekali keseorangan melipat baju.. Kesian lagi sekali.
Sempat lagi Khairiyah pose sambil menyapu lantai bilik stor bawah..


Bersungguh-sungguh Ruzaini memasang kabinet pasang siap Kak Suraya,


Syakir acah-acah function kemas katil. haha

Afnan pun acah sibuk juga mengemas barang yang dikeluarkan daripada bilik stor.
Inilah barang-barang yang kami tak sempat kemas. kesian Aunty....

Lipat Balqis.. Lipat.. Pat Pat Siku Lipat..
Khairiyah pun sibuk lipat baju juga.. Banyak juga bajunya..

Ruzaini gigh walaupun dia tahu dirinya agak rendah.

12.00 p.m. - 1.30 p.m.

Untuk makan tengah hari, kami dibelanja oleh anak Aunty Ruhaya yang keempat, Abg Alan McD dan KFC kami makan beramai-ramai untuk berehat sekejap sebelum sambung bekerja. Kami juga sempat bertemu dengan anak Auntie Ruhaya yang keenam, Kak Suraya turut serta bersama-sama kami semua untuk makan tengah hari.

Menjamu Selera bersama Keluarga Aunty Ruhaya dan Uncle Adnan


4.00 p.m. - 5.00 p.m.

Kami telah menyelesaikan semua tugas kecuali kami tidak menyusun barang-barang yang dikeluarkan dari bilik stor kerana perlu ditapis oleh Aunty Ruhaya terlebih dahulu. Kami juga diberikan banyak barang yang masih boleh dipakai seperti baju dan alat-alat mandi daripada hotel yang pernah dikunjungi oleh Aunty Ruhaya sekeluarga. Sebelum pulang, kami juga diberi makan Aiskrim Magnum Delima oleh Aunty Ruhaya.

Sesi memilh barang cenderahati daripada hotel Aunty Ruhaya.. hehe..

Kami tak sangka yang kami mampu selongkar barang sebanyak ini..


Aunty Ruhaya akan memberikan RM200 pada perjanjian asal tapi beliau berbesar hati memberikan RM250 kepada kami atas khdmat housekeeping kami pada hari ini walaupun kami tidak dapat meneyelesaikan semua tugas yang diberi. Banyak yang kami belajar dan peroleh dari Aunty Ruhaya dan Uncle Adnan. Semoga Allah memberkati kehidupan mereka sekeluarga.

Siapa bagi siapa itu???

Penat penat pun berbaloi.. Kau rasa??


5.00 p.m. - 6.00 p.m.

Kami pulang ke Universiti Malaya menggunakan cara yang sama macam mana kami pergi. Walaupun penat kami berasa gembira dapat menolong orang lagi..

Laporan disediakan oleh saudara Afnan.


___


Afnan Ahmadi bin Zahuri
Divisi Multimedia dan Publisiti
Camp of Contemporary Muslims (COMIC) '17

Saturday, 1 April 2017

MENCARI DANA DAN SUMBANGAN

PROGRAM JALINAN MASYARAKAT '17
ENTRI #11
1 APRIL 2017
MENCARI DANA DAN SUMBANGAN



MEMOHON DANA & SUMBANGAN PROGRAM JALINAN MASYARAKAT 2017

YBhg Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa, kami pelajar daripada program Pengajian Islam dan Sains/Teknologi Maklumat, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya akan mengadakan program jalinan masyarakat iaitu Camp of Contemporary Muslim 17 bersama pelajar-pelajar sekolah. 

Program ini bertujuan utama dalam memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar sekolah akan hala tuju ke alam universiti.

Oleh itu, bagi menjayakan program ini, kami amat berbesar hati untuk memohon dana & sumbangan seikhlas hati daripada pihak YBhg Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan sama ada dalam bentuk barangan atau wang tunai/cek. 

Berikut merupakan butiran ringkas berkenaan program kami ; 

Tempat : SMKA Kuala Selangor 

Tarikh : 28, 29 & 30 April 2017

Sekiranya berminat, boleh hubungi di talian ðŸ“ž : 

017-7339894 (saudara Syakir)
019-9965250 (saudara Ruzaini)

Untuk keterangan lanjut boleh layari : https://sgpicohort13.blogspot.my 

Segala kerjasama dan sokongan yang diberikan amatlah kami hargai. 

#sedikitMemberiMakna



____

Divisi Multimedia dan Publisiti 
Camp of Contemporary Muslim (COMIC) '17

ENTRI 30 - REFLEKSI PESERTA

PROGRAM JALINAN MASYARAKAT '17 ENTRI #30 24 APRIL 2017 REFLEKSI PESERTA Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. COMIC'17 sudah p...