Monday, 10 April 2017

ENTRI 13 - HOUSEKEEPING RUMAH DATIN NORMAH

PROGRAM JALINAN MASYARAKAT '17
ENTRI #13
9 APRIL 2017
HOUSEKEEPING - DANA DAN TAJAAN

LAPORAN JALAN PERUMAHAN ATHINAHAPAN 9 APRIL

AHLI TEAM JALAN PERUMAHAN ATHINAHAPAN 

-MUHAMMAD ANAS, MUHAMMAD SHAFIQ, MUHAMMAD ZAAIDULFAIZ, NAZIRATUL KHAIRIAH, NORR AREEFA AMEERA, NOR ADIELA, NUR BALQIS


8.30 a.m. - 10.00 a.m.

Kami memulakan perjalanan dengan menaiki bas MRT dari kolej kediaman masing-masing ke MRT Phileo Damansara dan berkumpul di sana jam 9.00 pagi. Seterusnya kami menaiki MRT ke TTDI dan menaiki bas ke Jalan Perumahan Athinahapan.

Muka masing-masing tak sabar.. Guys.. please kawal hormon dan ke'belia'an masing-masing ye..

Destinasi pada hari ini ialah rumah Datin Normah di mana Datin Normah telah menghubungi saudari Balqis untuk mendapatkan perkhidmatan housekeeping daripada kami.

Sambil berehat sambil dengar celoteh Tuan Rumah.. Best ape..

Tak perlu rasanya serius muka itu Zaaidul.. Buruk rupanya.. Buat muka fokus sudahlah..


Antara tugas yang diberikan ialah mengelap rak-rak pinggan, memasang pelapik ke dalam rak, memindahkan barang-barang dari rumah lama ke rumah baru, membasuh dan mengelap pinggan mangkuk ke dalam rak, menyeterika baju dan membalut buku cucu Datin Normah.

High Class nye pinggan mangkuk Datin.. Kau ada??

Banyak nak kena sental ini..

Gosok jangan tak gosok.. gosok sampai berkilat..
"Hah tu hah. Cepatlah ambilkan.."
"


"Mana? Ni ke? boleh sabar tak.."




























Susun elok-elok.. Jangan sampai pecah..




Satu tak cukup Dua tak cukup Tiga tak.. Bila nak cukup ni??
Menggaru kepala kau..













12.00 p.m. - 1.30 p.m.

Datin Normah dan suaminya membawa kami makan di sebuah restoran di kawasan Jalan Sungai Pencahala.

Zaaidul buat muka lagi.
 Anas sudah-sudahlah tu.
Shafiq bab makan-makan pasti tak mahu kalah.
 Selamat menjamu semua.


2.00 p.m. - 4.30 p.m.

Setelah itu, kami pulang ke rumah untuk menyambung tugasan masing- masing. Malang sekali saudari Balqis secara tidak sengaja telah memecahkan satu gelas namun Datin Normah sangat baik hati dan tidak mengenakan apa-apa bayaran sebagai ganti rugi.


Sebelum pulang setelah menyelesaikan semua tugasan, suami Datin Normah berbaik hati menjamu kami dengan pisang goreng dan teh tarik untuk minum petang. Kami juga diberikan makanan ringan untuk dibawa pulang.

Bak kata Zaaidul
"Makanan terbaik!"

Akhowat.. Kami para jejaka nak sikit bahagian kami.. Terima Kasih

Selesai sudah Housekeeping Di Rumah Datin Normah ni..


Walaupun terdapat kekurangan dalam khidmat kami hari ini, namun Datin Normah berbesar hati memberikan RM 300 untuk perkhidmatan housekeeping kami pada hari ini.

5.30 p.m. - 6.30 p.m.

Kami pulang ke Universiti Malaya menggunakan cara yang sama kami guna untuk sampai ke sini.

Recap.. Penat baq hang..

Abe Anah penat.. Ambo tido dulu.. zzzzz..



Laporan disediakan oleh saudara Afnan.


___


Afnan Ahmadi bin Zahuri
Divisi Multimedia dan Publisiti
Camp of Contemporary Muslims (COMIC) '17

No comments:

Post a Comment

ENTRI 30 - REFLEKSI PESERTA

PROGRAM JALINAN MASYARAKAT '17 ENTRI #30 24 APRIL 2017 REFLEKSI PESERTA Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. COMIC'17 sudah p...