Saturday, 8 April 2017

ENTRI 12 - HOUSEKEEPING RUMAH AUNTY RUHAYA

PROGRAM JALINAN MASYARAKAT '17
ENTRI #12
2 APRIL 2017
HOUSEKEEPING - DANA DAN TAJAAN

LAPORAN JALAN PERUMAHAN ATHINAHAPAN 2 APRIL

AHLI TEAM JALAN PERUMAHAN ATHINAHAPAN 

- AHMAD SYAKIR, BADRUL AMIN, MUHAMMAD RUZAINI, AFNAN AHMADI, NAZIRATUL KHAIRIYAH, NUR BALQIS

9.00 a.m. - 10.00 a.m.

Perjalanan bermula dari Universiti Malaya ke TTDI merentasi beberapa stesen dan transit menggunakan pengangkutan awam MRT. Alhamdulillah kami tidak mengahadapi sebarang masalah untuk sampai ke destinasi kerana kami sudah pernah datang ke kawasan perumahan ini.

Menunggu Tren di Stesen MRT Phileo Damansara

Dalam Perjalanan ke TTDI


Rumah yang kami tuju pada hari ini ialah Rumah Auntie Ruhaya, iaitu rumah yang kami (group TTDI)pernah kunjungi dua minggu lepas. Auntie Ruhaya telah berbesar hati untuk membantu kami mencari dana untuk projek JM ini dengan menhubungi saya (Balqis) buat kali kedua untuk mendapatkan khidmat housekeeping daripada kami. Beliau meminta kami untuk datang pada jam 10.00 pagi dan kami sampai tepat pada waktu.

Sesudah sampai di rumah Aunty Ruhaya itu, kami dihidangkan dengan sarapan ringkas terlebih dahulu oleh Auntie Ruhaya dan Uncle Adnan sebelum mula bertugas. Antara tugas yang perlu kami selesaikan adalah mengemas bilik stor bawah, mengelap semua kipas dalam rumah, vacuum dan mengemop lantai satu rumah dan mengemas dapur. Kami bahagikan tugas antara kami dan segera 
memulakan tugas.

Afnan dan Ruzaini vacuum dan mengemaskan bilik di tingkat atas.


Badrul keseorangan menyapu halaman rumah... Kesian dia
Afnan dan Ruzaini vacuum tangga sebelum mengemop lantai..


Badrul lagi sekali keseorangan melipat baju.. Kesian lagi sekali.
Sempat lagi Khairiyah pose sambil menyapu lantai bilik stor bawah..


Bersungguh-sungguh Ruzaini memasang kabinet pasang siap Kak Suraya,


Syakir acah-acah function kemas katil. haha

Afnan pun acah sibuk juga mengemas barang yang dikeluarkan daripada bilik stor.
Inilah barang-barang yang kami tak sempat kemas. kesian Aunty....

Lipat Balqis.. Lipat.. Pat Pat Siku Lipat..
Khairiyah pun sibuk lipat baju juga.. Banyak juga bajunya..

Ruzaini gigh walaupun dia tahu dirinya agak rendah.

12.00 p.m. - 1.30 p.m.

Untuk makan tengah hari, kami dibelanja oleh anak Aunty Ruhaya yang keempat, Abg Alan McD dan KFC kami makan beramai-ramai untuk berehat sekejap sebelum sambung bekerja. Kami juga sempat bertemu dengan anak Auntie Ruhaya yang keenam, Kak Suraya turut serta bersama-sama kami semua untuk makan tengah hari.

Menjamu Selera bersama Keluarga Aunty Ruhaya dan Uncle Adnan


4.00 p.m. - 5.00 p.m.

Kami telah menyelesaikan semua tugas kecuali kami tidak menyusun barang-barang yang dikeluarkan dari bilik stor kerana perlu ditapis oleh Aunty Ruhaya terlebih dahulu. Kami juga diberikan banyak barang yang masih boleh dipakai seperti baju dan alat-alat mandi daripada hotel yang pernah dikunjungi oleh Aunty Ruhaya sekeluarga. Sebelum pulang, kami juga diberi makan Aiskrim Magnum Delima oleh Aunty Ruhaya.

Sesi memilh barang cenderahati daripada hotel Aunty Ruhaya.. hehe..

Kami tak sangka yang kami mampu selongkar barang sebanyak ini..


Aunty Ruhaya akan memberikan RM200 pada perjanjian asal tapi beliau berbesar hati memberikan RM250 kepada kami atas khdmat housekeeping kami pada hari ini walaupun kami tidak dapat meneyelesaikan semua tugas yang diberi. Banyak yang kami belajar dan peroleh dari Aunty Ruhaya dan Uncle Adnan. Semoga Allah memberkati kehidupan mereka sekeluarga.

Siapa bagi siapa itu???

Penat penat pun berbaloi.. Kau rasa??


5.00 p.m. - 6.00 p.m.

Kami pulang ke Universiti Malaya menggunakan cara yang sama macam mana kami pergi. Walaupun penat kami berasa gembira dapat menolong orang lagi..

Laporan disediakan oleh saudara Afnan.


___


Afnan Ahmadi bin Zahuri
Divisi Multimedia dan Publisiti
Camp of Contemporary Muslims (COMIC) '17

No comments:

Post a Comment

ENTRI 30 - REFLEKSI PESERTA

PROGRAM JALINAN MASYARAKAT '17 ENTRI #30 24 APRIL 2017 REFLEKSI PESERTA Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. COMIC'17 sudah p...