PROGRAM JALINAN MASYARAKAT '17
ENTRI #14
10 APRIL 2017
MEETING 4.0
Sedang elok bersantai menikmati ketenangan suasana petang berada di rumah ketika cuti pertengahan semester ini, tiba-tiba berbunyi 'water droplets'.
Telefon berbunyi menandakan mesej Whatsapp masuk. Lalu apabila dibaca, masha Allah jantung berdegup kencang apabila mesej tersebut dihantar oleh pengarah program dan bertulis begini:
perkataan tergempar itu amatlah tidak menyenangkan hati dan berdebar apabila memikirkannya. |
Maka hari-hari seterusnya berlalu dengan cepat kerana terlalu tertanya-tanya mengapa diadakan meeting tergempar. Apabila tiba harinya iaitu hari isnin, maka terungkailah segala persoalan yang bermain di benak fikiran. Rupa-rupanya tarikh JM kami bertukar lagi. Kenapa? haha
Hal ini kerana ada sedikit perubahan pada jadual balik kampung bagi pelajar sekolah tersebut. Oleh kerana kami tidak ingin menggangu cuti sekolah pelajar-pelajar maka kami tukarkan program kami kepada tarikh baru iaitu :
Tarikh : 22-24 April 2017
Tempat : SMKA Kuala Selangor.
Selepas pemberitahuan tentang tarikh baru, pengarah menggesa supaya semua unit bergerak lebih agresif lagi. Oh semestinya pengarah, kami pun berdebar lagi seminggu lebih sahaja lagi masa yang ada.
Unit pengisian |
Unit Makanan JM |
nama pun Unit Makanan mestilah kena selalu makan. |
Unit Pengangkutan dan Perhubungan Luar |
Unit Multimedia yang sangat progresif. |
Stress nak pilih design baju |
Buat laa macam mana pun baju tu. |
Unit tajaan yang sangat happy kerana berjaya mencapai target dana JM. Bravo! Proud dengan korang! |
______
Zahirah binti Za'abar
Divisi Multimedia dan Publisiti
Camp of Contemporary Muslim (COMIC) '17
No comments:
Post a Comment